JPKK Durian Mentangau

Call Directions Contact the organization

JPKK Durian Mentangau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Durian Mentangau, Community Organization, Paka.

KARNIVAL INDAHNYA HIDUP BERSYARIATPakat-pakat hadir, banyak aktiviti diadakan. Bertempat di Taman Rekreasi Limbong berta...
15/10/2026

KARNIVAL INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Pakat-pakat hadir, banyak aktiviti diadakan.

Bertempat di Taman Rekreasi Limbong bertarikh 17 Oktober 2026 hari Sabtu.


Selamat Ulang Tahun Kelahiran En Mohd Suhaimi ShamsudinPengerusi Jpkk & Ketua Cawangan Pas Durian MentangauSemoga sentia...
30/09/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

En Mohd Suhaimi Shamsudin
Pengerusi Jpkk & Ketua Cawangan Pas Durian Mentangau

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan-Nya.


Ustaz Saiful Bahri

✨ πŠπ„ππ„π‘π’πˆπ‡π€π πƒπˆπ‰π€π†π€, π‚π„π‘πŒπˆππ€π πˆπŒπ€ππŸ’žAgama mengajar kita mencintai kebersihan. Maka jangan hanya bersih di halaman rumah s...
13/09/2026

✨ πŠπ„ππ„π‘π’πˆπ‡π€π πƒπˆπ‰π€π†π€, π‚π„π‘πŒπˆππ€π πˆπŒπ€ππŸ’ž

Agama mengajar kita mencintai kebersihan. Maka jangan hanya bersih di halaman rumah sendiri, tetapi sampah dibuang p**a di tepi jalan, longkang dan kawasan awam.

Jangan mengaku sayang kampung, kalau sampah sendiri pun masih dibuang merata-rata.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Kalau iman dijaga, kebersihan juga pasti dijaga.

Kampung ini milik kita bersama.
Jangan tunggu orang lain membersihkan apa yang kita sendiri kotorkan.

Jom sama-sama jaga kebersihan kawasan kampung kita.

26/08/2026

🀝 Tahniah semua. Jumpa lagi next program 😊

Sambutan Maulidur Rasul & Briskwalk 1.0 Kg. Durian MentangauAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan di...
25/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul & Briskwalk 1.0 Kg. Durian Mentangau

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Sambutan Maulidur Rasul & Briskwalk 1.0 Kg. Durian Mentangau.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 300 orang penduduk. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti mewarna, kuiz dan cabutan bertuah, yang menambahkan lagi kemeriahan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan kerjasama KRT, dan pihak Masjid As-Solihin Kampung Durian Mentangau atas segala kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Jutaan terima kasih dan penghargaan khas buat warga emas yang hadir dan juga para penyumbang wang tunai yang diberikan bagi membantu menjayakan program ini. Sumbangan dan keprihatinan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi salah satu penyumbang kepada kejayaan program.

Terima kasih juga kepada seluruh penduduk Kg. Durian Mentangau serta semua pihak yang hadir, membantu dan memberikan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga segala sumbangan, tenaga dan usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih atas kebersamaan dan sokongan semua.

https://t.me/+i6f7YGq-iPo5N2Jl

Salam Maulidur Rasul 1448H

β€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati”



Alhamdulillah, terima kasih team Fisabilillah TRG sudi berkongsi rezeki dengan penduduk Kampung Durian Mentangau 🀲🏻.
21/08/2026

Alhamdulillah, terima kasih team Fisabilillah TRG sudi berkongsi rezeki dengan penduduk Kampung Durian Mentangau 🀲🏻.

πŸšΆβ€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ π‰πŽπŒ ππ‘πˆπ’πŠπ–π€π‹πŠ – π…πˆπ“ πˆπ“ 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈSempena sambutan Maulidur Rasul ο·Ί & bulan Kemerdekaan, jom kita keluar berjalan...
18/08/2026

πŸšΆβ€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ π‰πŽπŒ ππ‘πˆπ’πŠπ–π€π‹πŠ – π…πˆπ“ πˆπ“ 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Sempena sambutan Maulidur Rasul ο·Ί & bulan Kemerdekaan, jom kita keluar berjalan sama-sama! Bawa anak, isteri, suami, mak ayah, jiran dan kawan-kawan. Tak perlu laju, jalan santai pun jadi! πŸ˜„

🌿 Yang penting kita bergerak, berpeluh dan sihat bersama.

