27/01/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada KPN Kamil Ibrahim atas sumbangan dana yang sedikit sebanyak melancarkan usaha kami bagi menjayakan acara Kongsi Puisi Attack RaubnRoll yang telah berlansung di Jeram Bangkin, D**g baru-baru ini.
Sokongan ini bukan sahaja meringankan urusan penganjuran, malah menjadi suntikan semangat buat para penggiat seni tanah air dan pencinta puisi untuk terus berkarya dan meneruskan kesenian agar tidak ditelan dek zaman.
Besar harapan kami agar keprihatinan dan dukungan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, demi menyuburkan ekosistem seni, memperkasa bakat tempatan, serta memastikan ruang perkongsian puisi terus hidup dan berdenyut dalam masyarakat.