Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin - MIYC Mantin

Directions Website Contact the organization

Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin - MIYC Mantin To be a self-reliant and a leading Non-Governmental Organization (NGO) in developing and empowering the Indian Youth in Malaysia.

Malaysian Indian Youth Council (MIYC) is an Indian youth based National organization in Malaysia focusing on socioeconomic development . MIYC has successfully established in 8 States with more than 100 Branches and 11 Associates Members organization.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Dengan penuh semangat patriotik, MIYC Cawangan Mantin mengucapkan Selamat Hari...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Dengan penuh semangat patriotik, MIYC Cawangan Mantin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, menghargai kepelbagaian serta terus berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, MIYC Cawangan Mantin ingin merakamk...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, MIYC Cawangan Mantin ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan serta terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan cinta akan negara demi memastikan Malaysia terus maju, aman dan sejahtera.

🇲🇾 MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI

“Negaraku, Kebangsaanku, Tanah Tumpahnya Darahku.”

Ikhlas Daripada
MIYC CAWANGAN MANTIN


THANNIR PANDHAL | MIYC CAWANGAN MANTIN 🙏Dengan penuh rasa syukur, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Mantin tel...
25/08/2026

THANNIR PANDHAL | MIYC CAWANGAN MANTIN 🙏

Dengan penuh rasa syukur, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Mantin telah berjaya menganjurkan Thannir Pandhal pada 23 Ogos 2026 di Devi Sri Adhisakthi Naga Karumariamman Alayam, Jalan Mantin, Kampung Belihai, Seremban.

Program ini merupakan satu usaha khidmat masyarakat bagi membantu menghilangkan dahaga para penganut dan orang awam, di samping memupuk semangat perpaduan, kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti.Dalam program ini, kami berkesempatan menyediakan minuman kepada kira-kira 6,000 orang penganut dan pengunjung yang hadir ke kuil.

Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada:
• Sanjay Sangaran – Timbalan Presiden MIYC Kebangsaan
• Hemanath Siyamalaruban – Pengerusi MIYC Negeri Sembilan
• Rohit Shiva – Ketua Penerangan MIYC Negeri Sembilan
• Pavithren Arumugam – Timbalan Ketua MIYC Cawangan Rasah
• Shatiswary Kulasegaran – Ketua Wanita MIYC Cawangan Rasah
Kehadiran dan sokongan anda amat kami hargai serta telah menyerikan lagi program sulung MIYC Cawangan Mantin ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pihak pengurusan kuil atas kerjasama, sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan Thannir Pandhal ini.

Jutaan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan sukarelawan MIYC Cawangan Mantin yang telah mencurahkan masa, tenaga dan komitmen sepenuhnya dari awal persiapan sehingga program selesai.

Tidak dilupakan juga kepada para penderma, penyumbang, penyokong, sukarelawan, penganut dan orang awam yang telah bersama-sama menyokong usaha murni ini.


அன்பும் சேவையும் இணையும் இடம் — தண்ணீர் பந்தல். ❤️மலேசிய இந்திய இளைஞர் மன்றம் (MIYC) கிளை மந்தின் சார்பாக, மந்தின் திருவ...
11/08/2026

அன்பும் சேவையும் இணையும் இடம் — தண்ணீர் பந்தல். ❤️

மலேசிய இந்திய இளைஞர் மன்றம் (MIYC) கிளை மந்தின் சார்பாக, மந்தின் திருவிழாவை முன்னிட்டு பக்தர்கள் மற்றும் பொதுமக்களின் தாகம் தீர்க்கும் வகையில் தண்ணீர் பந்தல் ஏற்பாடு செய்யப்பட்டுள்ளது.

🗓️ தேதி: 23 ஆகஸ்ட் 2026
⏰ நேரம்: காலை 11.00 மணி
📍 இடம்: Jalan Mantin, Kampung Belihai, Seremban, Negeri Sembilan
அனைவரும் வருகை தந்து, எங்களின் இச்சிறிய சேவையில் இணைந்து சிறப்பிக்குமாறு அன்புடன் அழைக்கின்றோம்.
“சேவையே சிறந்த தர்மம்.” 🪔
“தாகம் தீர்ப்போம் • தர்மம் காப்போம் • ஒற்றுமை வளர்ப்போம்”

இப்படிக்கு,
மலேசிய இந்திய இளைஞர் மன்றம் (MIYC)
கிளை மந்தின்

With devotion, unity and the spirit of service, Malaysian Indian Youth Council (MIYC) – Cawangan Mantin is pleased to organise a Thannir Pandhal in conjunction with the Mantin Temple Festival (Thiruvizha).

