Surau As Saadah Bukit Buluh

Surau As Saadah Bukit Buluh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau As Saadah Bukit Buluh, Community Center, kampung bukit buluh mukim pedu, Padang Terap.

25/04/2026- Aktiviti gotong-royong pembersihan tanah perkuburan  di Kampung Bukit Buloh. Program ini merupakan acara tah...
25/04/2026

25/04/2026- Aktiviti gotong-royong pembersihan tanah perkuburan di Kampung Bukit Buloh. Program ini merupakan acara tahunan anak kariah bukit buloh. Bacaan tahlil juga dilakukan setelah selesai gotong-royong. Manakala jamauan makan akan dibawa setiap keluarga mengikut menu masing- masing.

04/03/2026 - Majlis berbuka puasa anak- anak   Kariah Bukit Buloh.
04/03/2026

04/03/2026 - Majlis berbuka puasa anak- anak Kariah Bukit Buloh.

Throwback 17/02/2026 - Majlis berbuka puasa.
04/03/2026

Throwback 17/02/2026 - Majlis berbuka puasa.

03/11/2025- Sempena Majlis Bacaan Yasin untuk anak-anak kariah yang akan menduduki peperiksaan SPM, SMRA dan UPKK. Majli...
04/11/2025

03/11/2025- Sempena Majlis Bacaan Yasin untuk anak-anak kariah yang akan menduduki peperiksaan SPM, SMRA dan UPKK. Majlis ini bertujuan sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada calon-calon peperiksaan disamping mengeratkan hubungan silaturahim di antara anak kariah. Sumbangan saguhati juga diberikan kepada jemaah yang hadir pada program tersebut.

03/10/2025

.assaadah 10 Followers, 19 Following, 17 Likes - Watch awesome short videos created by Surau Assaadah Kg Bukit Buluh

09/05/2025 - Selesai program kuliah “Ibrah Qurban” yg disampaikan oleh ybhg ust Othman Bin Ali (Tenaga Pengajar MRSM Kub...
10/05/2025

09/05/2025 - Selesai program kuliah “Ibrah Qurban” yg disampaikan oleh ybhg ust Othman Bin Ali (Tenaga Pengajar MRSM Kubang Pasu). Program ini merupakan persediaan awal kepada anak kariah.

22/03/2025- Pengerusi Surau As saadah Ismail Bin Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja anak ...
22/03/2025

22/03/2025- Pengerusi Surau As saadah Ismail Bin Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja anak kariah Kg. Bukit Buloh dalam menjayakan Majlis Iftar Ramdhan telah disempurnakan oleh YB. Hj Mohd Radzi Bin Md Amin. Terima kasih juga kepada kehadiran tetamu jemputan dari syarikat THB dan Jabatan KEDA yang menyumbang dana Ihya Ramadhan bagi merealisasikan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan serta Tenaga Pengajar Surau As Saadah yang sudi hadir meraikan program tersebut. Di antara pengisian program tersebut ialah memberi saguhati kepada peserta Tadarus Al-quran, Sumbangan Kebajikan kepada Anak kariah dan kepada tenaga pengajar.

14/03/2025 - Majlis berbuka  puasa bersama anak kariah. Terima kepada Ketua Moreh (Pakndak Bidin) dan teamnya yang menye...
15/03/2025

14/03/2025 - Majlis berbuka puasa bersama anak kariah. Terima kepada Ketua Moreh (Pakndak Bidin) dan teamnya yang menyediakan menu Gulai Puyuh. Insyaallah lagi 2 ketua Moreh sedang menunggu giliran untuk program berbuka puasa bersama anak kariah. Mudah-mudahan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim anak2 kariah.

22/02/2025

22.2.2025 Alhamdulillah Selesai sudah Majlis Bacaan Yasin Tahlil dan Doa Selamat . Terima kasih kepada Yang sudi menyediakan jamuan pulut huma Kari ayam ikan masin pada Malam ini.

21/02/2025 - Terima kasih kepada AJK Surau yang hadir dalam Mesyuarat Bulanan serta mesyuarat berkaitan aktiviti-aktivit...
22/02/2025

21/02/2025 - Terima kasih kepada AJK Surau yang hadir dalam Mesyuarat Bulanan serta mesyuarat berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulanan Ramadhan nanti.

20/02/2025 - Alhamdulillah selesai satu program Ceramah Ihya’ Ramadhan yang disampaikankan oleh Ust Hassan Basri Bin Hj ...
20/02/2025

20/02/2025 - Alhamdulillah selesai satu program Ceramah Ihya’ Ramadhan yang disampaikankan oleh Ust Hassan Basri Bin Hj Abdullah dengan kehadiran beberapa orang anak murid beliau memenuhi ruang Surau As Saadah. Pihak AJK surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada anak kariah yg hadir menyerikan program pada malam ini. Terima kasih kepada makcik pramusaji yang sentiasa membantu menyediakan jamuan utk anak kariah.

Address

Kampung Bukit Buluh Mukim Pedu
Padang Terap
06300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As Saadah Bukit Buluh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share