Belia Surau Ar-Rahimi

Belia Surau Ar-Rahimi Surau Ar-Rahimi Kampung Kuala Papar Sabah

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ*BERITA KELUARGA**Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa telah kemba...
02/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
*BERITA KELUARGA*
*Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah:*

*Allahyarham Mohd Azmi@Nickles Bin Abd Talip*
*📅 Tarikh meninggal dunia: 02 September 2026*

*Jenazah akan di uruskan pada pagi 3Hb/9/2026 ini di Rumah Keluarga Arwah beralamat di Perumahan Kg.Kuala Papar*

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan soleh.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

*Al-Fatihah 🤲*
*Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.*

06/08/2026
*Salam takziah.*إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita Surau Ar-Rahimi Kg.Kuala Papar me...
31/07/2026

*Salam takziah.*

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita Surau Ar-Rahimi Kg.Kuala Papar merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Abah Jamai @ Jamal Bin Said pada 31 Julai 2026 hari (Jumaat)
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh syurga-Nya.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

*Al-Fatihah*

*🌹 JEMPUTAN BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL & DOA ARWAH 🌹**Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.*Dengan penuh hormat, J...
24/06/2026

*🌹 JEMPUTAN BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL & DOA ARWAH 🌹*

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.*

Dengan penuh hormat, Jawatankuasa Surau Ar-Rahimi, Kg. Kuala Papar menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke majlis:

*📖 Bacaan Surah Yasin*
*🤲 Tahlil & Doa Arwah*
*📍 Tempat:* Surau Ar-Rahimi, Kg. Kuala Papar
*📅 Tarikh:* 25 Jun 2026 (Khamis malam Jumaat)
*🕰️ Masa:* Selepas Solat Maghrib

*Sabda Rasulullah SAW:*
"Bacalah Yasin kepada orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu."
*(HR Abu Daud)*

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan serta doa kepada arwah ahli keluarga, saudara-mara dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga kehadiran tuan/puan mendapat ganjaran pahala, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

*Semua dijemput hadir.*

*"Ya Allah, ampunilah* *mereka, rahmatilah* *mereka, sejahterakan* *mereka dan maafkanlah mereka."*

*Daripada*
*Ajk Surau Ar-Rahimi*
*Kg.Kuala Papar*

Semua dijemput hadir perlawanan Amal Bola sepak antara Masjid Raudhatul ilmiyah kg Kuala-Mrikk-2024 menentang Surau Ar-R...
19/06/2026

Semua dijemput hadir perlawanan Amal Bola sepak antara Masjid Raudhatul ilmiyah kg Kuala-Mrikk-2024 menentang Surau Ar-Rahimi

Tarikh:20hb Jun 2026
Sabtu
Selepas solat Asar jam 4.00 petang

Beramal beribadah sambil bersukan

16/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur dan sebak di hati, pihak AJK Surau Ar-Rahimi Kg. Kuala Papar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada DY AUTO atas kesudian tampil berinfak membantu pembinaan stor surau kami.

Akhirnya dengan izin Allah SWT, hadir seorang insan yang berhati mulia, menghulurkan bantuan tanpa banyak bicara.

Kami yakin, ini bukan sekadar kebetulan… tetapi adalah jawapan daripada doa-doa yang tidak pernah putus dipanjatkan oleh para jemaah. Allah hadirkan insan ini sebagai asbab untuk mempermudahkan urusan yang telah lama tertangguh.
Keikhlasan dan kemurahan hati ini amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh ahli kariah. Sumbangan ini bukan sahaja membantu dari sudut fizikal, malah memberi sinar harapan, menyatukan hati, dan menguatkan semangat kami untuk terus mengimarahkan rumah Allah ini.

Kami mendoakan agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan yang tidak terhingga buat pihak DyAuto. Semoga dipermudahkan segala urusan, diluaskan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, menjadi pelindung di hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, serta dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Ya Allah, terimalah segala amal kebaikan mereka, jadikanlah ia sebagai asbab keberkatan hidup mereka, dan tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang Engkau redhai.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Jazakumullahu khairan kathira.

Sekian, terima kasih dengan penuh rasa hormat dan doa 🌙

AJK Surau Ar-Rahimi
Kg. Kuala Papar
https://vt.tiktok.com/ZSH7NwhDb/

Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Surau Ar-Rahimi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia Surau Ar-Rahimi:

Shortcuts

Share