05/12/2025
Saban hari saban minggu warga PONDOKU solat berjemaah di surau berdekatan dengan premis. Seperti biasa, pelbagai gaya, perangai dan karenah. Namun Alhamdulillah kami tetap istiqamah sebab setiap kali kami berdiri di saf ini, kami sebenarnya sedang menemani perjalanan pembelajaran sepanjang hidup mereka, bukan sekadar “mengurus”, malah kami juga belajar menjadi “teman baik” mereka di dunia ini. Semoga diakhirat nanti wajah-wajah ini, terutamanya para asatizah tidak mereka lupai.
Dalam perjalanan ni, macam-macam rasa kami telan. Ada hari terima pujian, ada hari dapat kecaman, tak kurang juga dengan teguran, itu tanda orang masih saying dan peduli. Walaupun ada hari kami sendiri malu, geram, penat tapi anehnya, semua itu tetap berbaloi bila mereka tetap datang ke rumah Allah walaupun dengan kekurangan, walaupun dengan cabaran.
Dan tahniah dan terima kasih pada semua asatizah yang gigih berdiri bersama mereka. Mungkin terlintas di hati orang luar yang nampak mereka “kurang produktif” dalam kehidupan ini tapi di saf inilah tempat paling inklusif yang sepatutnya tidak menolak sesiapa kerana kita sembah tuhan yang sama. Dan sepatutnya ia lebih selamat daripada mana-mana ruang lain di luar sana.
Saya menyeru ibu bapa, penjaga, waris, guru serta seluruh masyarakat, agar kita kita sama-sama ambil tanggungjawab agar berikan mereka ruang dan peluang untuk dididik dalam menganut agama.
Kita jaga keluarga kita yang ada anak istimewa.
Kita tengok jiran.
Kita perhati anak saudara.
Kita bantu rakan sekerja yang mungkin tak bercerita apa-apa.
Janganlah kita hanya muncul selepas berlaku kejadian yang menggemparkan. Munculnya pun bukanlah untuk menenangkan atau memberi manfaat. Ada lebih baik mereka teruskan untuk berdiam kerana ayatnya lebih menyakitkan.
“kenapa tak pantau? jangan beranak kalau penat”,
“otak anak sakit, kenapa tak rawat?”,
“dah tahu anak macam tu, kenapa tak jaga?”
Padahal ramai ibu bapa yang sebenarnya sudah terdesak, penat dan tak tahu ke mana nak pergi. Kalau setiap komuniti ada seorang dua yang ambil peduli, kalau setiap surau buat sedikit ruang untuk anak-anak macam ni, kalau setiap keluarga buka mata lebih awal. InsyaAllah, banyak isu besar dapat dicegah sebelum ia berlaku.
Usaha kami jauh sangat dari sempurna. Jemaah kecil kami terus mencuba. Kami percaya kalau ramai lagi yang cuba, ramai cakna, ramai hulur tangan anak-anak istimewa kita akan ada masa depan yang jauh lebih selamat dan jauh lebih bermaruah.
Mari kita jadi masyarakat yang peduli sebelum tragedi, masyarakat yang menyayangi serta memahami