21/08/2026
πππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππππππ πππππ πππ ππππππ πππππ πππππππ ππππ ππππππ ππ - ππ
Padang Besar, 21 Ogos 2026 β YBHG Puan Jamiaβah bt Parmin- Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perlis telah mengetuai Lawatan Ziarah Kebajikan pesara polis IPD Padang Besar sempena hari PERKEP ke-58. Program ziarah telah diadakan di Jalan Kubang Tiga 02450 Beseri, Perlis.
Turut hadir mengiringi lawatan ialah YBHG Puan Hamidah bt Harun - Naib Pengerusi PERKEP Padang Besar, DSP Ina Noorasreezah bt Md Zahari - Ketua Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Perlis, DSP Aida Irwana bt A. Shukor - Setiausaha PERKEP Padang Besar, Insp Siti Fairuz Asyikin bt Che Man -Setiausaha Biro Kebajikan PERKEP Kontinjen Perlis, Insp Salmah bt Hj Abu Bakar - Pen. Setiausaha PERKEP Kontinjen Perlis, SM Rohaida bt Abd Rahman - AJK Biro Media Sosial PERKEP Padang Besar, Sjn Noorliza bt Abu Kassim - AJK Biro Kebajikan PERKEP Padang Besar, Sjn Nursyazwani bt Mohammad Nasir - AJK Biro Kebajikan PERKEP Padang Besar, Sjn Hasniayu bt Hamzah - AJK Biro Media Sosial PERKEP Padang Besar dan Kpl Nor Hani bt Daud - Pen. Setiausaha PERKEP Padang Besar
Lawatan menziarahi pesara polis Sjn (B) 63551 Rohani bt Seman, yang telah menjalani tempoh persaraan selepas menamatkan perkhidmatan terakhir di IPD Padang Besar.
Sepanjang sesi ziarah, YBHG Puan Jamiaβah bt Parmin bersama PERKEP IPK, Perlis dan IPD Padang Besar telah beramah mesra, bertanya khabar serta mendapatkan maklumat berkaitan keadaan dan kebajikan pesara.
Program ini juga dapat memperkukuhkan semangat kekeluargaan, saling mengambil berat dan menghargai jasa warga terdahulu yang telah banyak menyumbang kepada pasukan Semoga jalinan hubungan silaturahim antara ahli PERKEP dengan pesara polis wanita tidak terputus. Seterusnya bertanya khabar mengenai keadaan semasa pesara dan keluarga. Serta menyampaikan tanda ingatan dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan sepanjang perkhidmatan.
Sumbangan ikhlas turut disampaikan kepada pesara yang diziarahi, di samping menyampaikan salam dan ingatan tulus daripada seluruh warga PERKEP IPK, Perlis dan IPD Padang Besar. Program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memupuk budaya prihatin, memperkukuh semangat kekeluargaan serta menghargai jasa dan pengorbanan pesara Polis Diraja Malaysia.