Wanita ISMA Nilai

Directions

Wanita ISMA Nilai Pertubuhan Bukan Badan Kerajaan (NGO) berfokuskan wanita. Rujukan utama masyarakat dalam membawa isu- isu kewanitaan di Malaysia.

Tun Dr Hasmah: Wanita yang Berbakti Lebih Daripada Sekadar Pendamping========Ada wanita yang dikenang kerana siapa suami...
29/09/2026

Tun Dr Hasmah: Wanita yang Berbakti Lebih Daripada Sekadar Pendamping

========

Ada wanita yang dikenang kerana siapa suaminya.

Ada p**a wanita yang, meskipun berdiri di sisi seorang pemimpin besar, tetap meninggalkan jejaknya sendiri.

Tun Dr Hasmah Mohamad Ali adalah antara mereka.

Pada 28 September 2026, negara kehilangan seorang srikandi. Allahyarhamah Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.

Ramai mengenalinya sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun kisah hidupnya jauh lebih luas daripada gelaran itu.

Beliau ialah seorang doktor, seorang ibu, seorang pemimpin masyarakat dan seorang wanita yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk berkhidmat.

Dari Klang, mengejar ilmu
--------
Dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926, Hasmah kecil pernah bercita-cita menjadi wartawan.

Beliau membesar dalam zaman yang penuh cabaran. Perang Dunia Kedua berlaku ketika beliau masih muda, dan pada ketika itu pendidikan tinggi bukanlah sesuatu yang mudah dicapai oleh seorang anak perempuan Melayu.

Namun Allah membuka jalan yang lain.

Dengan biasiswa, beliau melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine di Singapura dan menjadi satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kump**annya.

Beliau akhirnya bergelar doktor pada tahun 1955.

Bayangkan seorang wanita Melayu menjejak kaki ke dunia perubatan pada zaman ketika bidang itu masih sangat didominasi lelaki.

Beliau bukan sekadar mengejar kejayaan untuk dirinya.

Ilmu yang diperolehnya menjadi jalan untuk beliau berbakti kepada orang lain.

Doktor yang memilih untuk turun kepada masyarakat
----------
Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa tempat, termasuk Kedah.

Tumpuannya banyak berkaitan kesihatan awam serta kesihatan ibu dan anak.

Di situlah ilmu yang dipelajarinya bertukar menjadi khidmat.

Beliau membantu menangani masalah kesihatan wanita selepas bersalin dan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

Menariknya, walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan dunia perubatan, rasa cintanya kepada tugas itu tidak pernah benar-benar hilang.

Pada usia 88 tahun, beliau pernah berkongsi bahawa beliau masih merindui saat menyambut kelahiran bayi — melihat kepala bayi keluar dan mendengar tangisan pertama seorang insan ke dunia.

Begitulah jiwa seorang doktor.

Ada pekerjaan yang selesai apabila kita bersara.

Tetapi ada khidmat yang terus hidup di dalam hati.

Menjadi pendamping tanpa kehilangan diri
----------
Tun Dr Hasmah bertemu dengan Dr Mahathir ketika di universiti. Mereka berkahwin pada 4 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh orang anak.

Apabila suaminya memasuki dunia politik dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri, beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

Namun beliau tidak berhenti menjadi seorang wanita yang berbakti.

Di sisi seorang pemimpin negara, beliau tetap mempunyai ruang sumbangannya sendiri.

Beliau menyokong suami, membesarkan anak-anak, memimpin pertubuhan dan terus membawa isu-isu kemasyarakatan yang dekat dengan hatinya.

Di sinilah ada sesuatu yang sangat indah untuk direnungkan oleh kita sebagai wanita.

Menjadi pendamping bukan bermakna kita perlu menghilangkan diri.

Kita boleh menyokong pasangan tanpa kehilangan prinsip.

Kita boleh berada di belakang seseorang tanpa bermakna kita tidak mempunyai peranan.

Kita boleh menjadi ibu dan isteri, namun pada masa yang sama terus menggunakan ilmu, tenaga dan kemampuan yang Allah pinjamkan kepada kita untuk memberi manfaat kepada manusia.

Baktinya tidak berhenti pada satu bidang
-------
Sepanjang hidupnya, Tun Dr Hasmah terlibat dalam pelbagai usaha kemasyarakatan.

