Kongres Persatuan Akademik Malaysia - MAAC

Directions Website

Kongres Persatuan Akademik Malaysia - MAAC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kongres Persatuan Akademik Malaysia - MAAC, Non-Governmental Organization (NGO), Nilai.

04/10/2026

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Bismillahirrahmannirrahim,

Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) ingin mengucapkan Selamat Hari Akademia 2026 kepada seluruh warga dan ahli akademik di seluruh universiti dan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. 5 Oktober, adalah hari khas bagi meraikan pengorbanan, iltizam, dan sumbangan luar biasa para ilmuwan yang tidak pernah jemu mencurah bakti dalam memperkasa minda bangsa dan membina tamadun ilmu.

Dunia akademia bukan sekadar kerjaya, melainkan satu amanah dan risalah perjuangan yang sangat mulia. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua warga akademik untuk terus bersemangat menyalakan obor ilmu, menghasilkan penyelidikan berkualiti, serta menyumbang kepakaran demi kemajuan dan kebajikan agama, bangsa, dan negara. Setiap lembaran ilmu dan bimbingan yang ditinggalkan hari ini bakal menjadi landasan kukuh buat generasi pewaris masa hadapan dan menjadi legasi warisan ilmu buat generasi mendatang.

Dalam keghairahan kita mengejar kecemerlangan, penarafan dan pencapaian penyelidikan, ingin MAAC tegaskan bahawa integriti akademik adalah teras utama yang perlu dipelihara pada setiap masa. Etika, ketelusan dan kejujuran ilmiah tidak boleh dikompromi sama sekali. Warga akademik mestilah sentiasa menjadi penanda aras akhlak dan tempat rujukan intelek yang dipercayai oleh masyarakat serta negara.

Pemilihan tema Hari Akademia 2026, β€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia”, amat bertepatan dengan keperluan lanskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik dan berasaskan era digital. Sinergi ini menegaskan bahawa ilmu kekal sebagai asas kebenaran ilmiah, manakala teknologiβ€”seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan pengkomputeran berasaskan data bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat serta memperluas capaian pembelajaran, penyelidikan dan lain-lain. Seterusnya, integrasi ilmu dan teknologi ini menterjemahkan inovasi berimpak tinggi yang mampu memberikan penyelesaian konkrit kepada pelbagai isu semasa industri mahupun masyarakat.

Sehubungan dengan itu, tema ini menuntut seluruh warga akademik untuk keluar daripada kepompong tradisi dan memanfaatkan alatan teknologi moden secara berasas dan bijaksana. Integrasi mantap antara ilmu, teknologi dan inovasi bukan sahaja memperkasakan kualiti penyelidikan serta pengajaran di universiti, malah memastikan institusi pendidikan tinggi negara kekal relevan, berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global serta terus memacu pembangunan sosioekonomi negara secara mampan.

Sempena hari yang penuh bermakna ini, MAAC ingin menumpukan harapan tinggi kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi (YBM KPT), pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta Kepimpinan Pengurusan Tertinggi Universiti-Universiti. MAAC amat berharap agar hubungan rakan strategik yang harmonis, erat dan inklusif antara pihak kementerian/pihak pengurusan universiti bersama persatuan-persatuan akademik dapat terus disuburkan.

Di samping itu, keutamaan dan perhatian berterusan terhadap kebajikan, skim perkhidmatan, kemudahan kerja, serta kesejahteraan emosi dan mental warga akademik hendaklah sentiasa dipelihara. Ahli akademik yang terbela dan sejahtera adalah tunjang kepada kejayaan sesebuah universiti dan sistem pendidikan tinggi negara.

Akhir kata, terima kasih atas segala jasa, keringat, dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para pensyarah, penyelidik dan para ilmuwan sekalian. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan berdedikasi.

Selamat Hari Akademia 2026! β€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia”

Mendidik Bangsa, Membina Negara, Menjunjung Integriti.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Wa al-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri
Presiden MAAC 2026-2028

Jom jadi ahli MAAC:

KENYATAAN MEDIA | MAACMAAC SOKONG PENUH PELANTIKAN TAN SRI AYOB KHAN SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UTeM Kongres Per...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA | MAAC
MAAC SOKONG PENUH PELANTIKAN TAN SRI AYOB KHAN SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UTeM

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyambut baik dan menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Pelantikan ini dilihat sebagai satu perkembangan penting dalam memperkukuh aspek tadbir urus, integriti, akauntabiliti serta hubungan antara pihak pengurusan dan warga universiti.
Dengan pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, kepimpinan serta pengurusan organisasi, MAAC berharap pengalaman dan pendekatan kepimpinan Tan Sri Ayob Khan dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh tadbir urus UTeM serta memastikan kepentingan komuniti akademik terus diberi perhatian.
MAAC turut berharap kepimpinan baharu LPU UTeM dapat membuka ruang dialog yang konstruktif, telus dan berterusan antara pihak pengurusan universiti dengan warga akademik, termasuk Persatuan Kakitangan Akademik UTeM (UTeMASA).
β€œUniversiti yang kukuh dibina atas ilmu, integriti, keadilan dan keberanian untuk mendengar.”
Semoga pelantikan ini menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang memperkukuh kecemerlangan akademik, kebajikan warga universiti, tadbir urus yang baik serta pembangunan pendidikan tinggi negara.
Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)
πŸ“… 22 September 2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE FORUM BICARA CENDEKIAWAN MAAC SIRI 2BIL. 2/2026 πŸ“’πŸŽ“ AUKU & AKTA 605:WAJAR DIGANTI, DIPINDA ATAU DIKEKALKAN?...
18/09/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE FORUM BICARA CENDEKIAWAN MAAC SIRI 2
BIL. 2/2026 πŸ“’

