Pertubuhan Keluarga Prihatin Sabah

Pertubuhan Keluarga Prihatin Sabah Pertubuhan NGO yang memfokuskan kerja-kerja kebajikan masyarakat di negeri Sabah

🩺✂️ PROGRAM KHATAN NUSANTARA 2025✨Pertubuhan Keluarga Prihatin Sabah dengan kerjasama🤝 Pusat Amal Perubatan Ibnu Sina Ma...
23/12/2025

🩺✂️ PROGRAM KHATAN NUSANTARA 2025✨

Pertubuhan Keluarga Prihatin Sabah dengan kerjasama
🤝 Pusat Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
🤝 Klinik Afifi

dengan sukacitanya menjemput semua untuk menyertai:

📅 Tarikh: 28 Disember 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Masjid Jamek As-Salam, Kg Benoni, Papar

👦 Kelayakan:
• Kanak-kanak lelaki 12 tahun dan ke bawah
• Terhad kepada 40 orang sahaja

💰 Yuran penyertaan: RM30 seorang

✨ Program khatan yang selamat, profesional & berkonsepkan khidmat masyarakat
📌 Tempat adalah terhad, pendaftaran awal amat digalakkan!

📲 Untuk pendaftaran sila isi borang melalui pautan berikut:

https://forms.gle/xHhu6tFCqY9aeuQe7

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

010-3746550 (Ashikin)




SEDEKAH MALAM🌙 Hidupkan Malammu dengan SedekahSabda Rasulullah ﷺ:وصدَقةُ السِّرِ تطفئُ غضبَ الرَّبِّ“Sedekah secara rahs...
02/08/2025

SEDEKAH MALAM

🌙 Hidupkan Malammu dengan Sedekah

Sabda Rasulullah ﷺ:

وصدَقةُ السِّرِ تطفئُ غضبَ الرَّبِّ
“Sedekah secara rahsia (sembunyi) dapat memadamkan kemurkaan Tuhan.”
(Riwayat Imam as-Suyuthiy dalam al-Jami’ as-Saghir)

Pada malam yang sunyi, ketika kebanyakan insan lena dalam dakapan tidur, ada insan yang bangun menyendiri dengan Tuhannya, dan menyembunyikan amalnya. Salah satu amal yang mulia ketika itu ialah sedekah malam.

✦ Apa maksud bersedekah pada malam hari?
Ia merujuk kepada:
• Memberi sumbangan/infak secara senyap atau tidak menunjuk.
• Memberi sebelum tidur, atau pada waktu malam.
• Menginfakkan sebahagian rezeki pada malam hari tanpa diketahui orang ramai.
• Memberi kepada fakir/miskin secara halus tanpa melukai hati mereka.

✦ Keistimewaan Sedekah Malam
1. Lebih tersembunyi, lebih ikhlas.
2. Menjadi benteng daripada api neraka.
3. Menjemput rahmat dan keampunan Allah.
4. Menjadi sebab Allah redha dan menerima doa.

🕌 Bagaimana Salafus Soleh Bersedekah di Malam Hari

Para sahabat dan tabi‘in dahulu menghidupkan malam bukan hanya dengan qiyam, tapi juga dengan sedekah:
• ‘Saidina Abdullah ibn ‘Umar رضي الله عنه membeli roti dan menyedekahkannya kepada orang fakir setiap malam.
• Sayyidina ‘Ali رضي الله عنه pernah bersedekah pada waktu malam secara sembunyi, dan turun ayat:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً
“Mereka yang menafkahkan harta mereka pada waktu malam dan siang, secara sembunyi dan terang-terangan…” (Surah al-Baqarah: 274)

🌟 Amalan yang Dicintai Allah

“Orang yang memberi sedekah diam-diam sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya”
(Hadis sahih, Bukhari & Muslim)

🎯 Sumbangan anda, cahaya buat para penuntut ilmu. JOM INFAQ
Infaqkan kepada:
Maybank Islamic | 560148714455
(Pusat Pendidikan Imam Nawawi MAIN)

📲 Jom Infaq Sekarang!
Hubungi kami: 017-9729320
Ikuti: [Facebook | TikTok | Telegram | Instagram]
🔎 Madrasah Imam Nawawi – MAIN

Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Keluarga Prihatin Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share