Kami Bantah Pembinaan Sempurna Residence Nilai Perdana

Kami Bantah Pembinaan Sempurna Residence Nilai Perdana Kami Penduduk Nilai Perdana membantah sekerasnya pembinaan Kondominium Sempurna Residence

Selamat berhujung mingguYB Arul Kumar Jambunathan tengah fun run tu. die masih lagi sibuk. Memang takde peduli pun pasal...
02/05/2026

Selamat berhujung minggu

YB Arul Kumar Jambunathan tengah fun run tu. die masih lagi sibuk.

Memang takde peduli pun pasal projek ni.

Ni kat bawah salah satu penipuan daripada iklan developer.

Strategik celah mane pun xtau. Haha.

Kepada yang nak membeli, Selamat datang ke Pulau Nilai Perdana kami ucapkan.

Salam Semua. Nampaknya geng2 developer tengah rancak letak 5 bintang review di Google Maps. Ayuh semua. Jom kita ramai2 ...
25/04/2026

Salam Semua.

Nampaknya geng2 developer tengah rancak letak 5 bintang review di Google Maps.

Ayuh semua. Jom kita ramai2 tambah lagi bad review dekat Lokasi projek Sempurna Residences ini.

Kite jangan jadi macam YB Arul Kumar Jambunathan yang hanya jadi patung. Jadi Exco Perumahan pun, tak boleh buat apa dengan Kapitalis besar.

Klik link ini untuk review. https://maps.app.goo.gl/BEwi46tZY9bqKkpM8?g_st=ic

Semudah ABC untuk review. Mohon jasa baik semua penduduk Nilai Perdana untuk buat review ini.

Terima kasih

menyusahkan Penduduk Nilai Perdana.

Salam Hari Sabtu. Seperti biasa YB Arul Kumar Jambunathan masih tidur. Jadi sementara YB selaku Exco Perumahan N9 yang h...
25/04/2026

Salam Hari Sabtu.

Seperti biasa YB Arul Kumar Jambunathan masih tidur.

Jadi sementara YB selaku Exco Perumahan N9 yang hanya jadi patung, jom ramai2 kita tinggalkan bad review dekat pin location google maps Sempurna Residence ini.

Klik link ini https://maps.app.goo.gl/ajZTpuBznJ4vittb8?g_st=ic

Lokasi pin untum show gallery diorang telah diremiove oleh geng2 developer. Jadi kita buat dekat lokasi projek plak.

Dengan cara ini sahaja kita holeh sampaikan dekat orang ramai supaya jangan beli projek ini. Terima kasih.

Salam Semua. Maaf kami busy beraya macam YB Arul Kumar Jambunathan. Sebab tu sampai sekarang takde lagi nak buat perjump...
11/04/2026

Salam Semua. Maaf kami busy beraya macam YB Arul Kumar Jambunathan. Sebab tu sampai sekarang takde lagi nak buat perjumpaan antara Penduduk Nilai Perdana dengan Pihak Berkuasa , Developer.

Jadi sekarang sementara tu, jom kita ramai2 tinggal review 1 bintang dekat Google review location showhouse Sempurna Residences ni.

Ada location baru di google maps. Location lame telah dipadam oleh developers rasanya.

Link location dibawah. Contribution daripada anda, sedikit sebanyak membantu sebagai awareness kepada yang nak beli kondo ini. Terima kasih

Link https://maps.app.goo.gl/7TTQbZEv6GxcntxD9?g_st=ic

HUJAN TIDAK BOLEH DIHENTIKAN - TETAPI KESELAMATAN TAPAK ADALAH TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR DAN PIHAK BERKUASAGambar ini men...
10/03/2026

HUJAN TIDAK BOLEH DIHENTIKAN - TETAPI KESELAMATAN TAPAK ADALAH TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR DAN PIHAK BERKUASA

Gambar ini menunjukkan satu keadaan yang sangat membimbangkan yang telah berlaku berhampiran kawasan perumahan sedia ada selepas hujan lebat baru2 ini.

