Nilai Impian GPPNI

Call Directions Contact the organization

Nilai Impian GPPNI Gabungan Penduduk Nilai Impian (GPPNI)

Adakah anda prihatin dengan pembangunan pesat pusat data (data center) di kawasan anda? Jangan biarkan pembangunan berla...
29/08/2026

Adakah anda prihatin dengan pembangunan pesat pusat data (data center) di kawasan anda? Jangan biarkan pembangunan berlaku tanpa mengambil kira hak komuniti setempat.

Kami menjemput anda — kejiranan terlibat, pakar bebas, NGO, dan wakil komuniti — untuk menyertai Jawatankuasa Tindakan Kajiselidik Impak bagi menangani isu-isu kritikal berikut:

⚡ Persaingan Sumber Air & Elektrik — Memastikan bekalan asas harian penduduk tidak terjejas.
🔊 Pencemaran Bunyi & Alam Sekitar — Menangani gangguan bunyi operasi 24 jam dan isu kualiti udara.
💼 Peluang Pekerjaan Tempatan — Menuntut peluang kerjaya dan latihan kemahiran yang adil untuk anak tempatan.
🏡 Nilai Tanah & Kualiti Hidup — Menjaga ketenteraman kawasan kediaman dan kestabilan harga hartanah.
🗣️ Hak & Ketelusan Komuniti — Menjadi perantara sah dalam dialog bersama pihak pemaju dan kerajaan.

Mengapa Penyertaan Anda Penting?
Pembangunan berteknologi tinggi tidak sepatutnya membelakangkan kepentingan sosial. Melalui kajiselidik yang teliti dan berfakta, jawatankuasa ini akan mendokumenkan suara anda untuk dibawa ke meja perundingan.

Sertai Kami Hari Ini!

Jadilah sebahagian daripada perubahan. Bersama-sama kita pastikan pembangunan bergerak seiring dengan keadilan sosial dan kesejahteraan komuniti.

"Suara Komuniti, Masa Depan Bersama"

https://forms.gle/tMzDYaU7HqmsAsdP6

15/08/2026

*16 Ogos 2026*
🕌 *Daripada?Team Badan Khairat Kematian Masjid Abu Al-Darda' (MAAD) Nilai Impian*
⸻
*MAKLUMAN KEMATIAN*

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
_Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita dikembalikan._
_Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahterakan dan maafkanlah dirinya._
⸻
*Maklumat Arwah*

*Nama:* Kiram bin AbduRahim
*Umur:* 81 tahun
*Alamat:* 3, Jalan 1/4 Laman Orkid, 71800 NILAI IMPIAN
*Tarikh Kematian:* 16 Ogos 2026
*Waktu Kematian:* 3 pagi Di Hospital Kuala Lumpur (HKL)*

Jenazah telah dibawa ke Masjid Abu Al Darda Nilai Impian untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumi selepas solat jenazah
*Tempat Pengebumian*: Laman Abadi
⸻
Sama-samalah kita iringi pemergian Almarhum dengan bacaan *Surah Al-Fatihah* dan doa agar Allah merahmati serta mempermudah urusannya di alam barzakh.

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرِنَا وَكَبِيْرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثاَنَا.
اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اْلِإسْلاَمِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اْلِإيْمَانِ. اَللَّهُمَّ لَاتََحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَُضِلَّنَا بَعْدَهُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Al-Marhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. .

🤲🏼 *Al-Fatihah…*
_Kita juga bakal menyusul…_

14/08/2026

PAKEJ DEWAN KERAIAN - MASJID ABU AL-DARDA’ NILAI IMPIAN ✨

Mencari lokasi majlis yang selesa, indah dan berkat untuk hari bahagia anda? Kami menyediakan ruang dewan keraian serbaguna untuk pelbagai majlis:

💍 Majlis Ijab & Qabul

💍 Majlis Bertunang

👶 Majlis Aqiqah & Kesyukuran

🌟 Pilihan Pakej Mengikut Bajet Anda:
Basic Dewan (RM500): Penggunaan bilik berhawa dingin (3 jam), mini pelamin, 6 kerusi Chiavari, 40 kerusi tetamu lengkap bersarung, bilik persalinan/VIP, & basic PA system.
Pakej Cahaya Senja: RM 700 (50 pax)
Pakej Seri Mentari: RM 850 (50 pax)
Pakej Eksklusif: RM 1,800 (100 pax)
Pakej Premium: RM 2,300 (100 pax)
Pakej Platinum: RM 2,800 (100 pax)
🍖 Pakej Tambahan Kambing Aqiqah (Siap Masak)
RM1,700 / seekor

Pilihan Masakan: Kambing Golek BBQ / Kari / Kurma / Beriani / Kuzi Kambing.

