13/03/2026
Profil Organisasi
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh Perlis (Pusaka Tujuh) telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan bergerak sebagai organisasi mendidik belia agar aktif dalam program s**an, rukun tetangga dan program kerajaan secara lebih profesional. Kump**an Pusaka Tujuh berusaha membantu kerajaan agar belia bebas dari gejala dadah dan aktiviti negatif dengan menyediakan program latihan silat sebagai riadah, rekreasi dan siraman rohani.
Fungsi Pertubuhan
PSS Pusaka Tujuh Perlis diwujudkan untuk:
Berfungsi sebagai rakan strategik kepada pelbagai agensi dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan.
Menjadi penggerak dalam bidang s**an, persembahan seni dan kecemerlangan perintis belia profesional untuk negara.
Menyediakan pelapis dalam bidang kebudayaan dan s**an.
Struktur Organisasi
PSS Pusaka Tujuh Perlis diterajui oleh seorang Yang Dipertua merangkap Guru Utama iaitu En Zubir bin Mat Isa. Beliau dibantu oleh seorang Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa, sembilan (9) gelanggang di tiga (3) Parlimen , dua belas (12) orang Jurulatih Pertubuhan, enam (6) orang jurulatih mempunyai tauliah kerajaan, dua (2) orang pengadil kebangsaan.
Gelanggang pertubuhan meliputi 3 Parlimen di Perlis seperti berikut:
Gelanggang Induk
Tapak Latihan Warung Sepetak, Kangar, Perlis.
Gelanggang Sekolah
Kelab Silat SMK Putra, Kangar
Kelab Silat SMK Perlis, Kangar
Kelab Silat SMKRPM Tengku Fauziah, Padang Besar (2020 - 2025)
Kelab Silat SK Guar Jentik, Padang Besar (2022-2025)
Gelanggang Masjid
Pusat Islam Lukman Al-Hakim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau
Masjid Guar Syed Alwi, Kangar
Masjid Abi, Kangar
Masjid Jamek Beseri, Padang Besar
Alamat berdaftar dan tempat operasi:
Lot 54, Jalan Ustaz Razak, Kampung Alor Ara Barat, Mata Ayer, 02600 Arau, Perlis
PSS Pusaka Tujuh Perlis bertanggungjawab sebagai AJK induk dan antara badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perlis (PESAKA Perlis). Setakat ini, dua (2) jurulatih bertanggungjawab sebagai Jurulatih Seni Budaya Negara, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis.
Pencapaian
Sukan
Kejuaraan Silat Grand Final Sirkit 2025 - 3 Pesilat Terbaik dari 6 kategori
Kejuaraan Silat Grand Final Sirkit 2024 - Juara Keseluruhan
Shah Alam City Silat Championship Mayor Cup 2025 - 1 Emas dan 3 Gangsa, 5 peserta.
Persembahan/Seni
WORLD KITE FESTIVAL 2026 -
5 Gelanggang (40 orang) terlibat dalam program Martial Arts Performance di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
PEMASYURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2025
3 Jurulatih Pertubuhan terlibat dalam gimik persembahan perasmian.
FORUM KENEGARAAN MALAYSIA MADANI: BICARA CINTA BANGSA 2026:
Terlibat sebagai pas**an persembahan dalam dua siri jelajah bersama Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis.
Masya Allah, laa quwwata illaa billaah
(Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)