MPKK Sungai Duri Official.

MPKK Sungai Duri Official. MPKK badan yg diwujudkan oleh Kerajaan di akar umbi bg membantu dlm pengurusan,pembangunan &kebajikan

HEBAHAN PERMOHONAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN MAIPP 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa permohonan...
12/06/2026

HEBAHAN PERMOHONAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN MAIPP 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa permohonan Skim Dermasiswa Pengajian MAIPP 2026 kini dibuka kepada pelajar Islam yang melanjutkan pengajian di peringkat:

๐ŸŽ“ Diploma
๐ŸŽ“ Ijazah Sarjana Muda
๐ŸŽ“ Ijazah Sarjana
๐ŸŽ“ Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Terbuka kepada pemastautin tetap Negeri Pulau Pinang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Tempoh Permohonan:
13 April 2026 hingga 30 November 2026

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi:
https://pendidikan.mainpp.gov.my

Mohon war-warkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan yang layak agar tidak melepaskan peluang ini.



Alhamdulillah, pelbagai usaha terus dilaksanakan demi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk Sungai Duri.Hari...
11/06/2026

Alhamdulillah, pelbagai usaha terus dilaksanakan demi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk Sungai Duri.

Hari ini, pihak kontraktor telah selesai memasang kesemua 11 unit Lampu Solar MADANI di kawasan Kampung Surau, Kampung Lima, Kampung Hilir, Kampung Belakang Klinik dan Jalan Baru Sungai Duri.

Terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal, Penyelaras KADUN Sungai Bakap Tuan Haji Abd Rahim serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) atas sokongan dan kelulusan permohonan ini.

Semoga kemudahan ini dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat. MPKK Sungai Duri akan terus berusaha membawa lebih banyak kemudahan demi manfaat masyarakat.

11 Jun 2026


Mesyuarat Bulanan MPKK Sungai DuriBil. 6/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Pengerusi MPKK Su...
11/06/2026

Mesyuarat Bulanan MPKK Sungai Duri
Bil. 6/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Pengerusi MPKK Sungai Duri, En. Roslan Saad.

Mesyuarat membincangkan laporan aktiviti, perkembangan semasa serta perancangan program bagi memperkukuhkan aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk Sungai Duri.

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan setiap program dan tugasan demi manfaat masyarakat setempat

11 Jun 2026

r

Setiap masalah komuniti akan kami santuni dengan penuh keprihatinan.Alhamdulillah, semalam Pegawai dari Pusat Khidmat Ra...
10/06/2026

Setiap masalah komuniti akan kami santuni dengan penuh keprihatinan.

Alhamdulillah, semalam Pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah menghulurkan sumbangan kepada Saudara Suhilmi dari Taman Sungai Duri Permai yang sedang diuji dengan kesulitan.

Menjadi pemimpin bukan sekadar menghadiri majlis dan program, tetapi turut prihatin serta membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek atas keprihatinan yang diberikan.

Kami dari MPKK Sungai Duri mendoakan Semoga Saudara Suhilmi dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

10 Jun 2026



Bila berjanji, wajib dikotakan. Inilah contoh wakil rakyat yang sentiasa prihatin dan menepati janji kepada rakyat.Alham...
29/05/2026

Bila berjanji, wajib dikotakan. Inilah contoh wakil rakyat yang sentiasa prihatin dan menepati janji kepada rakyat.

Alhamdulillah, permohonan khemah serta meja dan kerusi telah berjaya diserahkan kepada Surau Al-Kauthar, Taman Sungai Duri Indah sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha bagi kegunaan Majlis Korban dan aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Sebanyak 2 buah khemah, 20 buah meja dan 80 buah kerusi telah diserahkan. Hari ini, AJK MPKK Sungai Duri turut hadir meninjau kemudahan yang telah disalurkan bersama Pengerusi Surau,Saudara Basri.

Terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal atas keprihatinan dan komitmen dalam membantu rakyat.