πŸŽ“ AUKU & AKTA 605:
WAJAR DIGANTI, DIPINDA ATAU DIKEKALKAN?

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga akademik, warga institusi pendidikan tinggi serta semua yang berminat untuk menyertai forum yang membincangkan isu penting berkaitan Akta 605.

πŸ—“οΈ 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 11.00 pagi
πŸ’» Secara dalam talian melalui Zoom

πŸŽ™οΈ MODERATOR
Prof. Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan
Timbalan Presiden MAAC

πŸ‘₯ PANEL CENDEKIAWAN
πŸ”Ή Dr. Fauzilah Salleh
Naib Presiden 2 MAAC
πŸ”Ή Rosli H. Mahat
Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

πŸ’‘ AYUH SERTAI WACANA INI!
Apakah kedudukan Akta 605 dalam konteks semasa?
❓ Wajar diganti?
❓ Perlu dipinda?
❓ Atau dikekalkan?

Dapatkan pandangan dan kupasan daripada tokoh-tokoh akademik dalam forum intelektual yang pastinya membuka ruang perbincangan dan pemikiran kritis.

πŸ”— PAUTAN ZOOM – SERTAI FORUM
Join Zoom Meeting
[https://us05web.zoom.us/j/85116017486?pwd=aoOfiF6FlVpsgJCSJ1RaDrd4vbiF1M.1](https://us05web.zoom.us/j/85116017486?pwd=aoOfiF6FlVpsgJCSJ1RaDrd4vbiF1M.1)
Meeting ID: 851 1601 7486
Passcode: 2WYxiB
πŸ†” Meeting ID: 851 1601 7486
πŸ” Passcode: 2WYxiB

πŸ“Œ Tarikh: Sabtu, 19 September 2026
πŸ“Œ Masa: 11.00 pagi

πŸ“£ Jemput hadir dan sebarkan kepada rakan-rakan akademik serta warga pendidikan tinggi.

Anjuran:
πŸŽ“ Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)
🌐 www.maac.my
πŸ‡²πŸ‡Ύ Suara akademia, demi masa depan pendidikan tinggi Malaysia.

πŸ“’ JEMPUTAN KE FORUM BICARA CENDEKIAWAN MAAC SIRI 2BIL. 2/2026 πŸ“’πŸŽ“ AUKU & AKTA 605:WAJAR DIGANTI, DIPINDA ATAU DIKEKALKAN?...
14/09/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE FORUM BICARA CENDEKIAWAN MAAC SIRI 2
BIL. 2/2026 πŸ“’
πŸŽ“ AUKU & AKTA 605:
WAJAR DIGANTI, DIPINDA ATAU DIKEKALKAN?

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga akademik, warga institusi pendidikan tinggi serta semua yang berminat untuk menyertai forum yang membincangkan isu penting berkaitan Akta 605.

πŸ—“οΈ 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 11.00 pagi
πŸ’» Secara dalam talian melalui Zoom
πŸŽ™οΈ MODERATOR
Prof. Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan
Timbalan Presiden MAAC
πŸ‘₯ PANEL CENDEKIAWAN
πŸ”Ή Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali
Ahli Ekonomi & Tokoh Pendidikan Tinggi Malaysia
πŸ”Ή Prof. Dr. Fauzilah Salleh
Naib Presiden 2 MAAC
πŸ”Ή Dr. Rosli H. Mahat
Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

πŸ’‘ AYUH SERTAI WACANA INI!
Apakah kedudukan Akta 605 dalam konteks semasa?
❓ Wajar diganti?
❓ Perlu dipinda?
❓ Atau dikekalkan?

Dapatkan pandangan dan kupasan daripada tokoh-tokoh akademik dalam forum intelektual yang pastinya membuka ruang perbincangan dan pemikiran kritis.

πŸ”— PAUTAN ZOOM – SERTAI FORUM
Join Zoom Meeting
[https://us05web.zoom.us/j/85116017486?pwd=aoOfiF6FlVpsgJCSJ1RaDrd4vbiF1M.1](https://us05web.zoom.us/j/85116017486?pwd=aoOfiF6FlVpsgJCSJ1RaDrd4vbiF1M.1)
Meeting ID: 851 1601 7486
Passcode: 2WYxiB
πŸ†” Meeting ID: 851 1601 7486
πŸ” Passcode: 2WYxiB

πŸ“Œ Tarikh: Sabtu, 19 September 2026
πŸ“Œ Masa: 11.00 pagi

πŸ“£ Jemput hadir dan sebarkan kepada rakan-rakan akademik serta warga pendidikan tinggi.

