AKU 7 Bersatu Malaysia

Call Directions Contact the organization

AKU 7 Bersatu Malaysia Halaman ini adalah halaman rasmi Pertubuhan Amal Kebajikan Ummah Bersatu Malaysia ( AKU 7 BERSATU MALAYSIA ).

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIAπŸ‡²πŸ‡ΎBunga raya mekar di taman,Harum semerbak indah warnanya,Hari Malaysia kita raikan bersa...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIAπŸ‡²πŸ‡Ύ
Bunga raya mekar di taman,
Harum semerbak indah warnanya,
Hari Malaysia kita raikan bersama,
Tanda kasih rakyat pada negara.
Dengan penuh rasa syukur, seluruh warga AKU7 Bersatu Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Malaysia adalah simbol penyatuan dan kekuatan bangsa, di mana Semenanjung, Sabah, dan Sarawak bergabung membentuk sebuah negara berdaulat.
Semoga semangat perpaduan ini terus subur, menjadi asas kepada keharmonian, kemajuan, dan kesejahteraan Malaysia yang kita cintai.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

Bunga mekar harum berseri,Disiram embun di waktu pagi,Maulidur Rasul dikenang kembali,Cahaya Nabi menerangi hati.Dengan ...
25/08/2026

Bunga mekar harum berseri,
Disiram embun di waktu pagi,
Maulidur Rasul dikenang kembali,
Cahaya Nabi menerangi hati.
Dengan penuh kesyukuran, seluruh warga AKU7 Bersatu Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Hari penuh barakah ini mengingatkan kita akan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat dan cahaya yang menyinari seluruh alam.
Semoga kita mencontohi akhlak Baginda yang mulia, menegakkan kasih sayang, keadilan, dan persaudaraan sesama insan. Marilah kita memperkukuh iman, memperbanyakkan selawat, dan menjadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup.
Ya Allah, jadikanlah kami umat yang sentiasa berpegang teguh pada ajaran Nabi-Mu, diberi kekuatan untuk menegakkan kebenaran, serta dikurniakan rahmat dan keberkatan sepanjang hayat. Aamiin YaRabbal Alamiin🀲🏼.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

Selamat Menyambut Hari Raya AidiladhaBunga kemboja mekar di laman,Tempat bersantai si anak dara,Aidiladha penuh pengorba...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Bunga kemboja mekar di laman,
Tempat bersantai si anak dara,
Aidiladha penuh pengorbanan,
Tanda takwa kepada Pencipta.
Singgah Kedah ke Pekan Rabu,
Singgah sebentar membeli ragi,
Keikhlasan hati yang kami tuju,
Semangat berkorban subur di hati.
Sempena hari raya yang mulia ini, kami di AKU7 Bersatu Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat semua ahli, dan rakan seperjuangan.
Semoga ibadah korban dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT, serta menyemarakkan lagi semangat pengorbanan dan kesatuan dalam jiwa kita semua. Selamat menikmati hidangan bersama keluarga tercinta! Muhon maaf zahir dan batin.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

Selamat Hari Pekerja AKU7 Bersatu Malaysia mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga Malaysia yang menjadi t...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja

AKU7 Bersatu Malaysia mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga Malaysia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Setiap keringat, usaha, dan pengorbanan anda adalah asas kepada kemajuan yang kita nikmati hari ini.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, meningkatkan produktiviti, dan memupuk budaya kerja yang cemerlang. Bersama, kita mampu menghadapi cabaran dan membina masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang.
Pergi ke pekan membeli bunga,
Bunga disusun di tepi taman,
Pekerja gigih nadi negara,
Bersatu hati memajukan zaman.
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di dahan cemara,
Kerja ikhlas sepenuh hati,
Negara makmur rakyat sejahtera.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRIDengan segala hormatnya, pihak AKU7 Bersatu Malaysia menjemput YH Dato/D...
15/04/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Dengan segala hormatnya, pihak AKU7 Bersatu Malaysia menjemput YH Dato/Datin Tuan/Puan/Encik/Cik seisi keluarga untuk hadir memeriahkan:
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Anjuran: AKU7 Bersatu MALAYSIA
πŸ“… Tarikh: 18 April 2026 (30 Syawal 1447H)
πŸ•— Masa: 8.00 malam
πŸ“ Tempat: Pekarangan Pejabat AKU7 Bersatu Malaysia, Bera, Pahang
Marilah kita bersama-sama hadir beramai-ramai bagi memeriahkan suasana penuh kegembiraan ini, sambil mengeratkan silaturahim, berkongsi juadah istimewa serta mencipta kenangan indah bersama.
Kehadiran Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung daik bercabang tiga,Aidilfitri menjelma indah,Salah dan silap harap dimaafkan semua.N...
20/03/2026

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Aidilfitri menjelma indah,
Salah dan silap harap dimaafkan semua.
Naik perahu ke tengah lautan,
Angin sepoi membawa bahagia,
Raya tiba menghapus kesilapan,
Moga ukhuwah terus terjaga.
Kuih raya tersusun di meja,
Ketupat rendang jadi hidangan,
Hari mulia penuh bahagia,
Maaf dipinta penuh keikhlasan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, daripada AKU7 Bersatu Malaysia. Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kedamaian buat kita semua.
Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan kita semua diberi kesihatan, kejayaan serta rezeki yang melimpah.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

PROGRAM AMAL RAMADAN 2026Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim & AsnafAlhamdulillah, bersempena bulan Ramadan yang penuh kebe...
17/03/2026

PROGRAM AMAL RAMADAN 2026
Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim & Asnaf
Alhamdulillah, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak AKU7 Bersatu Malaysia sekali lagi telah meneruskan Program Amal Ramadan dengan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf.
Melalui program ini, anak-anak dibawa membeli pakaian hari raya serta menerima sumbangan duit raya bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka menjadi satu kebahagiaan dan motivasi buat kami semua untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong usaha kebajikan ini.
Semoga segala kebaikan ini diberkati dan diterima sebagai amal kebajikan di bulan yang mulia ini. Aamiin




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

09/03/2026

70org ahli mengagihkan mknan minuman singgah sahur..
Smga dipermudahkan segala urusan kami Smua...





β­• β­• β­• β­• β­• β­• β­•

PROGRAM AMAL RAMADAN 2026 Program Singgah SahurProgram Amal Ramadan – Singgah Sahur merupakan program kebajikan tahunan ...
09/03/2026

PROGRAM AMAL RAMADAN 2026
Program Singgah Sahur
Program Amal Ramadan – Singgah Sahur merupakan program kebajikan tahunan anjuran AKU7 Bersatu Malaysia yang dilaksanakan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Program ini bertujuan menghargai dan menyantuni petugas barisan hadapan serta pengawal keselamatan yang menjalankan tugas pada waktu malam sepanjang bulan yang mulia ini.
Bagi tahun ini, program dilaksanakan di sekitar kawasan Daerah Bera dengan melibatkan kira-kira 30 lokasi persinggahan. Antara lokasi yang diziarahi termasuk balai polis, balai bomba, hospital, pos pengawal keselamatan sekolah serta pejabat-pejabat yang mempunyai petugas bertugas pada waktu malam.
Melalui program ini, sukarelawan akan singgah di setiap lokasi bagi menghantar juadah sahur sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang terus berkhidmat menjaga keselamatan dan kelancaran operasi walaupun di waktu orang lain berehat.
Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan para petugas, selain menyemarakkan semangat berkongsi rezeki serta nilai keprihatinan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.




πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄β­•οΈπŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

Address

Pahang Tua

Telephone

+60173234410

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKU 7 Bersatu Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AKU 7 Bersatu Malaysia:

Shortcuts

Share