01/05/2025
1 Mei 2025
SUNGAI MAHANG UNITY TRAIL TUN 2025 yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sukan Be One dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nilai, MBS, PDRM, Bomba dan SWCorp, Nilai Logistics & Trans Sdn Bhd anjuran bersama JPKK Kg. Sungai Mahang, Pertubuhan Skuad Pantas Nilai, Pertubuhan Kebajikan Bestari Negeri Sembilan, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai dan rakan strategik KPJ Healthcare University serta Nilai Apparel.
Larian ini diadakan di Kampung Sungai Mahang, Nilai dengan jarak larian sepanjang 5km melalui sekitar kampung, menerusi kawasan sawit dan memanjat bukit melalui kebun-kebun sambil menikmati keindahan alam. Seramai 388 peserta telah mengambil bahagian terdiri daripada orang awam dan agensi-agensi kerajaan dan penduduk Kg Sungai Mahang sendiri.