We warmly welcome devotees and members of the public to join us and receive this humble service as we come together to serve, share and care for our community. 🙏
📅 Date: 23 August 2026
⏰ Time: 11:00 AM onwards
📍 Venue: Jalan Mantin, Kampung Belihai, Seremban, Negeri Sembilan
“Service is the highest form of devotion.” 🪔
💧 Quench Thirst • Serve with Love • Strengthen Unity 🤝

With regards,
Malaysian Indian Youth Council (MIYC)
Cawangan Mantin

🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎉Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Mantin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ...
10/08/2026

🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎉

Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Mantin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada YB Arul Kumar A/L Jambunathan atas pelantikan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang lebih cemerlang serta terus membawa suara dan aspirasi masyarakat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah! 🤝

Ikhlas daripada
MIYC Cawangan Mantin 🇲🇾

Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Mantin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan EXCO Kera...
08/08/2026

Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Mantin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan 2026 atas pelantikan bagi menerajui pentadbiran negeri.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan kebijaksanaan demi kemajuan Negeri Sembilan serta kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam berkhidmat kepada negeri dan rakyat.

Ikhlas daripada,
Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Mantin

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang ...
28/07/2026

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Perlawanan Persahabatan Badminton MIYC Negeri Sembilan dengan kerjasama MIYC Cawangan Mantin.

Program ini bukan sahaja berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat, malah telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli MIYC daripada pelbagai cawangan. Ia turut menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan di peringkat cawangan, negeri dan kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Saudara Sanjay Sangaran, Timbalan Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC) selaku wakil serta perasmi program atas kesudian hadir dan memberikan sokongan kepada program ini.

Turut dirakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan dan tetamu yang hadir, iaitu Saudara Aarahvindan, Saudara Pravin, Saudara Mahen dan Saudara Subesh atas sokongan dalam menjayakan program ini.

MIYC Negeri Sembilan percaya bahawa program seperti ini memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan persahabatan, selaras dengan aspirasi MIYC untuk melahirkan belia India yang aktif, bersatu dan berdaya saing.

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini. Semoga lebih banyak program bermanfaat dapat dilaksanakan bersama pada masa akan datang.





*Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin* telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mei 2026.   MAT...
02/06/2026

*Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin* telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mei 2026.

MAT ini telah dirasmikan oleh YBhg. Sevvai Chemmal Tuan Dhanesh Basil, President MIYC dan dikendalikan oleh Viveka Sri Tuan Sanjay Sangaran selaku Pegawai Penyelaras MIYC Kebangsaan, bersama Sdra. Hemnath sebagai wakil MIYC Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membentangkan laporan tahunan, membincangkan hala tuju organisasi, serta memperkukuhkan semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan ahli. Terima kasih kepada semua ahli, jemputan, dan pihak yang telah memberikan komitmen serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala perancangan dan keputusan yang telah dicapai menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar demi pembangunan belia dan kemajuan komuniti pada masa akan datang.




Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Mantin akan menganjurkan *Mesyuarat Agung Tahunan MIYC Cawangan Mantin 2026....
29/05/2026

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Mantin akan menganjurkan *Mesyuarat Agung Tahunan MIYC Cawangan Mantin 2026.*

Kami dengan segala hormatnya ingin menjemput anda ke mesyuarat yang akan diadakan seperti berikut:

*Tarikh: 31 Mei 2026 (Ahad)*
*Masa: 11.00 pagi*
*Tempat: Etania Training Centre*
*PT 9990 (A), Jalan BBN 1/3E Putra,*
*71800 Nilai, Negeri Sembilan*
[ waze : https://waze.com/ul/hw282h35qv ]

Pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagaimana tersebut di atas.

Semoga kedatangan tuan/puan akan memeriahkan lagi mesyuarat tersebut serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli MIYC.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Gobinath selaku Ketua Cawangan MIYC Mantin dalam talian ( 0122393708 ).

Yang Benar,

*GOBINATH NADARAJAN*
*Ketua Cawangan*
*Majlis Belia India Malaysia* *Cawangan Mantin*

🌸 Happy Mother’s Day 🌸Today, we celebrates the incredible women who fill our lives with unconditional love, endless sacr...
09/05/2026

🌸 Happy Mother’s Day 🌸
Today, we celebrates the incredible women who fill our lives with unconditional love, endless sacrifices, strength, and warmth. 💖
A mother is not just the heart of the family, but also the guiding light that shapes our future with care and wisdom. Thank you to every mother for being our first teacher, strongest supporter, and forever hero. 🌷✨
May your day be filled with happiness, appreciation, and all the love you truly deserve.
With love,
❤️ MIYC Mantin ❤️




Address

PT7313, Jalan BBN 2/3, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin - MIYC Mantin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia India Malaysia Cawangan Mantin - MIYC Mantin:

Shortcuts

Share