Beliau pernah memimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Cacat.

Beliau turut memberi perhatian kepada kesihatan wanita, perancangan keluarga, penyalahgunaan dadah, celik huruf dewasa dan perpaduan masyarakat.

Beliau juga pernah menjadi Canselor Universiti Multimedia dari tahun 1997 hingga 2012.

Dan ketika menemani suaminya dalam urusan negara, beliau turut menyaksikan sendiri pelbagai keadaan di dunia, termasuk melawat anggota keselamatan Malaysia di Bosnia ketika negara itu dilanda perang.

Banyak peranan.

Banyak tempat.

Banyak manusia yang disentuh kehidupannya.

Namun mungkin yang paling indah ialah beliau tidak perlu terlalu banyak bercakap tentang jasa dirinya.

Orang lain yang mengenang dan menceritakannya.

Apa yang boleh kita bawa p**ang sebagai muslimah?

Kisah Tun Dr Hasmah bukan sekadar kisah seorang wanita yang panjang usianya.

Ia adalah kisah tentang amanah.

Bahawa ilmu yang Allah beri bukan hanya untuk menaikkan kedudukan kita, tetapi untuk menjadi manfaat kepada orang lain.

Bahawa menjadi isteri dan ibu tidak menjadikan seorang wanita kurang bernilai.

Dan menjadi seorang isteri yang menyokong suami juga tidak bermakna seorang wanita perlu memadamkan potensi dirinya.

Setiap wanita mungkin mempunyai medan yang berbeza.

Ada yang berkhidmat melalui profesion.

Ada yang membesarkan anak-anak.

Ada yang mengajar.

Ada yang mengurus keluarga.

Ada yang menggerakkan masyarakat.

Ada yang berbakti dalam senyap, tanpa siapa pun mengetahuinya.

Yang penting, di mana pun Allah tempatkan kita, di situlah kita mencari ruang untuk memberi manfaat.

Kerana akhirnya, bukan gelaran yang akan kita bawa bertemu Allah.

Bukan juga siapa suami kita.

Bukan berapa ramai manusia mengenali nama kita.

Tetapi apa yang kita lakukan dengan ilmu, masa, tenaga dan kesempatan yang Allah pinjamkan sepanjang hidup ini.

Semoga Allah SWT merahmati Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal kebajikan dan khidmat baktinya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dikasihi.

Al-Fatihah.

Puan Noraslina Abd Rahaman
AJK Media Wanita ISMA Nilai



13/09/2026

"Srikandi Tamadun: Mengapa Merdeka Bermula di Tangan Wanita Berilmu"
Oleh: Siti Khairun Nisa binti Tajuddin
Ketua Wanita ISMA Nilai

1. Apabila istilah kemerdekaan disebut dicanang di corong media-media sudah tentu kita merasai bahawa bahang tanggal keramat 31 Ogos yang kian menghampiri. Kita sebagai rakyat Malaysia amat menghargai tarikh tersebut yang merupakan Hari Kemerdekaan tanah air, dan pada tahun ini genaplah 69 tahun kita bebas daripada cengkaman penjajah. Bagaimanapun, memaknai erti kemerdekaan yang sebenar bukan hanya pembebasan penjajahan atau fizikal semata-mata tetapi ruangnya lebih besar dan mendalam. Tokoh pemikir, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan kemerdekaan dengan penggunaan istilah ikhtiyar iaitu kebebasan mutlak manusia untuk membuat pilihan demi kebaikan serta kebenaran, sekali gus membebaskan diri daripada belenggu kejahilan dan perhambaan sesama makhluk. Dalan konteks ini, peranan wanita sangat penting kerana mereka merupakan madrasah (sekolah) pertama dalam institusi keluarga. Pembentukan peradaban bermula daripada unit kecil iaitu ahli keluarga asas sebelum melebar kepada pembentukan masyarakat. Pemikiran yang kritis dan sifat berwibawa wanita akan dapat membentuk acuan masa hadapan negara yang akan mengesani dan mencorakkan sebuah peradaban atau tamadun yang hebat.

