Digital Community Centre - Perpustakaan Desa Oya

Digital Community Centre  - Perpustakaan Desa Oya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Digital Community Centre - Perpustakaan Desa Oya, Community Center, No. 1 Perpustakaan Desa Oya Jalan Bakong, Oya.

Digital Community Centre (DCC) merupakan satu platform komuniti digital yang berupaya memperkukuhkan kemahiran dan keupayaan bakat komuniti lestari, sebagai pusat pembangunan kemahiran dan bakat dan sebagainya.

Kita bertemu lagi untuk Kuiz Sempena Hari Kebangsaan Malaysia. Aktiviti kuiz sempena Bulan Kebangsaan memainkan peranan ...
10/08/2026

Kita bertemu lagi untuk Kuiz Sempena Hari Kebangsaan Malaysia.
Aktiviti kuiz sempena Bulan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Untuk menjawab sila jawab di dalam ruangan komen πŸ™‚

Selamat menjawab 😊





γ‚š

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN SENI KRAF KOLAJ πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨βœ¨ Tema: HARI KEBANGSAAN ✨🎨Serlahkan kreativiti dan semangat patriotik anda melalui ka...
10/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN SENI KRAF KOLAJ πŸ‡²πŸ‡Ύ
🎨✨ Tema: HARI KEBANGSAAN ✨🎨

Serlahkan kreativiti dan semangat patriotik anda melalui karya kolaj yang menarik dan kreatif! β€οΈπŸ’™πŸ’›

πŸ‘§πŸ§’ Kategori: Kanak-kanak 5–6 Tahun
πŸ“ Terbuka kepada kanak-kanak Daerah Dalat & Oya ,Sarawak Sahaja.
πŸ“… Tempoh Pertandingan: 10 Ogos – 28 Ogos 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Ekspresikan kreativiti anda melalui karya kolaj yang bertemakan semangat cinta akan tanah air dan jati diri bangsa!

πŸ“Œ Penyertaan adalah mudah!
Sila semak syarat penyertaan, templat pertandingan dan borang maklum balas melalui QR Code yang disediakan pada poster.

πŸ† Jom berkarya, berkreasi dan semarakkan semangat kebangsaan!

β€œKreativiti Anda, Kebanggaan Negara!” πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ’™πŸ’›







πŸ“š Buku Pilihan Minggu Ini! πŸ‘»πŸ”ŽThe Case of Dr DustWhen strange clouds of glowing dust begin appearing in the most unexpect...
06/08/2026

πŸ“š Buku Pilihan Minggu Ini! πŸ‘»πŸ”Ž

The Case of Dr Dust

When strange clouds of glowing dust begin appearing in the most unexpected places, panic spreads throughout the city. Unsure of its source or purpose, the Agency for All Things Spectral sends its youngest investigators, Wednesday and Bartholomew, to uncover the truth. Their mission leads them to the mysterious Dr Dust, a shadowy villain whose sinister plan could put everyone in danger.

As the young agents follow a trail of puzzling clues, they venture through haunted corridors, abandoned laboratories, and eerie locations filled with creepy creatures, hidden secrets, and unexpected twists. Every clue brings them closer to solving the mysteryβ€”but also deeper into danger.

With time running out, Wednesday's intelligence and determination, combined with Bartholomew's creativity and courage, are put to the ultimate test. Together, they must rely on teamwork, quick thinking, and bravery to outsmart Dr Dust before his dangerous scheme spirals out of control.

Packed with humour, suspense, and exciting adventures, The Case of Dr Dust is a thrilling mystery that celebrates friendship, courage, and the power of never giving up.
Perfect for young readers who love spooky adventures, clever detectives, and page-turning mysteries. πŸ“šπŸ‘»πŸ”

πŸ“šβœ¨ SELESAI DENGAN JAYANYA! βœ¨πŸ“šMajlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tulisan Tercantik 2026 telah berlangsung dengan lanc...
06/08/2026

πŸ“šβœ¨ SELESAI DENGAN JAYANYA! βœ¨πŸ“š

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tulisan Tercantik 2026 telah berlangsung dengan lancar pada 6 Ogos 2026 di Perpustakaan Desa Oya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha, kesungguhan dan kreativiti yang dipamerkan dalam menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan berkualiti. Kepada semua peserta yang turut mengambil bahagian, syabas dan terima kasih atas penyertaan yang amat memberangsangkan.

Semoga pertandingan ini dapat terus menyemai minat terhadap seni penulisan tangan yang indah serta memupuk sikap tekun, sabar dan cintakan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, peserta dan pihak yang telah memberikan sokongan sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

🌟 Tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi dalam program-program Perpustakaan Desa Oya yang akan datang! πŸ’™πŸ“–






πŸ“–βœ¨ TERPADAMNYA LILIN DI TANGGA βœ¨πŸ“–Ada kalanya, kehidupan menguji kita dengan kehilangan, pengorbanan dan harapan yang sem...
03/08/2026

πŸ“–βœ¨ TERPADAMNYA LILIN DI TANGGA βœ¨πŸ“–

Ada kalanya, kehidupan menguji kita dengan kehilangan, pengorbanan dan harapan yang semakin malap. Namun, di sebalik setiap kegelapan, pasti masih ada sinar yang menanti untuk dinyalakan.

