13/12/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebagai makluman AJK PPLI akan mengadakan satu program keselamatan sosial yang berkisar tentang PENYALAHGUNAAN DADAH DAN BAHAN BERSERTA SARAPAN SANTAI bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Tentatif majlis tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Sakinah, Surau Al Firdaus Nilai Impian
Penceramah : Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Konsep: Santai berserta sarapan pagi secara pot luck
Tujuan Program:
Bagi memberi kesedaran kepada warga tentang bahaya dadah sintetik dan bahan-bahan serupa dadah yang sering digunakan di kalangan anak anak muda dan pelajar. Ini termasuklah dadah sintetik dan bahan cecair yang digunakan di dalam V**E yang mudah didapati di pasaran sekarang. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan penduduk Laman Isora dengan bersarapan santai bersama-sama.
Kebaikan Program:
1) mengenalpasti ciri ciri penagih yang menagih dadah sintetik dan bahan
2) mengenalpasti ciri-ciri peralatan dan V**E yang digunakan dalam penagihan
3) mengenalpasti golongan berisiko (anak-anak, cucu, anak sudara dll)
4) proses pemulihan dadah tanpa rekod jenayah/polis yang dilindungi oleh undang undang tanpa menjejaskan kerjaya
5) dengan pengetahuan ini, kita mungkin dapat merangka langkah-langkah awal pencegahan
Marilah sama-sama meraikan majlis tersebut bagi kita mempersiapkan diri bagi melindungi generasi masa depan kita. Semoga dengan kehadiran pihak tuan/puan, dapat memeriahkan lagi majlis santai tersebut. Sekian terima kasih.
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Surau Al-Firdaus Nilai Impian SAFNI LAMAN ISORA, Nilai Impian Masjid Abu Al-Darda' Nilai Impian - Madani Nilai Impian GPPNI