Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal

Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal, mempunyai matlamat seperti berikut:
1. Melahirkan masyarakat yang bersifat pengasih dan penyayang
6.

Menjadi badan perantara untuk menyalurkan sumbangan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
2. Membantu dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat.
3. Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
4. Menganjur program dan aktiviti yang boleh memberi manfaat dan faedah yang difikirkan baik untuk memba

ngunkan masyarakat.
5. Mengerat hubungan baik antara kaum tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

โœจ Salam Aidilfitri daripada Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal โœจ๐ŸŒ™Pihak Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal ingin mengucapkan Selama...
20/03/2026

โœจ Salam Aidilfitri daripada Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal โœจ๐ŸŒ™

Pihak Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali dan sentiasa menyokong usaha kebajikan kami.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang, sukarelawan serta semua pihak yang bersama kami sepanjang Ramadan. Semoga setiap sumbangan dan kebaikan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Dalam kemeriahan Syawal ini, marilah kita terus menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat membantu sesama insan.

๐ŸŒธ Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya.

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal



SUMBANGAN KEBAJIKAN AMAL QASEH SEMPENA SYAWALAlhamdulillah, pada 14 Mac 2026 Program Sumbangan Kebajikan Amal Qaseh Syaw...
16/03/2026

SUMBANGAN KEBAJIKAN AMAL QASEH SEMPENA SYAWAL

Alhamdulillah, pada 14 Mac 2026 Program Sumbangan Kebajikan Amal Qaseh Syawal telah berjaya dilaksanakan bagi menyantuni golongan yang memerlukan sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia.

Program ini merupakan usaha kecil tanda keprihatinan dalam berkongsi rezeki serta membawa kegembiraan kepada penerima agar mereka juga dapat merasai kemeriahan Syawal yang bakal tiba.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang ini terus mekar dalam masyarakat.




Alhamdulillah, pada 7 Mac 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Jamaie anjur...
08/03/2026

Alhamdulillah, pada 7 Mac 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Jamaie anjuran QASEH โ€“ Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal dengan kerjasama Masjid Jamek Sungai Kechil.

Majlis telah diawali dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Zarinah Binti Mhd Hassan, yang memberi pengisian rohani dan peringatan buat para hadirin dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, yang juga menyampaikan sedikit ucapan kepada para hadirin sebagai tanda sokongan terhadap program keagamaan dan kebajikan yang dianjurkan.

Di penghujung program, pihak QASEH turut menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terpilih sebagai tanda keprihatinan dan usaha berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.

Semoga segala bacaan Al-Quran, penglibatan serta usaha semua pihak dalam menjayakan program ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat kita semua. ๐Ÿค

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal mengucapkanSelamat Menyambut Bulan RamadanSemoga Ram...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™

Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.
Semoga setiap amalan diterima dan setiap doa dimakbulkan. ๐Ÿค

Ramadan Kareem !
Allahu Akram ๐Ÿคฒ

Selamat memperingati Israk Mikraj Nabi Muhammad ๏ทบ ๐ŸคSemoga peristiwa agung Israk dan Mikraj ini menjadi peringatan buat k...
16/01/2026

Selamat memperingati Israk Mikraj Nabi Muhammad ๏ทบ ๐Ÿค

Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus menjaga solat, memperkukuh iman dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Moga kita sentiasa dalam rahmat dan hidayah-Nya.


Alhamdulillah selesai sudah Program Ceramah Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada pagi tadi di Surau At-Taqwa, Tama...
05/09/2025

Alhamdulillah selesai sudah Program Ceramah Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada pagi tadi di Surau At-Taqwa, Taman Seruling Emas.

Program ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal dan Biro Muslimat Surau At-Taqwa Taman Seruling Emas, yang telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk setempat khususnya kalangan muslimat sekitar Nibong Tebal.

Ceramah disampaikan oleh Ustazah Siti Farhani binti Ahmad Fuad, Mudirah SRITI Al-Aqsa. Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah daripada Pasukan Hammasah Maahad Tahfiz AQSA, Bukit Mertajam di bawah bimbingan Ustazah Farhani.

Selain itu, turut diadakan penyampaian bantuan sumbangan Pertubuhan Qaseh kepada 5 orang penerima terpilih.

โœจ Jazakumullahu khayran diucapkan kepada semua yang hadir dan bersama menjayakan program ini.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua serta mengurniakan istiqamah dalam menegakkan sunnah Rasulullah SAW.