"Terpadamnya Lilin di Tangga" karya Dissa Azmin membawa pembaca menyelami sebuah kisah yang penuh emosi tentang keluarga, keikhlasan, reda dan kasih sayang yang tidak pernah pudar.

πŸŒ… Ikuti perjalanan Umair Jayden yang menemukan sebuah kampung nelayan dan dipertemukan dengan insan-insan yang mengubah cara pandangnya tentang kehidupan. Setiap halaman sarat dengan pengajaran yang mampu menyentuh hati dan meninggalkan makna yang mendalam.

πŸ’› Tema utama:
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Keluarga
🀍 Keikhlasan
πŸƒ Reda
🀲 Pengampunan
πŸ•―οΈ Harapan

"Tidak semua cahaya kekal, tetapi setiap kebaikan meninggalkan bekas yang abadi."

SNEAK PEAK TO OUR BOOK COLLECTION Sedang mencari bahan bacaan yang mampu menyentuh hati? πŸ‘€πŸ“š Datanglah ke Perpustakaan De...
03/08/2026

SNEAK PEAK TO OUR BOOK COLLECTION

Sedang mencari bahan bacaan yang mampu menyentuh hati? πŸ‘€

πŸ“š Datanglah ke Perpustakaan Desa Oya dan pinjam novel ini serta pelbagai lagi koleksi menarik yang menanti anda. Jom intai koleksi menarik yang terdapat di Perpustakaan Desa Oya!

Mari jadikan membaca sebagai budaya! ❀️

πŸ“š Read. Imagine. Be Inspired.

πŸ§©πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN SILANG KATA DIGITAL 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ§©πŸ“š Uji minda, asah pengetahuan dan cabar diri anda dalam Pertandingan Silang...
03/08/2026

πŸ§©πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN SILANG KATA DIGITAL 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ§©

πŸ“š Uji minda, asah pengetahuan dan cabar diri anda dalam Pertandingan Silang Kata Digital sempena sambutan Bulan Kebangsaan!

πŸ“ Terbuka kepada Ahli Perpustakaan Oya/Dalat,SARAWAK yang berumur 7-12 tahun sahaja.

πŸ’‘ Buktikan kehebatan anda menyelesaikan silang kata bertemakan ilmu dan kemerdekaan
πŸ“… Tarikh: 03 Ogos – 14 Ogos 2026

🎁 Hadiah menarik menanti anda!

πŸ“± Penyertaan adalah mudah!
βœ… Imbas kod QR pada poster.
βœ… Lengkapkan maklumat pendaftaran.
βœ… Jawab silang kata digital dan hantar sebelum tarikh tutup.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan: Puan Fifi πŸ“± 014-669 6692

✨ Jangan lepaskan peluang untuk:
🧠 Mengasah minda
πŸ“– Menambah ilmu

Jom sertai sekarang dan buktikan anda yang terbaik! πŸ’™πŸ’›




Kα—©α–‡α‘ŽIᐯᗩα’ͺ Kα—©α‘Žα—©K-Kα—©α‘Žα—©K 2026Tarikh : 19 Julai 2026 (Ahad) Tempat : Perpustakaan Awam Dalat (Dewan Masyarakat Dalat) "Kanak-...
24/07/2026

Kα—©α–‡α‘ŽIᐯᗩα’ͺ Kα—©α‘Žα—©K-Kα—©α‘Žα—©K 2026

Tarikh : 19 Julai 2026 (Ahad)

Tempat : Perpustakaan Awam Dalat (Dewan Masyarakat Dalat)

"Kanak-kanak adalah permata berharga yang akan mencorakkan masa depan. Bersama-sama kita menyemai kasih sayang, ilmu dan nilai murni demi melahirkan generasi yang cemerlang"

Karnival Kanak-Kanak 2026 telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah dengan kerjasama Rakan Perpustakaan Dalat & Oya. Karnival Kanak-Kanak telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2026 dan telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Yb Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Pegawai Daerah Dalat, Encik Mathew Bin Hubert, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dalat, Cik Angelia Nicholas Batan dan Kaunselor Abdul Halim Bin Hamdian selaku Pengerusi Rakan Perpustakaan Dalat & Oya.

Turut hadir menyerikan lagi Karnival Kanak-Kanak ini ialah barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), barisan Kaunselor Daerah Dalat, tidak dilupa juga kepada beberapa Agensi Pameran yang telah mengadakan pameran sepanjang Karnival Kanak-Kanak berlangsung iaitu :

1. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Dalat
2. Centexs Dalat
3. Oseic Dalat
4. AMANITA Dalat
5. Jabatan Pertahanan Awam Dalat

Majlis Perasmian Karnival Kanak-Kanak 2026 telah disempurnakan oleh Yb Fatimah Abdullah dan berlangsung dengan penuh meriah, disaksikan oleh para tetamu dan jemputan serta pengunjung yang hadir.

