Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N30 Bongawan

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N30 Bongawan Saluran rasmi UPPM N.30 Bongawan untuk perkongsian info komuniti, program rakyat, bantuan, aduan serta hebahan aktiviti kawasan demi kesejahteraan masyarakat.

BONGAWAN MAJU, RAKYAT SEJAHTERA!

PPM N.30 Bongawan, TPr Tn. Hj. Mursidi bersama penyelia dan Pemaju Mukim telah turun padang membuat tinjauan keadaan jal...
11/08/2026

PPM N.30 Bongawan, TPr Tn. Hj. Mursidi bersama penyelia dan Pemaju Mukim telah turun padang membuat tinjauan keadaan jalan yang mengalami kerosakan di Kampung Ambawa.

Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti keadaan serta tahap kerosakan jalan bagi memastikan isu dan keperluan penduduk setempat dapat diberi perhatian serta tindakan sewajarnya.

Komitmen berterusan dalam mendengar dan meneliti permasalahan rakyat demi kemudahan serta kesejahteraan masyarakat setempat.



PPM N.30 Bongawan TPr Tn Hj Mursidi bersama Penyelia dan Pemaju Mukim telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang pe...
11/08/2026

PPM N.30 Bongawan TPr Tn Hj Mursidi bersama Penyelia dan Pemaju Mukim telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang pemohon Skim Rumah Mesra Sabah (SMJ) di Kg Daingin bagi meninjau keadaan kediaman serta keperluan pemohon di lapangan.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan dan kelayakan pemohon, di samping memastikan proses permohonan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Semoga usaha berterusan ini dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. ๐Ÿค๐Ÿ 



๐Ÿ“ TINJAUAN KEADAAN LALUAN MASUK KE KIMANIS CENTROPPM N.30 Bongawan, Tn. Hj. Mursidi, bersama Pemaju Mukim, En. Mohd Aidi...
07/08/2026

๐Ÿ“ TINJAUAN KEADAAN LALUAN MASUK KE KIMANIS CENTRO

PPM N.30 Bongawan, Tn. Hj. Mursidi, bersama Pemaju Mukim, En. Mohd Aidie Badar dan En Ag mohamadsah telah mengadakan tinjauan ke laluan masuk menuju Kimanis Centro yang didapati semakin rosak dan memerlukan perhatian segera.

Tinjauan ini bertujuan menilai tahap kerosakan bagi tindakan susulan kepada pihak berkaitan demi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.

Semoga usaha ini dapat mempercepatkan penyelesaian terhadap isu tersebut demi kemudahan penduduk dan orang ramai.



03/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan PE MD Papar, Saudara Rizal serta seluruh pasuk...
02/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan PE MD Papar, Saudara Rizal serta seluruh pasukan yang telah bertindak pantas dan komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tindakan segera yang diambil adalah susulan aduan yang dikemukakan oleh PPM N.30 Bongawan, TPr Tuan Haji Mursidi, demi memastikan kebajikan serta keperluan penduduk di kawasan terlibat dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Keprihatinan, kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai. Semoga semangat kerja berpasukan seperti ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat di N.30 Bongawan.



TINJAUAN KE TAPAK PEMBINAAN JAMBATAN KABANGAlhamdulillah, pada 1 Ogos 2026, PPM N30 Bongawan TPr Tuan Haji Mursidi telah...
02/08/2026

TINJAUAN KE TAPAK PEMBINAAN JAMBATAN KABANG

Alhamdulillah, pada 1 Ogos 2026, PPM N30 Bongawan TPr Tuan Haji Mursidi telah turun padang meninjau tapak pembinaan Jambatan Kabang bagi melihat perkembangan semasa projek.

Hasil tinjauan mendapati terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya berikutan ketiadaan papan tanda yang memaklumkan penutupan jalan sementara ke arah Kg. Lingan dan kawasan sekitarnya. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan kepada pihak kontraktor agar memasang papan tanda amaran lebih awal bagi memudahkan pengguna menggunakan laluan alternatif.