2. Islam hadir membawa sinar baharu dan mengangkat tinggi darjat dan martabat wanita. Sejarah negara kita menyanggah naratif orientalis Barat menggambarkan wanita Islam sebagai terkongkong, jumut atau pasif. Ketika Eropah masih lagi diselubungi Zaman Kegelapan, tamadun Islam telah melahirkan pakar ilmuan wanita yang hebat. Sebagai contoh, Sutayta al-Mahamili yang hidup pada abad ke-10 di Baghdad merupakan seorang pakar bidang matematik, perundangan dan sastera. Begitu juga Lubna dari Cordoba yang hidup pada abad ke-10 di era Andalusia yang merupakan pakar nahu, penterjemah serta merupakan penyelia Perpustakaan Diraja Cordoba yang menyimpan ribuan manuskrip ilmu. Malah, Ibnu Hajar al-Asqalani merupakan seorang sarjana besar telah memberi pengiktirafan rasmi dalam karya-karya beliau dengan mencatatkan autoriti intelektual dalam kalangan wanita. Lembaran sejarah yang panjang menjadi bukti kukuh bahawa wanita berperanan dan terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah peradaban.

3. Tradisi keilmuan islam yang syumul ini turut mengesani dan memberi kesan yang besar terhadap Tanah Melayu, lalu membentuk pemikiran srikanti wanita tempatan dan merubah struktur masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Sejarah membuktikan bahawa tokoh seperti Ibu Zain dan Tan Sri Aishah Ghani telah bergerak berjuang atas landasan kesedaran beragama serta kekuatan tadisi keilmuan islam. Kefahaman agama yang mendalam memberi mereka kekuatan dan keyakinan bahawa wanita berhak bersuara, belajar, dan memimpin gerakan pembebesan tanah air demi memelihara masyarakat daripada anasir luar.

4. Kini, kita sudah mencapai kemerdekaan, tetapi persoalan besar yang kita perlu renungi adakah status kemerdekaan ini hanya sekadar bebas daripada penjajahan fizikal? Sudah tentu, tidak. Kita perlu berperanan dan memikul amanah dalam membina generasi baharu yang mencintai agama dan dahagakan ilmu pengetahuan sehingga melahirkan jiwa merdeka yang utuh. Jiwa yang tidak tunduk kepada acuan materilisme atau kapitalisme Barat yang sering mengeksploitasi wanita daripada pelbagai sudut. Kita mahukan kemerdekaan yang sebenar dengan mengembalikan martabat wanita berdasarkan ketaqwaan kepada Allah, kekuatan intelek supaya melahirkan generasi yang hebat seperti kehebatan generasi yang terdahulu.

Rujukan
1. Al-Attas, S.M.N. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.
2. Ramlah Adam (2003). Biografi Wanita dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Al-Muhaddithat: The Female Scholars in Islam oleh Mohammad Akram Nadwi.
4. Dinamika Pendidikan Islam: Pengaruh Peradaban Islam dan Ketamadunan Barat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

07/09/2026

Ibu negara sebuah negara peradaban mesti melahirkan manusia yang beradab, bukan hanya bangunan yang moden.

Ukuran kejayaan bandar bukan berapa tinggi pencakar langitnya, tetapi sejauh mana bandar itu mampu membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak, saling menghormati dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara.



07/09/2026

Sebuah ibu negara yang benar-benar bertamadun harus mempunyai beberapa ciri.

Pertama, pembangunan fizikal yang manusiawi — bandar yang selamat, bersih, hijau, mudah diakses dan mempunyai ruang awam yang baik untuk keluarga, warga emas, kanak-kanak dan golongan kurang upaya.

Kedua, ibu negara perlu menjadi pusat ilmu dan budaya. Universiti, perpustakaan, muzium, pusat seni, masjid dan institusi ilmu perlu hidup dan menjadi sebahagian daripada denyut nadi bandar.

Ketiga, ia mesti mencerminkan identiti dan sejarah negara sendiri. Kita tidak mahu sebuah ibu negara yang kelihatan moden tetapi kehilangan wajah dan jati dirinya. Kemajuan tidak bermaksud kita perlu meninggalkan sejarah, budaya dan nilai agama.

Dan yang paling penting, ibu negara sebuah negara peradaban mesti melahirkan manusia yang beradab, bukan hanya bangunan yang moden. Ukuran kejayaan bandar bukan berapa tinggi pencakar langitnya, tetapi sejauh mana bandar itu mampu membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak, saling menghormati dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara.