πŸ”₯ 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑴𝑬𝑾𝑨 𝑼𝑡𝑻𝑼𝑲 π‘·π‘¬π‘Ίπ‘¬π‘Ήπ‘»π‘¨πŸ†

π‘Ίπ’†π’“π’•π’‚π’Š 𝒂𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑩𝑹𝑰𝑺𝑲𝑾𝑨𝑳𝑲, 𝒂𝒏𝒅𝒂 π’ƒπ’†π’“π’‘π’†π’π’–π’‚π’π’ˆ π’–π’π’•π’–π’Œ π’Žπ’†π’π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ π’‰π’‚π’…π’Šπ’‚π’‰ π‘ͺ𝑨𝑩𝑼𝑻𝑨𝑡 π‘©π‘¬π‘Ήπ‘»π‘Όπ‘¨π‘―πŸ€© 🎟️🎁

Mana tahu rezeki pagi datang untuk kita! 😍

Dah dapat sihat, dapat pahala menghidupkan semangat kebersamaan, ada peluang p**a bawa balik hadiah!

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sempena Kemerdekaan, kita melangkah bersama.
🌹 Sempena Maulidur Rasul, kita budayakan hidup sihat seperti Nabi ﷺ.

Jom ramai-ramai! Jangan duduk tengok orang saja, kita turun jalan sama-sama pada 25 Ogos 2026 bersamaan hari selasa bermula jam 7.15 pagi.😁

πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ JOM BRISKWALK!
SIHAT BERSAMA, MERIAH BERSAMA! πŸŽ‰

πŸ’« π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŠπ† πƒπ”π‘πˆπ€π πŒπ„ππ“π€ππ†π€π” πŸπŸŽπŸπŸ” ✨Ayuh warga Kg Durian Mentangau!Jom sama-sama kita memeriahkan Sambut...
11/08/2026

πŸ’« π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŠπ† πƒπ”π‘πˆπ€π πŒπ„ππ“π€ππ†π€π” πŸπŸŽπŸπŸ” ✨

Ayuh warga Kg Durian Mentangau!

Jom sama-sama kita memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 2026 dalam suasana penuh ukhuwah, kasih sayang dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

πŸ“… 25 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•’ 7.15 pagi
πŸ“ Dewan KRT Kg Durian Mentangau

✨ Aktiviti Menarik Menanti Anda:

πŸ“Œ Briskwalk : Fit is Sunnah
πŸ“Œ Bacaan Selawat Nabi
πŸ“ŒPertandingan Mewarna Kanak-kanak
πŸ“Œ Kuiz Cinta Nabi
πŸ“Œ Cabutan Bertuah
πŸ“Œ Penyerahan Bendera Malaysia

Bawalah seisi keluarga. Insya-Allah, bukan sahaja dapat beriadah dan berhibur, malah kita bersama-sama menghidupkan syiar Islam, menyemarakkan semangat perpaduan serta menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan iniπŸ€—


Program Kampung Angkat Pergigian.Alhamdulillah, JPKK serta KRT dan juga PIBG bersama komuniti menjaya program yang telah...
08/08/2026

Program Kampung Angkat Pergigian.

Alhamdulillah, JPKK serta KRT dan juga PIBG bersama komuniti menjaya program yang telah disusun oleh Klinik Pergigian Paka. Hadir bersama hari ini GB SK Durian Mentangau - SDuMen meraikan program, ribuan terima kasih kerana membenarkan program ini berlangsung didalam kawasan sekolah. Kebersamaan yang sangat penting bagi merealisasikan acara ini berjalan dengan lancar.

Banyak aktiviti yang diadakan, termasuk semanrobik, mewarna, pemeriksaan kesihatan. Juga pemeriksaan gigi yang menjadi fokus utamanya. Terima kasih kerana menjadikan kampung kami sebagai vanue program buat kali keempat. Tidak lupa buat semua jiran-jiran yang membantu dan komuniti yang hadir.

Anda semua terbaik. 🀝



β€œKalau bukan kita siapa lagi?”Tahniah Pusat Komuniti Desa Durian Mentangau, Dungun, Terengganu diatas penganjuran Kursus...
22/07/2026

β€œKalau bukan kita siapa lagi?”

Tahniah Pusat Komuniti Desa Durian Mentangau, Dungun, Terengganu diatas penganjuran Kursus Pengurusan Jenazah Wanita.

Terbaik dan sangat bermanfaat. Bukan masa hendak kafan je kena tahu, bahkan di awal lagi kita perlu tahu. Nak tahu kena belajar, dari adabnya, tutur katanya dan ketika memandikannya kita perlu jaga, menghormati jenazah dan juga ahli keluarga. Tahniah semua πŸƒ.




Address

Paka
23100

Telephone

+60139026860

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Durian Mentangau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Durian Mentangau:

Shortcuts

Share