📌 Lokasi:

Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian

Lot 15977, Jalan Nilam 2, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

📲 Untuk Tempahan & Pertanyaan:
Imam Nazliyah: 018-5915368
Puan Murni: 013-3801822
💳 Deposit 50% untuk pengesahan tempahan. Baki 50% perlu dijelaskan 14 hari sebelum tarikh majlis.

13/08/2026

🕌 *Daripada Team Badan Khairat Kematian Masjid Abu Al-Darda' (MAAD) Nilai Impian*
⸻

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita dikembalikan.

Sama-samalah kita iringi pemergian Almarhumah dengan bacaan *Surah Al-Fatihah* dan doa agar Allah merahmati serta mempermudah urusannya di alam barzakh.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها ۞واجعلها من صالحي عبادك
اللهم اجعل قبرها روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبرها حفرة من حفر النيران
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli keluarganya.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas arwah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga diberi kesabaran dan dipermudahkan urusan,
Aamiin Ya Rabbal Alamin fi khairin wa lutfin waafiyah,
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
⸻
MAKLUMAN KEMATIAN

Maklumat Arwah
Nama: Fauziah binti Agos (Isteri kepada ENCIK Mohammad Kamal Mohammad Rathi)
Umur: 60 tahunl
Alamat: 48 Dahlia 3 Laman Dahlia, 71800 NILAI IMPIAN
Tarikh Kematian: 13 Ogos 2026
Waktu Kematian: 5.17 pagi (Di Pusat Perubatan Universiti Malaya)
⸻
Maklumat Pengurusan Jenazah.

Van jenazah berlepas ke PPUM untuk bawa jenazah ke Masjid Abu Al Darda Nilai Impian untuk dimandi dan dikafankan jam 11pagi.
Solat jenazah insyaALlah selepas Zuhor atas permintaan keluarga dan pengebumian Sejurus selepas solat jenazah
Tempat Pengebumian: Laman Abadi, Nilai Impian
⸻
Sama-samalah kita iringi pemergian Almarhum dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa agar Allah merahmati serta mempermudah urusannya di alam barzakh.

🤲🏼 Al-Fatihah…
Kita juga bakal menyusul…

12/08/2026

📌 BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2026

Kenali barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan bagi tahun 2026 yang diterajui oleh YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Setiap EXCO dipertanggungjawabkan dengan portfolio masing-masing merangkumi pelbagai sektor penting dalam pentadbiran dan pembangunan negeri.

Semoga barisan kepimpinan ini terus melaksanakan amanah dengan penuh komitmen, integriti dan dedikasi demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.

10/08/2026

Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak menaikkan cukai taksiran kediaman bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, sekali gus antara usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2592616

07/08/2026
07/08/2026

🕌 *Pelupusan Al-Quran & Buku Agama Lama Melalui Teknologi Hijau* 🕌

*Anda mempunyai Al-Quran usang atau buku agama lama,kertas peperiksaan agama, bingkai tulisan ayat suci Al-Quran yang perlu dilupuskan?*
Jemput hadir ke kaunter pelupusan kami.

✅ *Patuh Syariah*
✅ *Mesra Alam*
✅ *Beradab*
✅ *Sokongan KDN & Jabatan M***i*

📞 Hubungi:
*En Razif* *010-8942508*

📍 Lokasi Pengumpulan:
*MASJID ABU AL-DARDA NILAI IMPIAN*
https://maps.app.goo.gl/yea7CB6aFfHBLiwc7?g_st=aw

*Tarikh:*
*08 OGOS 2026 (SABTU)*

*Masa: 8pagi-2petang*

*Caj Bayaran Khidmat Pelupusan hanya rm6.00/kg.*

*Bagi Perkhidmatan Pengambilan (pick up) di rumah anda, surau atau sekolah, pihak yang ingin memohon boleh hubungi terus En Razif.*

*Sila ikat dahulu Al-Quran & buku2 agama dengan tali rafia atau masukkan ke dalam kotak/bag.*

_*”Lindungi kesucian Al-Quran. Lupus cara yang betul & beradab disisi Syarak”*_

*Jemput SHARE INFO INI* kepada semua.

Address

Nilai

Telephone

+60123048500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nilai Impian GPPNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nilai Impian GPPNI:

Shortcuts

Share