Sebahagian longkang sedia ada yang selama ini berfungsi menyalurkan air dari kawasan rumah penduduk telah runtuh sepenuhnya di sempadan tapak projek pembinaan pangsapuri 39 tingkat.

Apa yang lebih membimbangkan ialah:
- Kerja cerucuk (piling) dijalankan sangat hampir dengan sempadan tapak projek
- Struktur longkang yang berfungsi untuk kawasan perumahan telah rosak dan runtuh
- Tanah di kawasan tersebut jelas terhakis dan menjadi tidak stabil
- Ketika hujan lebat, air mengalir terus melalui tanah yang telah terdedah

Memang benar - hujan tidak boleh dihentikan.

Tetapi menguruskan tapak projek supaya selamat ketika hujan adalah tanggungjawab kontraktor dan pemaju.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan projek pembinaan:
- mematuhi syarat kelulusan pelan pembangunan
- tidak menjejaskan keselamatan kawasan perumahan berhampiran
- melindungi infrastruktur sedia ada seperti sistem saliran

Apabila kerja pembinaan dijalankan terlalu hampir dengan sempadan tapak, beberapa risiko boleh berlaku:
- Tanah menjadi lemah dan runtuh
- Sistem saliran kawasan perumahan rosak
- Hakisan tanah berlaku dengan cepat ketika hujan
- Risiko pergerakan tanah ke arah kawasan rumah

Longkang yang runtuh ini bukan sekadar isu kecil. Ia berfungsi sebagai saliran utama untuk kawasan perumahan berhampiran. Jika tidak diperbaiki dengan segera, kesannya boleh menjadi:
- banjir di kawasan rumah
- hakisan tanah yang lebih teruk
- kerosakan kepada struktur tanah berhampiran rumah penduduk

Persoalan yang patut dijawab oleh MBS, KPKT dan Pemaju ialah:
- Adakah kerja pembinaan dijalankan terlalu hampir dengan sempadan tapak?
- Adakah langkah perlindungan terhadap infrastruktur sedia ada seperti longkang telah diambil sebelum kerja piling dimulakan?
- Adakah pihak berkuasa tempatan telah memantau keadaan tapak ini selepas kejadian runtuhan?

Penduduk tidak menentang pembangunan. Tetapi keselamatan kawasan perumahan sedia ada tidak boleh dikompromi.

Jika longkang boleh runtuh hari ini, penduduk berhak bertanya: Apa lagi yang mungkin runtuh esok?

Pembangunan tidak sepatutnya mengorbankan keselamatan kawasan perumahan yang telah lama wujud. Penduduk hanya mahukan satu perkara yang asas - projek dibangunkan dengan selamat, bertanggungjawab dan dipantau dengan serius oleh pihak berkuasa.

Pepatah mengatakan malang tidak berbau, ingat sebelum kena. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Walaupun perkara ini telah menjadi pengetahuan wakil rakyat, setakat petang ini jam 5, 10hb. Mac, kerja cerucuk berjalan seperti biasa. Kami berharap jiran2 dapat memberi tekanan kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan segera seperti menghentikan kerja cerucuk sehingga siasatan dan langkah pencegahan telah diambil.

Arul Kumar Jambunathan , Majlis Bandaraya Seremban, PLANMalaysia Negeri Sembilan

Kepada YB Nilai Arul Kumar Jambunathan, Majlis Bandaraya Seremban, PLANMalaysia Negeri SembilanTolong baca.Terdapat keny...
09/03/2026

Kepada YB Nilai Arul Kumar Jambunathan, Majlis Bandaraya Seremban, PLANMalaysia Negeri Sembilan

Tolong baca.

Terdapat kenyataan bahawa kejadian runtuhan terbaharu ini berpunca daripada saliran lama yang runtuh. Namun penjelasan seperti itu menimbulkan persoalan yang lebih besar.

Gambar yang dikongsikan ini p**a tidak menjawab persoalan penduduk tapi lebih mengundang kerisauan yang lagi tinggi.

