Jadikan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia sebagai salah satu destinasi pengumpulan pemegang akaun Twitter dan sekali gus dapat mengumpulkan dana bagi golongan yang memerlukan! bakal diadakan di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia yang bertemakan sukarelawan bertujuan membantu golongan tidak bernasib baik. Antara pra-program anjuran :
Mentor Anak Yat
im, Sekreteriat Mentor Rakan Siswa (M.A.Y.A.) Mentor Rakan Siswa (MRS) USM Kampus Kejuruteraan, mengambil pendekatan untuk beramal serta berbakti untuk mendidik serta memberi dorongan motivasi kepada golongan anak yatim melalui program ini. Program ini juga, menerapkan nilai sukarelawan di samping menekankan aktiviti pembangunan sosial serta aktiviti riadah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama peserta dan golongan yang terlibat. Heart-2-Heart, Sekreteriat Kesukarelawan (H-2-H)
Sekreteriat sukarelawan buat kali pertama merancang program Heart2Heart untuk membantu golongan tidak bernasib baik daripada segi tenaga dan kewangan. Program sukarelawan “Heart 2 Heart” ini merupakan satu program dirangka untuk memberi peluang kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan bagi menyelami dan menyemai sikap prihatin dalam diri masing-masing. Pada tahun ini, Heart 2 Heart akan mencari dan membantu golongan gelandangan dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan yang berkaitan di sekitar Perak dan Pulau Pinang. A Walk For Life (AWFL)
“A Walk For Life” merupakan program tahunan yang dijalankan di Kampus Kejuruteraan bermula pada tahun 2012 yang memperjuang nasib pesakit barah. Di dalam aktiviti ini, dana dikumpulkan untuk pesakit barah dan didermakan kepada National Cancer Society Malaysia untuk membantu pesakit membiayai rawatan fizikal dan mental. Pada tahun lepas, “A Walk For Life” telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3000 dengan penyertaan lebih 300 peserta dari kalangan staf dan pelajar dari kampus kejuruteraan, kampus induk USM, UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai. Pada tahun ini, dijangkakan penyertaan sebanyak 500 peserta daripada kalangan pelajar, staf dan masyarakat bersama membantu mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada Yayasan Kanser Malaysia pada hari . Program ini bukan sahaja membantu mengumpulkan dana, malah membantu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahaya penyakit barah dan cara untuk merawat penyakit maut ini. Ekspo Keusahawanan, Majlis Penghuni Desasiswa Jaya
Ekspo keusahawanan ini berkonsepkan teknologi dan umum membuka peluang kepada peniaga tempatan dan usahawan muda mempromosi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum dan pelajar universiti. Ekspo keusahawanan juga menjadi salah satu sumber untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada program dan badan bukan kerajaan berkaitan.