17/04/2026
PROGRAM PEMERKASAAN RUKUN TETANGGA PERINGKAT DAERAH DUNGUN SIRI 1/2026
Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Syarahan Tingkat 2, Pejabat Daerah Dungun
Alhamdulillah, program Pemerkasaan Rukun Tetangga Peringkat Daerah Dungun Siri 1/2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh manfaat.
Program ini turut diisi dengan sesi perkongsian daripada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat yang memberi penerangan berkaitan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kepada golongan yang memerlukan.
Di samping itu, para peserta juga didedahkan dengan kepentingan penggunaan media sosial secara berhemah, termasuk kesedaran tentang risiko keselamatan, penularan berita palsu serta impaknya terhadap keharmonian masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Perpaduan Daerah Dungun atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Wakil Pengerusi KRT Kg Tebing Tembah yang turut hadir merakamkan jutaan terima kasih atas usaha dan komitmen yang diberikan.
“Bersatu Hati, Kukuh Perpaduan, Harmoni Komuniti”
Perpaduan Daerah Dungun Kementerian Perpaduan Negara KRT Tebing Tembah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Pejabat Perpaduan Negara Daerah Dungun
Pejabat Perpaduan Kuala Terengganu
Pejabat Penerangan Daerah Dungun