Perpustakaan Desa Muadzam Shah

Directions

Perpustakaan Desa Muadzam Shah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Muadzam Shah, Nonprofit Organization, PAHANG, Pahang Tua.

🍮💜 SELESAI PROGRAM JOM BUAT PUDING ROTI KASTARD!Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Jom Buat Puding Roti Kastard di Pe...
22/10/2026

🍮💜 SELESAI PROGRAM JOM BUAT PUDING ROTI KASTARD!

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Jom Buat Puding Roti Kastard di Perpustakaan Pahang Muadzam Shah pada 21 Oktober 2026.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti kita hari ini. 🥰

Tapi, ada cerita menarik di sebalik aktiviti kali ini! 😍

Tiba-tiba ada yang berminat nak belajar menu Tempoyak Daun Kayu. Daripada sekadar cadangan spontan, tup-tup terus menjadi! 😂👏

Akhirnya, terhasillah menu yang tak dirancang, tetapi cukup menyelerakan. Memang ngam dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Fuhh, bertambah selera! 🍚🐟😋

Kadang-kadang, yang tak dirancang itulah yang menjadi kenangan paling manis. ❤️

Terima kasih semua atas masa, tenaga dan perkongsian ilmu. Semoga kita berjumpa lagi dalam aktiviti akan datang!

📚 Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 💜




📚💜 AKTIVITI HARI INI DI PERPUSTAKAAN PAHANG MUADZAM SHAH 💜📚📅 Sabtu | 17 Oktober 2026Hari Sabtu yang penuh warna-warni di...
17/10/2026

📚💜 AKTIVITI HARI INI DI PERPUSTAKAAN PAHANG MUADZAM SHAH 💜📚

📅 Sabtu | 17 Oktober 2026

Hari Sabtu yang penuh warna-warni di Perpustakaan Pahang Muadzam Shah! 😍 Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung, bukan sahaja menambah ilmu, malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan adik-adik yang berkunjung ke perpustakaan.

🍗👨‍🍳 Jom Masak! Ayam Buttermilk

Wah, hari ini dapur perpustakaan meriah dengan aktiviti memasak! Sekumpulan adik-adik lelaki menunjukkan bakat masing-masing dengan menyediakan hidangan Ayam Buttermilk yang nampak menyelerakan. Sedapnya! 😋👏

Terima kasih kepada Adik Azhar dan Adik Hazim atas kerjasama dan kesungguhan dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buat adik-adik semua. 💕

🧩📖 Peraduan Teka Silang Kata

Sementara itu, adik-adik yang lain turut mengasah minda melalui peraduan teka silang kata. Seramai 13 orang peserta telah mengambil bahagian dengan penuh semangat! Tahniah kepada semua peserta kerana berani mencuba dan mencabar kemampuan diri. 🥳

💻🌐 Meneroka Dunia Ilmu Digital

Ada juga adik-adik yang menggunakan kemudahan komputer untuk mencari sumber ilmu dan melayari Internet bagi menambah pengetahuan. Inilah antara manfaat perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan ruang untuk meneroka pelbagai ilmu tanpa sempadan. 🌍✨

📚🎒 Suasana Petang di Perpustakaan 🏫📚🏫📚🏫📚

Perpustakaan Pahang Muadzam Shah turut dikunjungi oleh golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah, yang hadir secara berkumpulan untuk menyiapkan tugasan dan kerja sekolah. Ada yang mengambil peluang membaca buku, manakala ada juga yg meminjam buku sebagai bahan rujukan dan bacaan.
Seronok melihat perpustakaan menjadi pilihan golongan remaja untuk belajar, menambah ilmu dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Semoga budaya mengunjungi perpustakaan terus subur dalam kalangan generasi muda. 💜📖

🌟 Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca buku, tetapi ruang untuk belajar, berkongsi bakat, meneroka ilmu dan mencipta kenangan bersama!

