17/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ โ ๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐๐-๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐๐ง๐
Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Akhir Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 September 2026 di bawah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang.
Dalam penganjuran pada tahun ini, Akademi YASA-MUIP telah diberi kepercayaan sebagai lokasi utama pertandingan, sekali gus menjadi medan pertemuan para pelajar dari seluruh negara untuk menguji pengetahuan, kefahaman serta kecintaan mereka terhadap sejarah dan patriotisme tanah air.
Sebanyak 13 buah sekolah yang mewakili negeri masing-masing telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini bagi merebut Piala Pusingan Pertandingan Akhir Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Kebangsaan 2026.
Kemuncak penganjuran pertandingan ini diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung di Auditorium Sudirman, Kompleks JKKN Pahang dan telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Shahbandar Datoโ Mohamad Nizar Datoโ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.
Pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme ini bukan sahaja mengetengahkan kehebatan para peserta dalam bidang sejarah, malah turut menjadi platform dalam menyemai rasa cinta akan negara, menghargai perjuangan generasi terdahulu serta memperkukuh jati diri dalam kalangan generasi muda.
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฅ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐ซ (๐๐๐๐๐), ๐๐๐ฅ๐๐ค๐
๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐ก๐ฎ๐ง๐ ๐๐ข๐ง๐ , ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐
๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐ฎ๐๐ง๐ค๐ฎ ๐๐๐๐๐๐ซ (๐๐๐), ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
4๏ธโฃ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐จ๐ญ๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐๐๐๐๐ข), ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding atas komitmen, semangat juang dan prestasi yang telah ditampilkan sepanjang pertandingan.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang selaku penganjur, para guru pengiring, urus setia serta seluruh warga Akademi YASA-MUIP yang telah bersama-sama memastikan pertandingan berlangsung dengan lancar dan jayanya.
Semoga penganjuran ini terus menjadi wadah dalam memupuk kecintaan terhadap sejarah, menyemai semangat patriotisme dan membentuk generasi muda yang berilmu, berjati diri serta cintakan negara.
Tahniah kepada semua peserta! Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi generasi pewaris bangsa.
โ๐จ๐ฒ๐จ๐ซ๐ฌ๐ด๐ฐ ๐๐จ๐บ๐จ-๐ด๐ผ๐ฐ๐ท, ๐ท๐ฌ๐ด๐จ๐ช๐ผ ๐ฒ๐ฌ๐จ๐น๐จ๐ฏ ๐ด๐ฌ๐ต๐จ๐น๐จ ๐ฎ๐จ๐ซ๐ฐ๐ต๐ฎโ