Sangat-sangat penting untuk difikirkan ialah jika benar kontraktor sedang membina sistem penahan dinding yang baharu di kawasan tersebut, persoalan yang wajar dijawab dengan segera dan tuntas oleh pihak berkuasa dan pemaju ialah: Mengapa kerja pengorekan atau kerja tanah dilakukan terlebih dahulu tanpa membina dinding penahan yang sepatutnya menyokong tanah dan melindungi struktur berhampiran?

Dalam amalan pembinaan yang baik, terutama di kawasan yang bersebelahan dengan rumah sedia ada, dinding penahan atau langkah perlindungan sementara biasanya perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kerja tanah dijalankan.

Jika dinding penahan hanya dirancang untuk dibina kemudian, maka sepanjang tempoh itu kawasan tersebut berada dalam keadaan terdedah kepada risiko pergerakan tanah dan hakisan.

Apabila hujan turun dengan lebat, tanah yang tidak mempunyai sokongan akan mudah menjadi tepu air dan kehilangan kekuatan. Dalam keadaan seperti ini, kegagalan tanah bukan lagi sesuatu yang luar biasa, tetapi hanya menunggu masa untuk berlaku. Dan kemungkinan bencana besar akan sentiasa menghantui penduduk setiap kali hujan.

Lebih merisaukan lagi, di tapak projek tersebut juga terdapat beberapa jentera pembinaan berskala besar, berdasarkan pemerhatian terbaharu, terdapat kira-kira empat jentera cerucuk (piling machine), empat kren tinggi dan beberapa silo semen yang tinggi betul2 berhampiran jalan besar.

Jentera-jentera ini mempunyai berat yang sangat besar dan bergantung kepada kestabilan tanah di bawahnya untuk beroperasi dengan selamat.

Jika keadaan tanah di tapak projek sudah menunjukkan tanda-tanda pergerakan atau runtuhan, penduduk sememangnya mempunyai sebab untuk bimbang:

- Adakah tanah di tapak projek masih cukup stabil untuk menampung jentera berat tersebut?

- Adakah terdapat pemantauan geoteknikal terhadap pergerakan tanah di kawasan ini?

- Apakah langkah keselamatan yang diambil sekiranya berlaku pergerakan tanah secara tiba-tiba?

Sekiranya tanah menjadi tidak stabil, bukan sahaja terdapat risiko runtuhan tambahan, malah jentera berat seperti kren atau mesin cerucuk juga berpotensi tumbang, yang boleh membawa risiko keselamatan yang sangat serius kepada pekerja dan juga penduduk di kawasan berhampiran.

Penduduk tidak sepatutnya hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan turun atau setiap kali kerja pembinaan dijalankan.

Apa yang diminta oleh penduduk hanyalah jaminan keselamatan yang jelas dan tindakan segera daripada pemaju serta pihak berkuasa.

Penjelasan bahawa semuanya telah dilakukan “mengikut spesifikasi” sahaja tidak mencukupi.

Jika benar semua langkah keselamatan telah dipatuhi, mengapa runtuhan tanah masih boleh berlaku?

Penduduk berhak mendapat penjelasan yang telus serta tindakan segera bagi memastikan keadaan tapak benar-benar selamat sebelum kerja pembinaan diteruskan. Lebih menjadikan kebimbangan penduduk ialah projek ini melibatkan pembinaan bangunan setinggi 39 tingkat, bukannya apartment 4 tingkat seperti yang berhampiran - tapi 10 kali ganda tinggi!

Sebab tu perlu diadakan perjumpaan dengan Penduduk dengan segera. Anda sebagai Exco Perumahan, ada kuasa untuk arahkan jabatan yang terlibat untuk datang. Bawak sekali pemaju.

Kepada semua , Jom kepada yang ada masa lapang, kite pergi buat kesini untuk bantahan. Kite semak balik kawasan tanah ka...
08/03/2026

Kepada semua , Jom kepada yang ada masa lapang, kite pergi buat kesini untuk bantahan. Kite semak balik kawasan tanah kawasan pembinaan tu. Dekat situ boleh buat bantahan.