Terima kasih kepada semua adik-adik yang hadir dan memeriahkan aktiviti hari ini. Semoga terus menjadikan perpustakaan sebagai destinasi pilihan untuk belajar dan berkarya. 🥰📚

Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
📖 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya






30/08/2026

Detik 12 malam

🇲🇾✨ SEMANGAT MERDEKA DI AMBANG 31 OGOS! ✨🇲🇾📍 Muadzam Shah | 30 Ogos 2026Malam penuh bermakna di Muadzam Shah! ❤️🇲🇾Perpus...
30/08/2026

🇲🇾✨ SEMANGAT MERDEKA DI AMBANG 31 OGOS! ✨🇲🇾

📍 Muadzam Shah | 30 Ogos 2026

Malam penuh bermakna di Muadzam Shah! ❤️🇲🇾

Perpustakaan Pahang Muadzam Shah dengan kerjasama RT Progresif Desa Kenanga telah mengadakan Program Ambang Merdeka 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta meraikan detik istimewa menjelang Hari Kebangsaan.

🤲 Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat
🍽️ Jamuan makanan ringan
🎆 Detik 12.00 tengah malam – letupan mercun sebagai simbolik bermulanya 31 Ogos.

Alhamdulillah, program berlangsung dalam suasana yang meriah, santai dan penuh kemesraan. Lebih bermakna apabila dapat berkumpul bersama komuniti, mengeratkan silaturahim dan bersama-sama menghayati erti sebuah kemerdekaan. 🥰

🇲🇾 KEMERDEKAAN BUKAN SEKADAR SEBUAH PERAYAAN
Ia adalah lambang perjuangan, pengorbanan dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus memelihara keamanan, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

🌺 Pihak Perpustakaan Pahang Muadzam Shah mengucapkan:
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾

Semoga semangat cintakan negara terus mekar dalam jiwa kita semua.
Ayuh semarakkan semangat Merdeka! ❤️🤍💙💛

✨ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ✨



15/08/2026

PP Muadzam Shah..
15 Ogos 2026

PROGRAM BRISK WALK @ KIBAR JALUR GEMILANG 🇲🇾Sempena Bulan Kemerdekaan 2026Perpustakaan Pahang Muadzam Shah📅 Tarikh: 15 O...
15/08/2026

PROGRAM BRISK WALK @ KIBAR JALUR GEMILANG 🇲🇾
Sempena Bulan Kemerdekaan 2026
Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat berkumpul: Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
🚶 Laluan Brisk Walk
Perpustakaan Pahang Muadzam Shah → Desa Kenanga → Pasar → Desa Tanjung Dahlia → Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
🇲🇾 Penyertaan:
12 orang adik-adik yang merupakan ahli Perpustakaan Pahang Muadzam Shah.
Program Brisk Walk ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena Bulan Kemerdekaan. Adik-adik akan berjalan sambil mengibarkan Jalur Gemilang, sekali gus memeriahkan suasana kemerdekaan di sekitar Muadzam Shah.
Jom semarakkan Bulan Kemerdekaan!
🇲🇾 Kibar Jalur Gemilang, semarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾
Terima kasih kepada ibu bapa yg selalu memberi Sokongan kepada kami..Dan Krt Perpaduan Desa Kenanga yg selalu ada memberi sokongan atas penglibatan anak² dlm program ini..

JOM ADIK-ADIK... KITA BUAT MENU SIHAT "SANDWICH TELUR" 🥪🥚📅 Tarikh: 25.07.2026 (Sabtu)📍 Lokasi: Perpustakaan Pahang Muadz...
25/07/2026