Nibong Tebal, Kita Jaga!!

29 Mei 2026

Alhamdulillah malam ini AJK MPKK Sungai Duri berkesempatan menziarahi Pak Cik Abu Seman yang mengalami masalah kesihatan...
29/05/2026

Alhamdulillah malam ini AJK MPKK Sungai Duri berkesempatan menziarahi Pak Cik Abu Seman yang mengalami masalah kesihatan (minor stroke) di Kampung Sungai Rambai. Mewakili YB Fadhlina Sidek dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal , kami turut menghulurkan bantuan bakul makanan. Selain itu, kami turut menerangkan manfaat serta bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri termasuk cara untuk memohon bantuan i-Sejahtera (Penghargaan Warga Emas).

Semoga sedikit sumbangan dan kunjungan ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat buat Pak Cik Abu Seman untuk terus kuat menjalani rawatan. Kami mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, kebajikan rakyat akan terus diberi perhatian dan disantuni dari semasa ke semasa.

29 Mei 2026

Alhamdulillah, hari ini MPKK Sungai Duri dan KEADILAN Ranting Sungai Duri  berkesempatan menjalani ibadah korban serta m...
28/05/2026

Alhamdulillah, hari ini MPKK Sungai Duri dan KEADILAN Ranting Sungai Duri berkesempatan menjalani ibadah korban serta menyempurnakan agihan kepada penduduk dengan lancar dan jayanya. Program Korban MADANI ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat, malah menyemai semangat kebersamaan, keikhlasan dan kasih sayang dalam membantu golongan yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Fadhlina Sidek atas sumbangan lembu korban pada tahun ini. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan ini diterima serta diberkati Allah SWT, di samping membawa manfaat kepada seluruh penduduk Sungai Duri.

Terima kasih juga kepada semua AJK, s**arelawan dan penduduk yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Semoga semangat gotong-royong dan perpaduan seperti ini terus mekar demi kesejahteraan komuniti kita.

28 Mei 2026


Moga bermanfaat๐Ÿ˜Š
27/05/2026

Moga bermanfaat๐Ÿ˜Š

Bila dapat daging korban, ramai terus fikir satu benda:

โ€œBoleh ke masak hari ni juga?โ€

Jawapannya: boleh.

Cuma kalau daging itu baru sahaja disembelih, ada sebab kenapa sesetengah orang s**a rehatkan dulu dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman sebelum dimasak.

Daging baru sembelih masih melalui fasa otot yang โ€œtegangโ€. Sebab itu kadang-kadang bila terus dimasak, teksturnya boleh jadi lebih liat, keras dan kurang juicy.

Bila daging ditoskan, diasingkan dan disejukkan dalam chiller, cecair lebihan lebih mudah turun.

Bau hamis juga boleh berkurang, dan daging lebih mudah dipotong, dibungkus serta disimpan ikut portion sekali masak.

Tapi ini penting.

Rehatkan dalam peti sejuk, bukan atas meja dapur.

Jangan biar daging mentah lama pada suhu bilik. Lagi-lagi bila cuaca panas, dapur sibuk, lalat ada, tangan ramai orang pegang, dan daging p**a masih berbungkus dalam plastik.

Kalau tiada ruang chiller, atau daging sudah lama berada di luar, lebih baik masak terus pada hari yang sama daripada dibiarkan lama-lama.

Untuk organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan perut p**a, sebaiknya urus dan masak lebih cepat kerana bahagian ini lebih mudah rosak berbanding daging pejal.
Masak hari sama boleh.
Nak lebih lembut, sejukkan dulu.
Nak simpan lama, terus bekukan.
Jangan biar lama atas meja.

Rezeki korban itu indah. Bila diurus dengan bersih, ia bukan sahaja lebih sedap dimakan, tetapi lebih selamat untuk keluarga.

Address

Dewan MPKK Sungai Duri
Nibong Tebal
14200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Sungai Duri Official. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPKK Sungai Duri Official.:

Share