Tak tau la berkesan ke x, tapi tak salah untuk mencuba.

Terima kasih.

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN RANCANGAN TEMPATAN MALAYSIA VISION VALLEY 2045 (JILID 2 DAERAH SEREMBAN) (PENGUBAHAN 7)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 7) akan diadakan selama 4 minggu (02hb Mac 2026 hingga 31hb Mac 2026) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Seremban.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31hb Mac 2026 (Selasa).

PERANAN ANDA

Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 7) di tiga (3) lokasi yang tertera di Poster.

Anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 7) sepanjang tempoh publisiti diadakan.







08/03/2026

BILA HUJAN LEBAT SEDIKIT PUN SUDAH BANJIR — SIAPA SEBENARNYA BERFIKIR SEBELUM PEMBANGUNAN DILULUSKAN?

Baru-baru ini hujan lebat telah menyebabkan dua lokasi di bawah Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dilanda banjir — satu melibatkan laluan jalan raya (Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Sebelah Nilai) dan satu lagi kawasan bandar (Pekan Nilai).

Perkara ini menimbulkan persoalan yang sangat asas.

Dalam sesuatu pembangunan, keputusan tidak dibuat oleh satu pihak sahaja.

Ada perancang bandar di pihak MBS.
Ada wakil rakyat yang sepatutnya menjaga kepentingan kawasan.
Dan ada juga Exco Perumahan negeri yang bertanggungjawab terhadap dasar pembangunan dan perancangan perumahan.

Tetapi apabila hujan turun sedikit lebih lebat dan kawasan terus banjir, kita berhak bertanya:

Adakah semua pihak ini benar-benar meneliti kesan pembangunan sebelum ia diluluskan?

Setiap projek pembangunan biasanya melalui pelbagai proses teknikal.

Antaranya termasuk:

• kelulusan perancangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
• penilaian kesan terhadap kawasan sekitar
• pelan sistem perparitan dan pengurusan air hujan
• kesesuaian tapak pembangunan

Secara teori, semua ini sepatutnya memastikan sesuatu kawasan tidak menghadapi masalah seperti banjir selepas pembangunan dibuat.

Tetapi realitinya sekarang kita melihat perkara yang sebaliknya.

Apabila hujan turun, air naik.

Jalan tidak boleh dilalui.
Kawasan bandar mula dinaiki air.

Ini menimbulkan persoalan yang sangat wajar ditanya oleh penduduk:

Adakah kawasan ini memang sesuai untuk pembangunan sejak awal?

Adakah kapasiti sistem saliran diambil kira sebelum projek diluluskan?

Adakah pihak berkuasa tempatan benar-benar menilai kesan pembangunan terhadap kawasan sekitar?

Dan satu lagi persoalan yang lebih besar:

Di mana peranan wakil rakyat dan Exco negeri dalam memastikan pembangunan dibuat secara bertanggungjawab?

Lebih membimbangkan, apabila sesuatu kawasan semakin dibangunkan, kawasan hijau / lapang dan tanah resapan air semakin berkurang.

Air hujan yang dahulu diserap oleh tanah kini terus mengalir ke dalam sistem longkang dan parit dalam jumlah yang jauh lebih besar.

Jika sistem saliran tidak dinaik taraf seiring dengan peningkatan pembangunan, maka banjir sebenarnya hanyalah soal masa.

Perkara ini bukan rahsia dalam dunia kejuruteraan dan perancangan bandar. Ia adalah asas yang dipelajari oleh jurutera dan perancang bandar.

Malangnya, yang menanggung akibat bukanlah pemaju yang membuat keuntungan daripada pembangunan tersebut.

Bukan juga perancang bandar yang meluluskan pelan.

Bukan juga mereka yang duduk di pejabat membuat keputusan.

Yang menanggung akibat adalah penduduk dan pengguna jalan raya.