Karnival kanak-kanak ini bertambah seri dengan kehadiran peserta-peserta dan guru pengiring sekolah masing-masing, mereka terlibat dengan pertandingan yang diadakan oleh pihak penganjur. Ibu bapa juga turut hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Semangat kekeluargaan juga turut terlihat jelas daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Karnival Kanak-Kanak 2026 diadakan bagi meraikan Hari Kanak-Kanak dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, mendidik dan inklusif. Program ini bertujuan mencungkil bakat, memupuk nilai murni, menggalakkan pembelajran sepanjang hayat serta mengeratkan hubungan anatra kanak-kanak, keluarga dan komuniti dalam suasana yang ceria dan harmoni.

Terdapat empat pertandingan yang diadakan sepanjang Karnival diadakan iaitu :

1. Pertandingan Mewarna Poster "Karnival Kanak-Kanak 2026"
2. Pertandingan Pentas Cilik 2026
3. Pertandingan OKU Got Talent
4. Book Page Hunter

Kesemua peserta telah menunjukkan bakat terpendam masing-masing dan mereka juga sangat bersemangat dalam menjayakan pertandingan ini. Syabas diucapkan kepada kesemua kanak-kanak.

Dikesempatan ini, kami turut mengucapkan setinggi terima kasih kepada Tetamu Kehormat dan Tetamu Jemputan yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta menyerikan majlis ini. Ahli jawatankuasa pelaksana, petugas yang telah bertungkus lumus memastikan setiap aktiviti/pertandingan berjalan dengan lancar. Ibu bapa dan Guru Pengiring yang sentiasa memberi galakan kepada anak-anak/pelajar untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Kesemua peserta yang telah menunjukkan bakat dan keyakinan sepanjang karnival berlangsung.

Turut berterima kasih kepada kanak-kanak dari Tadika Sedidik Dalat kerana telah mengadakan persembahan Bahasa Isyarat sepanjang Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku dinyanyikan.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan kepada setiap peserta yang telah mengambil bahagian. Anda semua adalah kebanggan kami.

Semoga Karnival Kanak-Kanak 2026 menjadi kenangan yang indah dan memberi inspirasi kepada anak-anak untuk terus berani mencuba, berkreativiti dan mengembangkan potensi diri.

Sekian, terima kasih. Jumpa lag pada masa akan datang. ☺️

πŸ“… 23 JULAI 2026 | KHAMISπŸ“ Perpustakaan Desa Oya 🎨✨PROGRAM SDEC : REKA BENTUK DENGAN CANVA & PROGRAM DCC : BENGKEL PENGEN...
24/07/2026

πŸ“… 23 JULAI 2026 | KHAMIS
πŸ“ Perpustakaan Desa Oya

🎨✨PROGRAM SDEC : REKA BENTUK DENGAN CANVA & PROGRAM DCC : BENGKEL PENGENALAN CANVA SESI 2✨🎨

Program ini merupakan kolaborasi antara Digital Community Centre - Perpustakaan Desa Oya dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) yang telah disampaikan oleh Puan Nazila binti Maidi (Nazila Maidi) Peserta Sarawak Digital Champion anjuran Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dalam usaha memperkasa literasi digital serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam penggunaan platform Canva bagi menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif dan berkualiti.

Sepanjang bengkel, para peserta telah mempelajari asas penggunaan Canva, teknik menghasilkan poster dan bahan promosi digital, serta menjalani latihan amali secara hands-on untuk meningkatkan kemahiran reka bentuk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran, kerjaya, perniagaan dan aktiviti harian.






πŸŽ‰ PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN TULISAN TERCANTIK βœοΈπŸ“šTahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Tulisan Ter...
23/07/2026

πŸŽ‰ PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN TULISAN TERCANTIK βœοΈπŸ“š

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Tulisan Tercantik anjuran Perpustakaan Desa Oya.

πŸ† Senarai Pemenang:

πŸ₯‡ Juara
Nur Eliya Adreena Binti Mohamad Iskandar
(SK Kpg Bakong Terus, Oya)

πŸ₯ˆ Naib Juara
Naira Raisya Binti Mohd Hezekri Frankie
(SK Sungai K*t Tengah, Dalat)

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
Aslam Qashaaree Bin Mazian
(SK Sungai K*t Tengah, Dalat)

🌟 Saguhati
β€’ Nur Raisha Nayla Binti Mohd Khairulanwar
(SK Sungai Ud, Dalat)

β€’ Nur Fateen Madeeha Bt Dewa
(SK Kampung Igan)

πŸ“… Hari Apresiasi Tulisan Tercantik
πŸ—“οΈ 6 Ogos 2026 (Khamis)

Kepada semua pemenang, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan meningkatkan kemahiran penulisan. Kepada semua peserta yang mengambil bahagian, terima kasih atas penyertaan dan semangat yang ditunjukkan.

Jumpa anda pada Hari Apresiasi Tulisan Tercantik untuk sesi penyampaian hadiah! 🎁✨




Address

No. 1 Perpustakaan Desa Oya Jalan Bakong
Oya
96410

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30

Telephone

+60129441175

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Digital Community Centre - Perpustakaan Desa Oya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Digital Community Centre - Perpustakaan Desa Oya:

Shortcuts

Share