Mari bersama hayati pandangan bernas Puan Siti Khairun Nisa binti Tajuddin, Ketua Wanita ISMA Nilai tentang Kuala Lumpur sebagai Nadi Peradaban Ummah.



02/09/2026

Kuala Lumpur ialah ibu negara kita.

Biarlah ia dikenali bukan hanya kerana KLCC, kesibukan kota dan gemerlap lampu malamnya.

Biarlah dunia mengenali Kuala Lumpur sebagai kota yang maju tanpa kehilangan jiwa, moden tanpa kehilangan nilai, dan terbuka tanpa kehilangan prinsip.

Kerana kita bukan sekadar mahu membina sebuah kota yang hebat.

Kita mahu membina sebuah kota yang mampu menjadi nadi kepada peradaban ummah — sambil tetap menjadi rumah yang aman dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bersama ikuti pandangan bernas daripada Tokoh Komuniti Wanita Niilai, Puan Siti Amalia binti Samarudin tentang Kuala Lumpur sebagai nadi peradaban ummah.


30/08/2026

𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐘𝐄𝐈𝐊𝐇 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐀𝐈𝐃
(𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀) 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟓𝟕

Setelah hampir tujuh dekad kemerdekaan, generasi kita mewarisi sebuah negara yang dibina oleh perjuangan generasi terdahulu. Maka, amanah kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan mengenang tarikh 31 Ogos, tetapi memahami nilai kemerdekaan dan mengisinya dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga doa dan perjuangan para ulama terdahulu terus menjadi inspirasi agar kemerdekaan yang kita nikmati tidak hanya melahirkan sebuah negara yang berdaulat, tetapi juga generasi yang berilmu, berakhlak, berjiwa merdeka dan dekat dengan Allah SWT.

--------------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



MALAM MERDEKA, JOM SAMBUT DENGAN CARA YANG LEBIH BARAKAH 🇲🇾Malam Merdeka selalunya meriah. Ada bunga api, konsert, kende...
30/08/2026

MALAM MERDEKA, JOM SAMBUT DENGAN CARA YANG LEBIH BARAKAH 🇲🇾

Malam Merdeka selalunya meriah. Ada bunga api, konsert, kenderaan dihias dengan Jalur Gemilang dan orang ramai keluar bersama keluarga.

Tak salah nak meraikan.

Cuma mungkin tahun ini kita boleh cuba sesuatu yang sedikit berbeza.

✨ Berkumpul dengan keluarga – bawa anak-anak keluar menikmati suasana Merdeka, sambil cerita sedikit tentang sejarah negara dan pengorbanan orang terdahulu.

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang – bukan sekadar untuk bergambar, tetapi ajar anak-anak menghargai negara yang selama ini memberi kita keamanan.

🤲 Adakan doa kesyukuran – selepas Maghrib atau Isyak, luangkan beberapa minit mendoakan Malaysia, para pemimpin dan keselamatan rakyat.

📖 Baca al-Quran atau selawat bersama keluarga – tak perlu majlis besar. Di rumah pun cukup. Yang penting suasananya.

❤️ Buat satu kebaikan – belanja makanan jiran, sedekah kepada yang memerlukan, ziarah ibu bapa atau telefon saudara yang sudah lama tak bertanya khabar.

Dan kalau keluar melihat sambutan Merdeka…

Jaga solat.
Jaga aurat.
Jaga pergaulan.
Jaga adab.

Sebab kita boleh bergembira tanpa meninggalkan nilai yang kita pegang.

Merdeka bukan hanya tentang bagaimana kita meraikannya malam ini.

Tetapi tentang bagaimana kita mensyukuri keamanan yang Allah pinjamkan kepada kita.

Semoga sambutan Merdeka tahun ini bukan sahaja meriah…

Tetapi lebih tenang, lebih bermakna dan lebih barakah. 🇲🇾🤍

Tidak di lupa buat saudara kita di P
Bersama kita berdoa kesejahteraan negara kita dan juga saudara kita di sana..

Ya Allah, sempena ambang kemerdekaan ini, kami memohon agar Engkau terus memelihara Malaysia.