Rumah dinaiki air.
Kenderaan rosak.
Jalan menjadi tidak selamat.

Pembangunan bukan sekadar meluluskan projek dan membina bangunan.

Ia sepatutnya memastikan kawasan menjadi lebih selamat dan lebih baik untuk didiami, bukan sebaliknya.

Jika setiap kali hujan lebat kawasan mula banjir, maka ini bukan lagi isu cuaca.

Ini isu perancangan.

Penduduk tidak menolak pembangunan.

Tetapi pembangunan yang baik memerlukan pertimbangan, tanggungjawab dan pemikiran jauh ke hadapan.

Jika tidak, akhirnya rakyat akan mula bertanya satu soalan yang sangat mudah:

Siapa sebenarnya yang membuat keputusan ini — dan adakah mereka benar-benar memahami kesannya kepada penduduk?

YB Arul Kumar Jambunathan, Majlis Bandaraya Seremban, PLANMalaysia Negeri Sembilan

Tembok Penahan Tanah Runtuh di Tapak Projek 39 Tingkat – Jika Ikut Spesifikasi, Mengapa Boleh Runtuh?Tembok penahan tana...
07/03/2026

Tembok Penahan Tanah Runtuh di Tapak Projek 39 Tingkat – Jika Ikut Spesifikasi, Mengapa Boleh Runtuh?

Tembok penahan tanah tersebut merupakan sempadan antara tapak pembinaan projek baharu dan kawasan perumahan.

Ini bukan perkara kecil.

Dalam projek pembinaan bangunan tinggi yang melibatkan kerja pengorekan tanah, cerun dan struktur penahan tanah, keselamatan struktur seperti tembok penahan tanah adalah sangat kritikal.

Apabila berlaku runtuhan seperti ini, beberapa persoalan serius timbul. Sering kali apabila insiden seperti ini berlaku, alasan yang diberikan adalah bahawa semua kerja telah dilaksanakan mengikut spesifikasi atau pelan yang diluluskan.

Namun persoalan yang wajar ditanya ialah:
- Jika benar semuanya dibina mengikut spesifikasi dan rekabentuk kejuruteraan yang diluluskan, bagaimana runtuhan seperti ini boleh berlaku?

Spesifikasi dan rekabentuk kejuruteraan sepatutnya diwujudkan untuk mengelakkan kegagalan struktur, bukan sekadar untuk memenuhi dokumen kelulusan di atas kertas.

Selain itu, satu lagi persoalan penting ialah:
- Adakah pemaju telah menjalankan kerja-kerja asas penstabilan dan pengukuhan tapak dengan secukupnya sebelum kerja pembinaan utama dimulakan?

Dalam pembangunan berskala besar seperti bangunan 39 tingkat dengan lebih seribu unit kediaman, kerja awal seperti berikut adalah amat kritikal:
- penilaian geoteknikal tanah
- kerja penstabilan cerun
- pengukuhan struktur penahan tanah
- sistem pemantauan pergerakan tanah

Sekiranya langkah-langkah ini dilaksanakan dengan sempurna, kejadian runtuhan seperti ini sepatutnya tidak berlaku begitu sahaja.

Ini juga menimbulkan persoalan yang lebih besar:
- Adakah kerja pembinaan dilaksanakan sepenuhnya mengikut rekabentuk kejuruteraan yang diluluskan?
- Adakah pemantauan teknikal dilakukan secara berkala oleh jurutera perunding?
- Apakah bentuk pemantauan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan sepanjang tempoh pembinaan projek ini?

Pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Seremban mempunyai tanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan yang diluluskan tidak menjejaskan keselamatan penduduk di kawasan sekitar.

