11/08/2026
๐๐ ๐ ๐๐จ๐ซ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ข๐ซ ๐๐๐จ ๐๐ข๐ ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ก๐จ๐ง๐ฒ ๐๐จ๐ค๐?
"Perak bukan Johor, Perak bukan Negeri Sembilan. Di Perak kita raikan kepelbagaian dan perpaduan bersama PH. Di sini akan bermula gelombang merah dan tsunami rakyat." Demikian kata Pengerusi DAP Perak ialah Nga Kor Ming yang dilihat penuh keangkuhan semasa Majlis Makan Malam Perdana Ulang Tahun ke-60 DAP di Buntong, Perak malam tadi.
Kenyataan Nga yang juga Timbalan Pengerusi DAP ini mencetuskan tanda tanya, adakah beliau menyindir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan (sebelum letak jawatan), Anthony Loke merangkap Setiausaha Agung DAP atas kekalahan mereka di Johor dan Negeri Sembilan?
Adakah tiada kesepakatan PH di kedua-dua negeri tersebut?
Setiap pemimpin berhak bersikap optimis, dan mungkin Nga Kor Ming juga yakin bahawa DAP Perak lebih baik daripada DAP di Johor dan Negeri Sembilan. Namun s**a atau tidak, realiti membuktikan bahawa rakyat semakin menolak DAP. Rakyat telah pun menyuarakan pandangan mereka terhadap DAP secara nyata dan lantang.
Dalam PRN Sabah, DAP telah bertanding 8 kerusi, tetapi tidak menang satu pun. Dalam PRN Johor, DAP bertanding 17 kerusi, tetapi hanya memenangi 6. PRN Negeri Sembilan turut mencatatkan kekalahan besar, di mana DAP menang 9 kerusi daripada 11, tetapi dua kerusi yang dikalahkan merupakan kawasan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dan ahli Exco Negeri Sembilan, S. Veerapan.
Memang benar Perak bukan Johor, mahupun Negeri Sembilan. Akan tetapi, saya yakin bahawa rakyat Perak juga pandai menilai apa yang diperkatakan, serta apa yang telah dilaksanakan oleh Nga Kor Ming dan DAP sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018.
Selain projek kontroversi MyKiosk yang memakan kos terlampau besar (RM15,000 hingga RM25,000 seunit), pelantikan kontraktor yang tidak telus, serta kadar pengisian MyKiosk yang didakwa kurang, apa lagi sumbangan Nga Kor Ming kepada masyarakat?
Apakah naratif politik DAP di Perak nanti, selain daripada โbebas Najibโ dan โgelombang hijauโ sepertimana yang dibuat dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan?
Sebagai pemimpin peringkat Pemuda MCA, saya akui parti MCA masih belum bangkit sepenuhnya. Kami tahu bukan mudah untuk mengembalikan sokongan 95% pengundi Cina kepada MCA. Kami sedar kami masih belum mendapat sokongan sepenuhnya terutama daripada masyarakat Cina. Sebab itu kami muhasabah diri dan terus berusaha serta bekerja keras untuk mendapatkan semula sokongan pengundi.
Apa yang paling penting, MCA tidak sesekali tergamak memainkan politik fitnah dan hasutan perkauman semata-mata mahu mendapatkan undi. Apa guna mendapat kuasa dengan cara menggadai perpaduan masyarakat majmuk dan menyebabkan negara tidak stabil?
Neow Choo Seong ๆขๅญ็ฅฅ
๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง
๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐
#้ฉฌๅๅ
ฌไผ