Kurniakanlah keamanan, keberkatan dan kesejahteraan kepada negara kami. Satukan hati rakyatnya, jauhkan kami daripada perpecahan, fitnah dan perkara yang merosakkan keharmonian. Jadikanlah kami rakyat yang tahu bersyukur, menjaga adab dan menggunakan kebebasan dengan penuh tanggungjawab.

Ya Allah, kami juga tidak melupakan saudara-saudara kami di P

Lindungilah mereka yang sedang diuji. Kuatkan hati mereka, sembuhkan yang terluka, rahmati mereka yang telah pergi dan peliharalah anak-anak yang kehilangan keluarga. Kurniakanlah kepada mereka keselamatan, kekuatan dan kemenangan yang Engkau redai.

Ya Allah, jika kami benar-benar mensyukuri kemerdekaan yang Engkau pinjamkan kepada kami, ajarlah kami untuk tidak menutup mata terhadap penderitaan saudara kami.

Jadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan diberkati, dan jadikan hati kami sentiasa hidup dengan rasa syukur, kasih sayang serta kepedulian terhadap sesama manusia.

Amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲🇲🇾🇵🇸

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia.


KITA MERDEKA DARIPADA PENJAJAH… TAPI SUDAH MERDEKAKAH KITA DARIPADA PENJAJAHAN NILAI?Setiap tahun kita kibarkan Jalur Ge...
30/08/2026

KITA MERDEKA DARIPADA PENJAJAH… TAPI SUDAH MERDEKAKAH KITA DARIPADA PENJAJAHAN NILAI?

Setiap tahun kita kibarkan Jalur Gemilang. Kita laungkan “Merdeka!” dengan penuh semangat.

Tapi dalam kita sibuk bercakap tentang kemerdekaan, ada satu perkara yang kadang-kadang kita terlupa.

Anak-anak kita sedang dibentuk oleh apa yang mereka tonton setiap hari.

Dan semakin lama, semakin banyak perkara yang dulu kita rasa tidak sesuai untuk dipertontonkan, sekarang dimasukkan sedikit demi sedikit dalam drama dan hiburan.

Termasuklah unsur hubungan sejenis.

“Alah, itu cuma drama.”

“Pelakon sahaja.”

“Jangan serius sangat.”

Betul, ia cuma drama.

Tapi kalau sesuatu yang sama diulang berkali-kali, lama-lama yang salah pun boleh kelihatan biasa.

Di sinilah saya rasa kita sebagai wanita, khususnya ibu, perlu berani bersuara.

Bukan kerana kita rasa kita lebih baik daripada orang lain.

Bukan juga kerana kita mahu menghukum atau membenci sesiapa.

Tetapi kerana kita ada anak-anak yang sedang membesar.

Kita tahu bagaimana anak-anak belajar.

Mereka belajar daripada apa yang mereka lihat.

Daripada apa yang mereka dengar.

Daripada watak yang mereka kagumi.

Daripada perkara yang pada awalnya mereka anggap “sekadar cerita”.

Hari ini mungkin mereka tengok dan kata, “Tak ada apa-apa pun.”

Tetapi apabila perkara yang sama semakin kerap dipaparkan sebagai sesuatu yang romantik, normal dan boleh diterima, sedikit demi sedikit persepsi boleh berubah.

Dan kita sebagai ibu tidak boleh buat-buat tidak nampak.

Sebagai seorang Muslimah, kita ada batas dan panduan yang datang daripada agama.

Kita boleh menghormati manusia, tetapi dalam masa yang sama kita tetap berhak mengatakan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak selari dengan ajaran Islam.

Itu bukan bermaksud kita membenci manusia.

Dan menolak sesuatu perbuatan juga tidak memberi lesen kepada kita untuk menghina, mencaci atau membuli sesiapa.

Kita boleh tegas dengan prinsip, tanpa hilang akhlak.

Malah, saya rasa inilah yang lebih penting.

Jangan kerana terlalu ghairah mempertahankan agama, kita akhirnya bercakap dengan cara yang agama sendiri tidak ajarkan.

Tegur dengan ilmu.

Tegur dengan hikmah.

Tetapi jangan p**a diam hanya kerana takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman atau tidak terbuka.

WANITA, KITA ADA PILIHAN

Kita tidak mampu mengawal semua yang ada di luar sana.

Tetapi kita masih boleh memilih apa yang masuk ke rumah kita.

Kita boleh memilih drama apa yang kita tonton.