Apabila berlaku runtuhan struktur di tapak projek yang terletak berhampiran rumah penduduk, adalah wajar bagi orang ramai untuk meminta:
- penjelasan yang telus
- siasatan teknikal yang menyeluruh
- tindakan segera untuk memastikan keselamatan kawasan sekitar

Langkah segera yang sewajarnya perlu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk berhampiran, beberapa langkah segera perlu diambil oleh pihak berkuasa dan pemaju:
1. Pemeriksaan teknikal menyeluruh di tapak projek oleh pihak berkuasa dan jurutera bebas bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan.
2. Penghentian sementara kerja-kerja yang berisiko sehingga langkah penstabilan tanah dilaksanakan sepenuhnya.
3. Pelaksanaan langkah pengukuhan cerun dan tembok penahan tanah secara segera bagi mengelakkan kejadian lebih serius.
4. Pemantauan geoteknikal berterusan bagi memastikan tiada pergerakan tanah yang boleh menjejaskan keselamatan rumah penduduk.
5. Pendedahan maklumat yang telus kepada penduduk sekitar mengenai hasil siasatan dan langkah keselamatan yang diambil.

Jika tembok penahan tanah pun boleh runtuh di peringkat awal pembinaan, penduduk sekitar tentu tertanya-tanya bagaimana keselamatan projek berskala besar ini akan dijamin dalam jangka panjang.

Penduduk tidak menolak pembangunan. Namun pembangunan mesti dilaksanakan dengan tanggungjawab, pemantauan yang ketat dan keutamaan kepada keselamatan komuniti sedia ada. Lebih penting, keselamatan penduduk tidak boleh hanya bergantung kepada kenyataan bahawa “semua telah dibina mengikut spesifikasi” tanpa penjelasan teknikal yang jelas apabila kegagalan struktur telah berlaku.

Akhirnya persoalan yang paling asas ialah: Jika struktur keselamatan seperti tembok penahan tanah pun boleh runtuh, adakah projek ini benar-benar sedang dibina dengan tahap kawalan dan pemantauan yang sepatutnya?

Penduduk sekitar berhak mendapat jawapan yang telus. Keselamatan komuniti bukan perkara yang boleh dipandang ringan — lebih-lebih lagi apabila pembangunan berskala besar dijalankan begitu hampir dengan kawasan rumah sedia ada.

Kepada YB Arul Kumar Jambunathan, kami penduduk Nilai Perdana khususnya Penduduk Taman Nilai Perdana yang rumah hanya disebelah kawasan projek ingin menuntut Kerja di construction site DIHENTIKAN SERTA MERTA sehingga siasatan berkenaan Retainer wall selesai dan keputusan hasil siasatan dibentangkan kepada kami. Ini melibatkan nyawa penduduk. Anda sebagai Exco Perumahan, Sila Jalankan tugas anda. Bukan hanya ikut telunjuk Pemaju. Kalau tak boleh buat, ini menunjukkan jawatan yang dipegang oleh anda hanya wayang semata2.

06/03/2026

Video 2 of 2

Ni satu lagi Yb Arul Kumar Jambunathan

Ini baru kerja asas infra sudah ada masalah, macam mana bila pembinaan sebenar berjalan?

06/03/2026

Salam hujung minggu.

Perkongsian video dari penduduk Nilai perdana. Video 1 of 2.

Untuk perhatian YB Arul Kumar Jambunathan.

Retaining Wall sudah runtuh. Aper cerita YB? Developer janji nak besarkan jalan, tak sempat buat jalan, retainer wall runtuh dulu.

Baru hujan dah runtuh. Risiko banjir tak tau lagi ni.

Kalau kerja kontraktor berkualiti, mungkin ia tidak berlaku. Ini sepatutnya menjadi kegelisahan kpd penduduk sekitar. Tambahan lagi ada mesin yg tinggi seperti piling dan crane.

Kepada pengunjung Page ini yang berhajat untuk membeli kondo Sempurna residences ini, harap boleh fikir semula la. Jangan beli projek kondo ini. Kalau taknak pening dikemudian hari.

Kepada ejen2 hartanah p**ak, jangan duk jual la projek kondo ini.

Address

Nilai Perdana
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kami Bantah Pembinaan Sempurna Residence Nilai Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share