PKPI Muadzam Shah TNB

Directions Website

PKPI Muadzam Shah TNB PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM MUADZAM SHAH TENAGA NASIONAL BERHAD (PKPI MUADZAM SHAH, TNB)

Sumbangan Ramadan Prihatin10 Mac 2026 - Sumbangan Ramadan Prihatin telah diadakan sebagai tanda keprihatinan PKPI Muadza...
11/03/2026

Sumbangan Ramadan Prihatin

10 Mac 2026 - Sumbangan Ramadan Prihatin telah diadakan sebagai tanda keprihatinan PKPI Muadzam Shah TNB terhadap golongan yang memerlukan. Sumbangan ini disampaikan kepada penerima yang terdiri daripada pekerja pembersihan, pekerja landskap dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis TNB dan UNITEN.

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban penerima di samping menyemarakkan semangat kebersamaan serta nilai keprihatinan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat dan menceriakan para penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Takwa-Ukhwah-Kebajikan"


Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana PKPI & PTNB Muadzam Shah10 Mac 2026 - Majlis telah dilaksanakan bertempat di Dewa...
11/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana PKPI & PTNB Muadzam Shah

10 Mac 2026 - Majlis telah dilaksanakan bertempat di Dewan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, UNITEN KSHAS. Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui majlis khatam Al-Quran serta berbuka puasa bersama.

Majlis ini turut menerima penyertaan peserta khatam Al-Quran daripada Komuniti Desa Cempaka, Muadzam Shah, sekali gus menghimpunkan warga kerja UNITEN, TNB Muadzam Shah serta komuniti setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

"Takwa-Ukhwah-Kebajikan"


UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSeluruh warga PKPI Muadzam Shah TNB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaYBhg. Datuk I...
28/02/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh warga PKPI Muadzam Shah TNB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

YBhg. Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad

atas pelantikan sebagai

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif
Tenaga Nasional Berhad (TNB)

berkuat kuasa 1 Mac 2026.

Semoga kepimpinan beliau terus memperkukuh kecemerlangan organisasi serta memacu TNB ke tahap yang lebih gemilang dan berdaya saing.

“Takwa – Ukhwah – Kebajikan”

PKPI Muadzam Shah TNB

Perlawanan Badminton Sahabat PKPI Muadzam Shah TNB 2026 21 Januari 2026 - Perlawanan Badminton Sahabat PKPI Muadzam Shah...
22/01/2026

Perlawanan Badminton Sahabat PKPI Muadzam Shah TNB 2026

21 Januari 2026 - Perlawanan Badminton Sahabat PKPI Muadzam Shah TNB 2026 telah dianjurkan sebagai salah satu aktiviti sukan bagi mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PKPI Muadzam Shah TNB.

Program ini telah dilaksanakan bertempat di Dewan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, UNITEN KSHAS, dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli yang terlibat.

"Takwa-Ukhwah-Kebajikan"


*Majlis Bacaan Yasin & Solat Dhuha kali ke-3* *16 Januari 2026* - Majlis Bacaan Yasin & Solat Dhuha anjuran PKPI Muadzam...
16/01/2026

*Majlis Bacaan Yasin & Solat Dhuha kali ke-3*

*16 Januari 2026* - Majlis Bacaan Yasin & Solat Dhuha anjuran PKPI Muadzam Shah TNB telah berlangsung dengan lancar di Pusat Islam Ibnu Khaldun, UNITEN KSHAS pada 16 Januari 2026. Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha, diikuti Bacaan Surah Yasin dan diakhiri dengan tazkirah ringkas berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta mengimarahkan amalan kerohanian dalam kalangan ahli.

_*"Takwa-Ukhwah-Kebajikan"*_


18/03/2025
Salam Nuzul Quran daripada PKPI Muadzam Shah TNB“TAQWA-UKHWAH-KEBAJIKAN”
17/03/2025

Salam Nuzul Quran daripada PKPI Muadzam Shah TNB

“TAQWA-UKHWAH-KEBAJIKAN”

Selamat Menyambut Tahun Baru 2025
02/01/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2025

𝐃𝐞𝐬𝐚𝐩𝐫𝐞𝐧𝐞𝐮𝐫𝐬 𝟐.𝟎 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚10 Disember 2024- UNITEN KSHAS dengan kerjasama PKPI TNB Muadzam Shah,...
12/12/2024

𝐃𝐞𝐬𝐚𝐩𝐫𝐞𝐧𝐞𝐮𝐫𝐬 𝟐.𝟎 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
10 Disember 2024- UNITEN KSHAS dengan kerjasama PKPI TNB Muadzam Shah, Pelitawanis TNB Muadzam Shah dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan Program Desapreneurs 2.0 bertempat di Dewan Milenium Lestari, UNITEN KSHAS.
Seramai 49 orang usahawan
dari serata pelusuk negeri Pahang antaranya dari Tioman, Temerloh, Mentakab, Bera, Bentong, Pekan, Kuantan dan sekitar Muadzam Shah termasuk peserta daripada Persatuan Usahanita Rompin telah menghadiri kursus pendek selama satu hari ini.
Para peserta telah didedahkan dengan ilmu-ilmu asas perniagaan, motivasi dan juga cara menguruskan kewangan dengan baik. Peserta turut membawa produk jualan masing-masing untuk dipamerkan dan dijual kepada para peserta dan tetamu lain yang hadir.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Semoga program-program seperti ini mampu menaikkan semangat para usahawan dan peniaga untuk terus berjuang dalam arus ekonomi semasa yang kian mencabar.


Pkpi Kebangsaan Tnb

[TAZKIRAH 11/2024]4 RAMADAN 1445H I 15 MAC 2024
15/03/2024

[TAZKIRAH 11/2024]
4 RAMADAN 1445H I 15 MAC 2024

Address

Pahang Tua
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPI Muadzam Shah TNB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share