29/10/2025
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas dikelar dan ditikam oleh abangnya sendiri yang baru berusia sembilan tahun di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada permainan dalam talian Roblox yang dimainkan abang mangsa terganggu apabila telefonnya rosak hingga menyebabkan semua ‘point’ yang dikumpul hilang.
Difahamkan, suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu, seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarganya sendiri.
Bila Game Jadi Dunia Mereka
Kadang kita nampak anak diam, duduk elok depan telefon.Tak merengek, tak mengamuk. Kita pun lega. Tapi di sebalik cahaya skrin tu ada dunia lain yang kita tak nampak.
Dunia yang beri keseronokan segera.
Setiap kali menang, otak mereka lepaskan “rasa gembira” yang buat ketagih.
Sampai akhirnya, bila kalah jadi marah.
Bila disuruh berhenti memberontak.
Bila tak dapat main murung dan tak tentu arah.
Kajian menunjukkan ketagihan permainan video boleh ganggu emosi, tumpuan, tidur dan hubungan keluarga.
Anak boleh jadi lebih cepat marah, kurang empati, dan makin jauh dari dunia sebenar.
Lama-lama, mereka belajar cari kasih dan kejayaan dalam dunia maya bukan dunia sebenar.
Apa Ibu Bapa Boleh Buat?
✅ Hadkan masa skrin dan letak peranti di ruang terbuka.
✅ Main bersama anak supaya tahu kandungan permainan.
✅ Galakkan aktiviti luar dan komunikasi sebenar.
✅ Jadikan masa makan, waktu tanpa telefon.
Sebelum mereka hilang dalam cahaya skrin,
ajak mereka keluar.Main bola, baca buku, tolong di dapur.Sebab perhatian kita, jauh lebih berharga daripada mana-mana “points” dalam game