30/09/2026
TAMAN PERINGKAT FELDA SUNGAI TEKAM.......................................................................
Di FELDA Sungai Tekam terdapat tiga buah taman yang diwujudkan mengikut peringkat, iaitu Taman Mahabbah (Peringkat 1), Taman Al-Falah (Peringkat 2) dan Taman Raudhah (Peringkat 3).
Taman-taman ini diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kawasan semak dan terbiar yang terdapat di sekitar FELDA Sungai Tekam, di samping menceriakan persekitaran dan mewujudkan kawasan yang lebih selesa untuk komuniti setempat.
Pembinaan dan pengindahan taman-taman tersebut diusahakan sendiri oleh ahli-ahli di setiap peringkat melalui aktiviti gotong-royong secara bersama. Dana bagi mewujudkan dan menceriakan taman p**a diperoleh daripada kutipan ahli blok di peringkat masing-masing..
Selain membantu mengurangkan kawasan semak dan terbiar, kewujudan taman-taman ini turut memberi manfaat dalam memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli. Aktiviti yang dijalankan secara bersama juga dapat mengeratkan silaturahim, mengukuhkan hubungan kejiranan serta meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan peringkat masing-masing.
Secara keseluruhannya, kewujudan Taman Mahabbah, Taman Al-Falah dan Taman Raudhah bukan sahaja menceriakan persekitaran FELDA Sungai Tekam, malah menjadi salah satu contoh inisiatif komuniti yang digerakkan secara bersama oleh penduduk untuk manfaat bersama. Usaha ini diharapkan dapat diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa agar taman-taman tersebut sentiasa terpelihara, menarik serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.