JOM ADIK-ADIK... KITA BUAT MENU SIHAT "SANDWICH TELUR" 🥪🥚
📅 Tarikh: 25.07.2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Perpustakaan Pahang Muadzam Shah
Sempena Tema Bulan Julai: Kesihatan, Perpustakaan Pahang Muadzam Shah telah menganjurkan Program Jom Adik-Adik... Kita Buat Menu Sihat "Sandwich Telur" sebagai usaha memupuk amalan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 25 orang kanak-kanak yang menunjukkan semangat, kreativiti dan kerjasama dalam menyediakan sandwich telur dengan kemas dan menarik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa & Ahli Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Desa Muadzam Shah yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Pahang Muadzam Shah. Sokongan anda amat bermakna dan menjadi pemangkin kejayaan program-program komuniti seperti ini.
Pada sebelah pagi, Program Brisk Walk turut diadakan dengan penyertaan seramai 7 orang peserta. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki di samping mengeratkan hubungan silaturahim.
Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menyemai kesedaran tentang kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program akan datang! 🌸💚


05/06/2026

📚✨ PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA 2026 ✨📚

Rumah bukan sekadar tempat berteduh…
tetapi juga tempat lahirnya budaya membaca, ilmu dan kasih sayang keluarga ❤️

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) menjemput seluruh rakyat Negeri Pahang untuk menyertai Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga 2026 Peringkat Negeri Pahang 🏡📖

💡 Serlahkan kreativiti anda dalam mewujudkan sudut bacaan yang selesa, ceria dan penuh inspirasi untuk seisi keluarga!

📌 Kategori Penyertaan:
🏠 Rumah Bertanah
🏢 Kediaman Bertingkat
🌿 Rumah Kampung

🗓️ Tarikh Tutup Penyertaan:
📍 20 Julai 2026

🎁 Menarik untuk disertai & berpeluang menjadi inspirasi kepada komuniti dalam memupuk budaya membaca di rumah!

📲 Imbas QR Code pada poster untuk syarat penyertaan dan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 Puan Rohaida – 019-931 7967
📞 Cik Soraya – 010-2268683

🌐 Layari:
Portal Rasmi PPAP







PROGRAM JOM MEMBUAT BUBUR BIJI NANGKA MERIAHKAN SUASANA DI PERPUSTAKAAN PAHANG MUADZAM SHAHMuadzam Shah, 9 Mei – Suasana...
09/05/2026

PROGRAM JOM MEMBUAT BUBUR BIJI NANGKA MERIAHKAN SUASANA DI PERPUSTAKAAN PAHANG MUADZAM SHAH
Muadzam Shah, 9 Mei – Suasana ceria dan penuh kemesraan dapat dilihat sempena Program Jom Membuat Bubur Biji Nangka yang telah berlangsung di Perpustakaan Pahang Muadzam Shah pada pagi tadi.
Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung dan komuniti setempat. Aktiviti memasak secara gotong-royong ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memberi peluang kepada peserta mempelajari cara penyediaan pencuci mulut tradisional iaitu bubur biji nangka.
Pelbagai bentuk dan saiz biji nangka yang dihasilkan oleh para peserta menambahkan lagi kemeriahan program. Walaupun berbeza rupa dan hasil tangan masing-masing, semuanya tetap sedap dimakan dan mencuit selera. Gelagat ibu-ibu bersama anak-anak yang bekerjasama menyediakan bahan masakan turut menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.
Pihak penganjur turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan penglibatan daripada pelbagai pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Kehadiran ibu-ibu serta anak-anak bukan sahaja memeriahkan aktiviti, malah berjaya mewujudkan suasana penuh kasih sayang dan semangat kekeluargaan.
Bersempena bulan Mei yang sinonim dengan tema kekeluargaan, program seperti ini diharap dapat terus menjadi medium mengeratkan hubungan antara keluarga dan masyarakat, di samping memelihara warisan makanan tradisional untuk generasi akan datang.

Hari ini..sempena program jom baca 10 minit .Jom jawab kuiz..Luangkan masa hanya 10.minit ye gais..🤣🤣
23/04/2026

Hari ini..sempena program jom baca 10 minit .
Jom jawab kuiz..
Luangkan masa hanya 10.minit ye gais..🤣🤣

Address

PAHANG
Pahang Tua
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share