๐Ÿ“ข JEMPUTAN CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M ๐Ÿ“ขุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…Assalamualaikum warahmatullahi waba...
05/09/2025

๐Ÿ“ข JEMPUTAN CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M ๐Ÿ“ข

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacitanya menjemput seluruh ahli kariah serta masyarakat sekitar untuk bersama-sama menghadiri Ceramah Maulidur Rasul sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

๐Ÿ“… Tarikh : 5 September 2025 (Jumaat)
๐Ÿ•— Masa : 8.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat : Surau At-Taqwa, Seruling Emas, Sg. Bakap
https://maps.app.goo.gl/gQmoLnBLuuUGBnbP8

๐Ÿ‘ฅ Anjuran : Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal dan Biro Muslimat Surau At-Taqwa, Taman Seruling Emas

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah Jemputan :
Ustazah Farhani binti Ahmad Fuad
(Mudirah SRITI AL-AQSA)

๐Ÿ“– Tajuk Ceramah : Meneladani Sirah, Menyubur Iman

๐ŸŽถ Turut Diserikan Dengan : Alunan Qasidah Maulidur Rasul oleh Pasukan Qasidah Hammasah (Maahad Tahfiz AQSA)

โœจ Marilah kita bersama menghayati sirah Rasulullah ๏ทบ serta mengambil iktibar daripada perjuangan baginda dalam membimbing umat.

๐Ÿ“Œ Semua dijemput hadir.
Semoga kehadiran kita mendapat keberkata

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ 1447H / 2025M.Hayati sunnah, suburkan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Mu...
04/09/2025

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ 1447H / 2025M.

Hayati sunnah, suburkan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ."



Alhamdulillah, pada hari ini 2 Jun 2025 wakil dari Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal berkesempatan menziarahi Puan Noorhayat...
02/06/2025

Alhamdulillah, pada hari ini 2 Jun 2025 wakil dari Pertubuhan Qaseh Nibong Tebal berkesempatan menziarahi Puan Noorhayati binti Hj Ramli yang sedang sakit akibat masalah slip disc.

Dalam kunjungan tersebut, disampaikan sedikit sumbangan kewangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada beliau dan keluarga. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung.

Kami mendoakan semoga Puan Noorhayati binti Hj Ramli diberikan kesembuhan yang sempurna, kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Aamiin.

Terima kasih kepada semua penyumbang .
Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. ๐Ÿคฒ

๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ [๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—›]๐พ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘ขโ„Ž ๐‘ก๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘โ„Ž๐‘Ž๐‘›,๐ฟ๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘˜๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–,๐ฟ๐‘ขโ„Ž๐‘ข๐‘Ÿ โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘– ๐‘–๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐‘˜๐‘’...
30/03/2025

๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ [๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—›]

๐พ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘ขโ„Ž ๐‘ก๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘โ„Ž๐‘Ž๐‘›,
๐ฟ๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘˜๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–,
๐ฟ๐‘ขโ„Ž๐‘ข๐‘Ÿ โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘– ๐‘–๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐‘˜๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ž๐‘“๐‘Ž๐‘›,
๐‘†๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘”๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž ๐‘˜๐‘’๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘Ž๐‘Ž๐‘“๐‘–.

Dengan ini, pihak Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal ingin mengucapkan,

"๐•Š๐•–๐•๐•’๐•ž๐•’๐•ฅ โ„๐•’๐•ฃ๐•š โ„๐•’๐•ช๐•’ ๐”ธ๐••๐•š๐•๐•š๐•—๐•ฅ๐•ฃ๐•š. ๐•„๐•’๐•’๐•— โ„ค๐•’๐•™๐•š๐•ฃ ๐••๐•’๐•Ÿ ๐”น๐•’๐•ฅ๐•š๐•Ÿ"

ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Maksudnya: ๐˜”๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข

[ MAJLIS KHATAM AL - QURAN  ]Tarikh : 18 Mac 2025Hari : SelasaMasa : 8.00 pagiAlhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Ma...
29/03/2025

[ MAJLIS KHATAM AL - QURAN ]

Tarikh : 18 Mac 2025
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Majlis Khatam Al-Quran kerjasama anjuran Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal dengan Masjid Jamek As -Salam ,Padang Lalang telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada peserta yang terlibat seramai 100 orang dalam menjayakan program yang barakah ini.
Turut disampaikan dalam majlis tersebut sumbangan Amal Qaseh kepada 10 orang penerima yang layak.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan yang berharga di dunia dan akhirat.

Address

TAMAN ILMU
Nibong Tebal
14300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Qaseh Nibong Tebal:

Share