Anjuran:
πŸŽ“ Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)
🌐 www.maac.my
πŸ‡²πŸ‡Ύ Suara akademia, demi masa depan pendidikan tinggi Malaysia.

πŸ“£ JEMPUTAN MENYERTAI SIRI BICARA CENDEKIAWAN MAAC 2026–2028Assalamualaikum & salam sejahtera.Jom bersama-sama dalam sesi...
12/09/2026

πŸ“£ JEMPUTAN MENYERTAI SIRI BICARA CENDEKIAWAN MAAC 2026–2028

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Jom bersama-sama dalam sesi perkongsian ilmu bertajuk:

πŸŽ“ Management of Journal using OJS

Satu platform perkongsian dan pembelajaran bersama para cendekiawan dalam memperkukuh budaya akademik, penyelidikan dan penerbitan.

πŸ“… 15 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ’» Google Meet

πŸŽ™οΈ Panel:
speaker 1: Prof. Madya Dr. Wan Zuki Azman Wan Muhamad
speaker 2: Prof. Ir. Dr. Badrul Hisham Ahmad
🎀 Moderator:
Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Ghozali Hassan CILTM

Semua warga akademik dan yang berminat dijemput hadir.

Scan QR Code pada poster dan mari kita manfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu serta membina jaringan kolaborasi.
https://meet.google.com/txu-yyjo-mrz

✨ Cendekiawan | Kolaborasi | Wawasan | Kelestarian

πŸ“’ JEMPUTAN PENYERTAANKonvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) & MAAC INTERNATIONAL CONFERENCE 20...
04/09/2026

πŸ“’ JEMPUTAN PENYERTAAN
Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) & MAAC INTERNATIONAL CONFERENCE 2026
🌟 ILMU β€’ INOVASI β€’ MASYARAKAT
dalam Mendepani Era Kecerdasan Buatan (AI)

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dengan kerjasama Persatuan Akademik Universiti Awam dengan sukacitanya menjemput ahli akademik, penyelidik, pelajar pascasiswazah, pembuat dasar, pengamal industri, agensi kerajaan dan badan profesional untuk menyertai persidangan ini.

πŸ“ 10–11 November 2026
πŸ“ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
πŸ’» Fizikal & Dalam Talian

πŸ”Ž PELUANG UNTUK ANDA:
βœ… Membentangkan hasil penyelidikan terkini
βœ… Berkongsi ilmu, idea dan inovasi
βœ… Membina jaringan kolaborasi nasional & antarabangsa
βœ… Berdiskusi tentang masa depan akademia dan pendidikan tinggi
βœ… Meneroka impak AI, teknologi digital dan inovasi terhadap masyarakat
βœ… Berpeluang menerima Gold Paper Award mengikut track konferens

πŸ“š 10 TRACK KONFERENS merangkumi bidang Ekonomi & Perniagaan, Pendidikan, Polisi & Tadbir Urus, Masyarakat & Komunikasi, Pengajian Islam, AI & Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Kesihatan, Kelestarian serta Matematik & Sains Gunaan.

πŸ“ CALL FOR PAPERS
Hantarkan abstrak dan kertas kerja anda sekarang!
πŸ—“οΈ Tarikh akhir penghantaran abstrak: 30 September 2026
πŸ“© Keputusan penerimaan: 20 Oktober 2026
πŸ“… Persidangan: 10–11 November 2026
πŸ’° Yuran bermula RM100 bagi Ahli MAAC dan RM400 bagi bukan ahli. Yuran merangkumi penyertaan, pembentangan, kit peserta, prosiding, sijil dan jamuan sepanjang program.

πŸ‘‰ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada wacana akademik nasional dan antarabangsa.
Hantarkan abstrak anda dan sertai kami dalam membina masa depan ilmu, inovasi dan masyarakat.

πŸ”— Pendaftaran:
https://tinyurl.com/PendaftaranMAACIC

Akta Baharu Ganti AUKU Mesti Perkasa Autonomi, Jamin Hak Warga Universiti - MAAC
20/08/2026

Akta Baharu Ganti AUKU Mesti Perkasa Autonomi, Jamin Hak Warga Universiti - MAAC

MAAC, AUKU, universiti, pengajian tinggi, autonomi

Salam Maal Hijrah 1448H Δ°khlas daripada MAAC
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H
Δ°khlas daripada MAAC

πŸŒ™ **SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M** πŸŒ™Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) mengucapkan # **Selamat Hari Raya Aidila...
26/05/2026

πŸŒ™ **SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M** πŸŒ™

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) mengucapkan

# **Selamat Hari Raya Aidiladha**

kepada seluruh warga akademik, pendidik, mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan yang dizahirkan melalui Aidiladha terus memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan budaya ilmu demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

✨ *β€œMeneroka Kecemerlangan Akademia”*
✨ *β€œBerkhidmat Untuk Negara”*

Ikhlas daripada,

# # **Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)**







Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kongres Persatuan Akademik Malaysia - MAAC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share