Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang

  • Home
  • Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang

Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang Bergerak bersama untuk kebaikan! 🤝 Menyokong komuniti melalui aktiviti berbasikal. Sertai kami untuk membawa perubahan positif! 🚴‍♂️💖

Sumbangan kepada penduduk Kampung Sanglang, Nibong Tebal bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadhan Al Mubarak 202...
17/02/2026

Sumbangan kepada penduduk Kampung Sanglang, Nibong Tebal bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadhan Al Mubarak 2026

Program Korban 2025 di Surau Sutera, Seberang Jaya.
08/06/2025

Program Korban 2025 di Surau Sutera, Seberang Jaya.

Program Kayuhan Amal 3.0 Jelajah SPT 2025 bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayany...
19/01/2025

Program Kayuhan Amal 3.0 Jelajah SPT 2025 bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Januari 2025.

Kayuhan sejauh 25km ini bermula di Politeknik Seberang Perai dan berakhir di The Grand Mulia, Bukit Berangan, dengan dua perhentian utama di Sekolah Sinar Harapan, Permatang Rawa dan Masjid Jamek Kubang Semang untuk menyampaikan sumbangan. Kayuhan ini bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi juga platform untuk beramal, menyumbang kepada masyarakat dan memupuk komuniti yang lebih sihat serta prihatin.

Seramai 112 peserta telah turut serta, termasuk Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah JPJ Pulau Pinang serta dif-dif jemputan yang lain. Program ini juga disertai oleh Dato' Hj. Ahmad Rahiza Bin Hj Abd. Jalil, Pengerusi Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang, yang turut menyumbang kepada kejayaan program ini.

Selain itu, program ini juga melibatkan penyertaan aktif daripada ahli kelab yang bekerja keras untuk memastikan kelancaran dan kejayaan acara ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kelab, para sponsor dan penyumbang serta para peserta kayuhan yang turut menjayakan program ini. Sokongan anda semua amat dihargai dalam menjadikan program ini satu kejayaan besar.

“KAYUH BERSAMA, SUMBANG BERMAKNA”

Address


14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share