Kita boleh memilih apa yang anak-anak kita lihat.

Kita boleh menerangkan kepada mereka kenapa sesuatu itu tidak sesuai dengan pegangan kita.

Dan kita boleh mengajar mereka satu perkara penting:

Tidak semua yang pop**ar itu betul.

Tidak semua yang trending itu perlu diikuti.

Dan tidak semua yang diberi nama “kebebasan” membawa kepada kebaikan.

Kemerdekaan yang kita mahu untuk anak-anak bukanlah kebebasan tanpa batas.

Kita mahu mereka bebas berfikir, tetapi masih ada panduan.

Bebas bersuara, tetapi tahu adab.

Bebas memilih, tetapi tahu akibat.

Dan yang paling penting—

bebas daripada penjajahan minda dan kerosakan akhlak.

Kita mungkin tidak mampu mengubah industri hiburan seorang diri.

Tetapi kita boleh mula dengan diri sendiri.

Dengan keluarga kita.

Dengan anak-anak kita.

Kerana kalau kita sendiri tidak menjaga nilai yang mahu kita wariskan kepada mereka, siapa lagi?

🇲🇾 Kita sudah merdeka daripada penjajahan.

Sekarang marilah kita berusaha supaya anak-anak kita juga merdeka daripada penjajahan nilai yang perlahan-lahan boleh merosakkan akhlak dan jati diri mereka.

Merdeka bukan bererti bebas melakukan apa sahaja.

Kadang-kadang kemerdekaan yang sebenar ialah berani berkata TIDAK kepada sesuatu yang kita tahu tidak baik untuk agama, keluarga dan generasi kita.

Puan Noraslina binti Abd Rahaman
AJK Media Wanita ISMA Nilai


Tidak tergambar perasaan seorang isteri yang kehilangan suami dalam keadaan berpantang.Sungguh kami tiada kataBegitu ber...
27/08/2026

Tidak tergambar perasaan seorang isteri yang kehilangan suami dalam keadaan berpantang.

Sungguh kami tiada kata
Begitu berat ujian yang menimpa. Melihat wajah yang sarat dengan kesedihan membuatkan kita turut merasa😔

Buat isteri dan keluarga arwah, semoga Allah mengurniakan sabar yang tidak bertepi dan kekuatan untuk melalui ujian yang sangat berat ini.

Buat bayi yang baru lahir, semoga Allah menjadi sebaik-baik Pelindung dan memeliharanya sepanjang kehidupannya.

Dan buat arwah suami serta anak yang pergi dalam musibah ini, semoga Allah mengampuni segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beroleh kasih sayang dan keampunan.

Begitulah kita semua milik Allah yang suatu masa akan kembali kepadaNya.

Sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dalam kita menghadapi setiap ujian. Antara doa yang diajarkan ketika ditimpa musibah:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Ya Allah, berilah pahala kepadaku atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.”

Ya Allah…
Kurniakanlah ketabahan kepada keluarga yang sedang berduka.

Tenangkan hati seorang ibu yang kehilangan suami dan anak dalam waktu yang begitu singkat.
Peliharalah bayi yang baru lahir itu dengan penjagaan-Mu.

Dan jadikanlah pemergian ini sebagai jalan untuk mereka sekeluarga memperoleh rahmat dan keampunan-Mu.

Sesungguhnya kita tidak pernah tahu bila masa kita akan dipanggil p**ang. Maka selagi masih diberi waktu, hargai & sayangilah mereka yang ada di sisi kita.

Al-Fatihah. 🤲🏻


ANAK KITA MUNGKIN TIDAK AKAN INGAT SEMUA YANG KITA BELIKAN…TETAPI MEREKA AKAN INGAT APA YANG KITA AJARKAN TENTANG RASULU...
25/08/2026

ANAK KITA MUNGKIN TIDAK AKAN INGAT SEMUA YANG KITA BELIKAN…
TETAPI MEREKA AKAN INGAT APA YANG KITA AJARKAN TENTANG RASULULLAH ﷺ. 🤍

Setiap tahun apabila tiba Maulidur Rasul, kita melihat pelbagai program di masjid, sekolah dan komuniti.

Ada perarakan.
Ada selawat.
Ada majlis ilmu.
Ada jamuan.

Semuanya indah.

