Badan Kebajikan Kakitangan USIM

Directions Website Contact the organization

Badan Kebajikan Kakitangan USIM "Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) menjadi penghubung dalam mengurus kebajikan, meningkatkan kebersamaan, serta menyokong kesejahteraan warga kerja universiti.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾16 September mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina atas kepelbagaian yang disatukan oleh r...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

16 September mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina atas kepelbagaian yang disatukan oleh rasa kebersamaan. Berbeza latar, budaya dan cerita, namun kita tetap berpijak di bumi yang sama, mengangkat satu nama dengan penuh bangga, Malaysia.

Semoga semangat kebersamaan terus mekar, kasih kepada tanah air terus subur, dan keharmonian yang diwarisi kekal terpelihara buat generasi mendatang. Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Malaysia milik kita, bersama kita menjaganya.

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

16 SEPTEMBER 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-26 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)Dua puluh enam tahun berlalu, USIM terus berdi...
18/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-26 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Dua puluh enam tahun berlalu, USIM terus berdiri utuh sebagai taman ilmu yang menyatukan wahyu dan akal, menyuburkan harapan serta mencorakkan masa depan ummah. Setiap detik perjalanan yang dilalui menjadi bingkisan sejarah yang membentuk sebuah institusi berteraskan ilmu, nilai dan kecemerlangan.

Semoga ulang tahun ini membawa seribu keberkatan buat USIM dan seluruh warganya. Mudah-mudahan Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, memayungi setiap usaha dengan rahmat-Nya serta memimpin USIM untuk terus melakar kejayaan dan menyebarkan manfaat kepada masyarakat sejagat.

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

18 JUN 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SALAM MAAL HIJRAH 1448H“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) mengucapkan Selamat M...
18/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta umat Islam umumnya. Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini disambut dengan penuh kesyukuran dan penghayatan terhadap nilai-nilai hijrah yang membawa kepada perubahan ke arah kebaikan.

Semoga semangat hijrah terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh ukhuwah, menyemai budaya kebajikan serta meningkatkan iltizam untuk bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan universiti, masyarakat dan ummah.

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

17 JUN 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

🐮 SALAM AIDIL ADHA 1446H 🕋Setulus ikhlas, BKKUSIM menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga U...
27/05/2026

🐮 SALAM AIDIL ADHA 1446H 🕋

Setulus ikhlas, BKKUSIM menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga USIM serta seluruh umat Islam. Aidil Adha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam memperkukuh ukhuwah serta menyuburkan nilai kebajikan sesama insan.

Dalam kemuliaan hari ini, marilah kita bersama-sama menitipkan doa buat seluruh Duyufurrahman di Tanah Suci agar dikurniakan haji yang mabrur. Semoga Aidil Adha kali ini membawa rahmat, mengeratkan silaturahim dan menghadirkan redha Allah SWT buat kita semua.

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

27 MEI 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SALAM TAKZIAHBKKUSIM mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Encik Agoos Munalis Bin Tahir di atas pemerg...
29/04/2026

SALAM TAKZIAH

BKKUSIM mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Encik Agoos Munalis Bin Tahir di atas pemergian insan tersayang ini.

Jutaan terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberikan setinggi-tinggi ganjaran atas jasa dan pengorbanan kepada Al-Marhum sepanjang khidmat dan bakti beliau kepada USIM 🤍

29 APRIL 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SALAM TAKZIAHBKKUSIM mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Encik Mohd Hasmie Bin Hasan di atas pemergia...
21/04/2026

SALAM TAKZIAH

BKKUSIM mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Encik Mohd Hasmie Bin Hasan di atas pemergian insan tersayang ini.

Jutaan terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberikan setinggi-tinggi ganjaran atas jasa dan pengorbanan kepada Al-Marhum sepanjang khidmat dan bakti beliau kepada USIM 🤍

20 APRIL 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

📢 HEBAHAN RASMI TAJAAN YURAN HALAL @ USIM FUN RUN 2026 UNTUK STAF USIM 🏃🏻BKKUSIM menyediakan Tajaan Yuran Penyertaan Hal...
21/04/2026

📢 HEBAHAN RASMI TAJAAN YURAN HALAL @ USIM FUN RUN 2026 UNTUK STAF USIM 🏃🏻

BKKUSIM menyediakan Tajaan Yuran Penyertaan Halal @ USIM Fun Run 2025 (PAKEJ E SAHAJA) khusus buat warga staf sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat dan penglibatan aktif dalam program universiti.

Tajaan ini adalah terhad kepada 50 orang staf terawal sahaja, berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Sehubungan itu, semua staf yang berminat adalah dipelawa untuk merebut peluang eksklusif ini dengan membuat pendaftaran segera sebelum kuota penuh.

📲 BORANG TAJAAN YURAN:
https://forms.office.com/r/A6Gqb93gxp

⚠️ TARIKH TUTUP: 25 APRIL 2026

📞 SEBARANG PERSOALAN:
www.wasap.my/601117936682/HalalRunTajaanBKKUSIM

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

21 APRIL 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

✨Salam Aidilfitri 1447H 🌙Lebaran Aidilfitri mengajar kita bahawa kebahagiaan sebenar adalah apabila kita mampu membahagi...
20/03/2026

✨Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Lebaran Aidilfitri mengajar kita bahawa kebahagiaan sebenar adalah apabila kita mampu membahagiakan orang lain. Dalam setiap senyuman, ada peluang untuk kita memberi makna.

Jangan terhenti pada ucapan, teruskan dengan tindakan. Saudara seagama adalah amanah, bukan sekadar kenangan. Semoga Syawal ini menyatukan hati dalam kasih yang berpanjangan.

Pergi ke kota membeli cempaka,
Singgah sebentar di tepi taman,
Raya disambut penuh s**a ria,
Saudara diingati sepanjang zaman.

"Warga Prihatin, USIM Sejahtera"

21 MAC 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

🎙️ PESAN PESAN RAMADAN BKKUSIM 🌙Pesan Pesan Ramadan Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) kali ini hadir dengan pesan-pes...
18/03/2026

🎙️ PESAN PESAN RAMADAN BKKUSIM 🌙

Pesan Pesan Ramadan Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) kali ini hadir dengan pesan-pesanan Ramadan yang membawa peluang keampunan, ruang muhasabah dan madrasah tarbiah buat setiap hati yang ingin kembali.

Jom hayati setiap pesanan yang disampaikan oleh Semua Exco BKKUSIM sepanjang Bulan Mulia ini. Moga bermanfaat!

18 MAC 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

🎙️ PESAN PESAN RAMADAN BKKUSIM 🌙Pesan Pesan Ramadan Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) kali ini hadir dengan pesan-pes...
17/03/2026

🎙️ PESAN PESAN RAMADAN BKKUSIM 🌙

Pesan Pesan Ramadan Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM) kali ini hadir dengan pesan-pesanan Ramadan yang membawa peluang keampunan, ruang muhasabah dan madrasah tarbiah buat setiap hati yang ingin kembali.

Jom hayati setiap pesanan yang disampaikan oleh Semua Exco BKKUSIM sepanjang Bulan Mulia ini. Moga bermanfaat!

17 MAC 2026
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Address

Universiti Sains Islam
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kebajikan Kakitangan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Badan Kebajikan Kakitangan USIM:

Shortcuts

Share