Terima kasih kepada pihak kontraktor atas kerjasama yang diberikan. Semoga pembinaan Jambatan Kabang dapat disiapkan mengikut jadual demi kemudahan dan kesejahteraan penduduk setempat.




31/07/2026

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—จ๐—š๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐— ๐— ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—ข๐—ก๐—š๐—ข๐——

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป? ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐—ป๐—ถ!

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) dengan kerjasama Sawit Kinabalu, PERKESO dan rakan strategik menjemput seluruh warga Tongod dan kawasan sekitar untuk menghadiri ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐— ๐— ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฑ bagi peluang pekerjaan dalam ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐˜„๐—ถ๐˜.

๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜
Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tongod

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต
3 Ogos 2026 (Isnin)

๐Ÿ•˜ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ
9.00 pagi โ€“ 3.00 petang

๐Ÿ“Œ ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ:

* Kad Pengenalan
* Salinan sijil akademik (jika ada)
* Resume (jika ada)

๐Ÿ“ข ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”!

๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐— ๐— ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ.

๐Ÿ“ž ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป:
Sekretariat Sabah Maju Jaya
088-309279 (Pejabat)
011-7009 8385 (WhatsApp)

๐—๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฑ!

PROGRAM KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN DAN KEUSAHAWANAN PRODUK MAKANAN KOMUNITI MEMBAKUTCDO N.30 Bongawan, Dk Azirah Ibrahim...
31/07/2026

PROGRAM KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN DAN KEUSAHAWANAN PRODUK MAKANAN KOMUNITI MEMBAKUT

CDO N.30 Bongawan, Dk Azirah Ibrahim, bersama Pemaju Mukim, En. Robert Jaulit, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pemprosesan Makanan dan Keusahawanan Produk Makanan Komuniti Membakut yang berlangsung di Dewan Kesenian Islam Membakut.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hajah Myrna Jimenez, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkembangkan perusahaan makanan, menjana pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan komuniti.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus serta penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha memperkasa komuniti melalui pembangunan keusahawanan.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MESYUARAT PERSEDIAAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 PERINGKAT DUN MEMBAKUT & DUN BONGAWANTelah be...
30/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MESYUARAT PERSEDIAAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 PERINGKAT DUN MEMBAKUT & DUN BONGAWAN

Telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 Peringkat DUN Membakut dan DUN Bongawan yang diadakan di Pejabat Daerah Membakut.

Mesyuarat ini dihadiri bagi membincangkan perancangan, penyelarasan serta persiapan pelaksanaan program sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan melalui kerjasama semua agensi yang terlibat.

UPPM N.30 Bongawan telah diwakili oleh CDO N.30 Bongawan, Dk Azirah Ibrahim, sebagai tanda komitmen dalam menjayakan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 di peringkat DUN.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dipermudahkan dan program ini mencapai objektif dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat.





Telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut Program Jiwa@Komuniti MADANI: Sembang Santai Bil. 1 anjuran Pejabat Pener...
27/07/2026

Telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut Program Jiwa@Komuniti MADANI: Sembang Santai Bil. 1 anjuran Pejabat Penerangan Cawangan Beaufort yang melibatkan Kg. Seri Serbang, Bongawan dan Kg. Kawari, Papar.

Bagi Kg. Seri Serbang, program telah dihadiri oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat N.30 Bongawan, En. AK Masahad Pg. Ahmad, bersama Pemaju Mukim En. Ibrahim Daud dan En. Mohd Aidie Badar.

Manakala bagi Kg. Kawari, program telah diwakili oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N.30 Bongawan, Pn. Dk Azirah Ibrahim, bersama Pemaju Mukim En. Latip Gatman dan En. Robert Jaulit.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat melalui sesi perkongsian maklumat, penyampaian dasar serta perbincangan santai mengenai isu-isu semasa demi memperkukuhkan semangat komuniti MADANI.

Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkasakan kerjasama antara kerajaan dan rakyat demi kesejahteraan komuniti.





Address

Kimanis
Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N30 Bongawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share