Tetapi pernahkah kita berhenti seketika dan bertanya kepada diri sendiri sebagai seorang ibu…

“Bagaimana aku mahu anakku mengenali dan mencintai Rasulullah ﷺ?”

Kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ tidak sepatutnya hanya dikenali melalui sambutan setahun sekali.

Ia perlu disemai sedikit demi sedikit dalam kehidupan anak-anak.

Dan ibu boleh memulakannya di rumah.

🌷 Baca satu kisah Rasulullah ﷺ bersama anak.

Tidak perlu satu bab panjang daripada kitab sirah.

Ceritakan bagaimana Rasulullah ﷺ menyayangi kanak-kanak, menghormati orang lain, melayani keluarga dan sentiasa berakhlak mulia.

Biarkan anak mengenali Rasulullah bukan sekadar sebagai nama yang disebut dalam buku teks, tetapi sebagai insan yang mereka ingin cintai dan teladani.

🤍 Selawat bersama-sama.

Ketika memasak.
Ketika dalam perjalanan.
Sebelum tidur.

Lafaz yang sederhana itu mungkin kedengaran kecil di telinga kita.

Tetapi apabila ia menjadi kebiasaan sejak kecil, mudah-mudahan ia tumbuh menjadi cinta yang besar dalam hati mereka.

🎨 Buat aktiviti bersama.

Hias rumah, buat kad selawat, lukis masjid atau hasilkan sesuatu yang mudah.

Tidak mengapa jika hasilnya tidak sempurna.

Kerana yang kita bina sebenarnya bukan sekadar hasil kraftangan.

Kita sedang membina kenangan.

🎁 Ajar anak memberi.

Sediakan sedikit makanan untuk jiran.
Berkongsi dengan saudara.
Bersedekah kepada yang memerlukan.

Sambil memberi, ceritakan kepada anak bahawa Rasulullah ﷺ mengajar kita tentang kasih sayang, pemurah dan kepedulian terhadap orang lain.

🍲 Masak sesuatu bersama.

Tidak perlu mewah.

Kadang-kadang semangkuk makanan yang dimasak bersama anak jauh lebih bermakna daripada hidangan yang mahal.

Kerana anak mungkin tidak mengingati menu yang kita hidangkan…

tetapi mereka mungkin mengingati ibu yang duduk bersama mereka sambil bercerita tentang Rasulullah ﷺ.

🕌 Bawa anak mendekati majlis ilmu.

Jika ada kesempatan, bawa mereka ke majlis selawat, ceramah atau program Maulidur Rasul.

Biarkan mereka melihat sendiri suasana umat Islam berkumpul kerana kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

Namun, ada satu perkara yang lebih besar daripada semua aktiviti ini.

Anak-anak belajar mencintai Rasulullah ﷺ melalui kita.

Mereka melihat bagaimana ibu bercakap.

Bagaimana ibu bersabar.

Bagaimana ibu melayan ayah dan keluarga.

Bagaimana ibu memaafkan.

Bagaimana ibu membantu orang lain.

Bagaimana ibu berusaha menghidupkan sunnah dalam kehidupan seharian.

Kerana akhirnya, ibu adalah antara madrasah pertama yang mengajar anak tentang cinta.

Mungkin anak kita tidak akan mengingati semua cerita yang kita bacakan.

Mungkin mereka tidak akan menyimpan semua hasil kraftangan yang dibuat.

Tetapi mudah-mudahan suatu hari nanti, apabila mereka sudah dewasa dan mendengar nama Muhammad ﷺ, hati mereka terus terasa sesuatu…

“Itulah insan yang ibu ajar aku untuk cintai sejak kecil.” 🤍

Maka sempena Maulidur Rasul ini, jangan kita fikir kita perlu melakukan sesuatu yang besar.

Mulakan dengan sesuatu yang kecil.

Satu kisah.
Satu selawat.
Satu sedekah.
Satu pelukan.
Satu malam yang diluangkan bersama anak.

Kerana mungkin perkara kecil yang kita lakukan hari ini…

akan menjadi benih kecintaan kepada Rasulullah ﷺ yang mereka bawa seumur hidup.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu…”(al-Ahzab, 33:21)

Selamat menyemai cinta Rasulullah ﷺ dalam keluarga.🩷😊


Address

Nilai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita ISMA Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share