KRT Taman Panchor Utama

KRT Taman Panchor Utama Didaftarkan dengan nama Kawasan Rukun Tetangga Taman Panchor Utama (KRTTPU), 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Bermotivasi tinggi.

VISI KRT TPU
Membantu mewujudkan satu bangsa malaysia yang bersatupadu membantu merialisikan Gagasan 1 Malaysia

MISI KRT TPU
Memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara penduduk berbilang kaum Memupuk sifat kekitaan dan menerap nilai-nilai murni kehidupan Menggalakkan sifat tolong-menolong dan beramal kebajikan antara penduduk Mewujudkan kehidupan yang aman, selamat, selesa dan sejahtera

OBJ

EKTIF
Mewujudkan lebih banyak aktiviti dan program kemasyarakatan Membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan melalui SRS Mencapai anugerah kecermerlangan KRT terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan. Pengurusan Rukun Tetangga yang berlandaskan prinsip Kejujuran akan menjamin ketelusan dan tiada perselindungan dalam pengurusan Rukun Tentangga. Kebolehan untuk berkerjasama di dalam satu kumpulan pengurusan adalah satu ciri-ciri yang wajib ada untuk memastikan kejayaan pengurusan Rukun Tetangga. Seseorang ahli yang berilmu tinggi dan berwatakan jujur tidak semestinya boleh bekerjasama didalam satu kumpulan. Kepincangan ini akan menyebabkan pengurusan menjadi tidak efektif. Pengurusan yang berkesan adalah pengurusan yang terdiri dari ahli-ahli yang boleh dipercayai. Bersikap adil di dalam pengurusan juga menjamin keberkesanan pengurusan Rukun Tetangga. Contoh adil adalah di mana pengurusan penyertaan semua kaum dan mendengar masalah dan pandangan mereka secara saksama. Walaupun pengurusan seharusnya bermotivasi tinggi dan beprestasi tinggi, namun sifat kesabaran aslah amat perlu kerana sesuatu perubahan atau perancangan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Sebagai contoh, Kawasan Rukun Tetangga yang didiami oleh pelbagai kaum tidak boleh disatukan dan diintegrasikan dlam masa sehari atau seminggu.
-Kejujuran
-Bekerjasama
-Boleh dipercayai
-Adil
-Berkeyakinan. Pengurusan yang berkesan juga haruslah mempunyai keyakinan untuk mengendali Kawasan Rukun Tetangga itu dengan baik. Pengurusan tidak seharusnya bersikap was-was dan takut-takut dalam membuat keputusan atau melaksanakan keputusan yang dibuat. Pengurusan yang bermotivasi tinggi juga adalah amat diharapkan kerana motivasi adalah sebagai pendorong yang menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah organisasi Rukun Tetangga

Kesabaran

Berdaya tahan. Berkait rapat dengan prinsip kesabaran ialah berdaya tahan. Pengurusan yang berdaya tahan kan sentiasa berdiri teguh dengan keputusan yang diambil dan tidak akan berganjak walaupun digertak oleh pelbagai pihakl. Bekerja secara berkumpulan. Bekerja secara berkumpulan atau teamwork adalah prinsip wajib diamalkan oleh setiap ahli pengurusan Rukun Tetangga. Ini bermakna Pengerusi mesti bekerjasama dengan semua ahli pengurusan dan juga dengan agensi luar yang berkait dengan Kawasan Rukun Tertangga. Bertanggunjawab. Prinsip bertanggungjawab ini perlu didalam pengurusan Rukun Tetangga. Keputusan mesyuarat umpamanya haruslah menjadi keputusan semua hali dan pengurusan harusbertanggunjawab ke atas setiap keputusan dan tindakan yang dibuat. Konsep Collective responsibility atau tanggungjawab bersama akan membuatkan pengurusan menjadi teguh dan perpaduan tersimpul kemas.

MAJLIS IHYA RAMADHAN SEMPENA Majlis Berbuka Puasa & Majlis Tadarus Al-Quran (Bacaan Surah Lazim) bersempena Hari Nuzul A...
09/03/2026

MAJLIS IHYA RAMADHAN SEMPENA

Majlis Berbuka Puasa & Majlis Tadarus Al-Quran (Bacaan Surah Lazim) bersempena Hari Nuzul Al-Quran 1447H.

Penganjuran program bersama KRT Taman Panchor Utama, Surau Ar-Rohman & Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama

Tarikh : 7.3.2026
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 ptg
Tempat : Surau Ar-Rohman

Dengan berlangsungnya majlis ini agar kita dpt eratkan silaturahim sesama kita.

MAJLIS ANUGERAH KEPUTUSAN CEMERLANG UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (UPKK) BAGI TAHUN 2025.Jawatankuasa KRT ...
09/03/2026

MAJLIS ANUGERAH KEPUTUSAN CEMERLANG UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (UPKK) BAGI TAHUN 2025.

Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama berbesar hati ingin memberi sedikit sumbangan untuk anak TPU yang mendapat keputusan 9A, 8A & 7A.

Tahniah diucapkan kpd semua, jadikan kejayaan ini utk menuruskan pelajaran ke manara gading.

JEMPUTAN IHYA RAMADHAN SEMPENA NUZUL QURAN*ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ*Dijemput hadir berama...
05/03/2026

JEMPUTAN IHYA RAMADHAN SEMPENA NUZUL QURAN

*ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ*

Dijemput hadir beramai ramai warga penduduk TPU bersama sama mengimarahkan majlis ihya kita pada:

7.3.2026 Sabtu bermula jam 5.50ptg.

Jom kita eratkan silaturahim sesama kita

AJK Surau Ar-Rohman
AJK KRT Taman Panchor Utama
AJK Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama

JEMPUTAN IHYA RAMADHAN DAN ATURCARAٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُMajlis Tadarus Quran (Bacaan S...
01/03/2026

JEMPUTAN IHYA RAMADHAN DAN ATURCARA

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Majlis Tadarus Quran (Bacaan Surah Lazim) bersempena Hari Nuzul Al-Quran 1447H akan diadakan pada majlis Ihya Ramadhan nanti.

Oleh itu, pihak penganjur ingin mengajak anak² warga Taman Pancur Utama untuk sama² menjayakan majlis ini.

Aturcara Majlis pada 7.3.2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H

5.50 ptg - Kehadiran warga penduduk
6.00 ptg - Majlis Tadarus Al-Quran. (setiap kanak² yg hadir baca akan di beri sumbangan)
6.30 ptg - Sumbngan pelajr cmerlang UPKK (KRT)
6.45 ptg - Majlis Tahlil
7.15 ptg - persediaan berbuka puasa
7.32 ptg - berbuka puasa
8.00 mlm - solat Mahgrib berjemaah
8.40 mlm - solat Isyak berjemaah
- solat tarawih
- selesai majlis

Tuan² dan Puan² sekeluarga dijemput hadir, sekiranya ada yg sudi nk bawa juadah sampingan sangatlah dialu²kan..

Semoga bulan Ramadan ini membawa ketenangan dan kekuatan kepada kita semua sambil menjalani ibadah puasa serta amalan-amalan kebaikan dan diterima-Nya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Ikhlas & terima kasih dari,

AJK Surau Ar-Rohman
AJK KRT Taman Panchor Utama
AJK Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama

01/03/2026

Assalamualaikum wbt..

Pihak Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama berbesar hati untuk memberi sedikit sumbangan untuk anak-anak Taman Pancur Utama yg cermerlang dalam pelajaran. Anugerah Pelajar Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) bagi tahun 2025. Kepada anak-anak Taman Pancur Utama yang memperolehi keputusan 9A, 8A & 7A sahaja yg layak menerima sumbangan ini. Mohon lampirkan slip sebagai bukti keputusan UPKK dan senarai nama anak serta alamat rumah. Untuk memudahkan urusan Jawatankuasa AJK KRT Taman Panchor Utama

1- NAMA :
KEPUTUSAN UPKK :
ALAMAT :

2- NAMA :
KEPUTUSAN UPKK :
ALAMAT :

SILA HANTAR SLIP KEPUTUSAN UPKK KEDAPA ADMIN AJK KRT EN. NOR AFENDI ABD ROZAK (0124298488)

TARIKH TUTUP HANTAR PADA 4/03/2026

Program Jalinan Muafakat Rukun Tetangga Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2026Majlis Perjumpaan Awal Tahun antara KRT ...
12/02/2026

Program Jalinan Muafakat Rukun Tetangga Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2026

Majlis Perjumpaan Awal Tahun antara KRT SPS dan Pejabat Perpaduan SPS akan di adakan pada

Tarikh : 11 Februari 2026 (Rabu)
Masa : Jam 8.15 - 10.30 mlm
Tempat : Bentara Garden, Jawi.

Sehubungan itu, Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Kawasan Seberang Perai Selatan dan Pihak Jabatan.

Tahniah diucapkan kpd Mohd Kamal Raship & Perpaduan Seberang Perai Selatan atas sokongan yg diberikan.

Majlis Gotong Royong anjuran Masjid Jamek Sungai Kechil bersempena kedatangan bulan Ramadhan telah diadakan pd 8 Feb 202...
12/02/2026

Majlis Gotong Royong anjuran Masjid Jamek Sungai Kechil bersempena kedatangan bulan Ramadhan telah diadakan pd 8 Feb 2026 (Ahad). Penglibatan terdiri dari Ahli Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama, AADK serta MPKK Sg Kechil turut berkerjasama & bergading bahu dlm menjayakan program ini. Aktiviti yg dilakukan adalah membersihkan persekitaran Masjid dan tanah perkuburan.

Program gotong-royong anjuran Surau Ar-Rohman dgn kerjasama KRT Taman Panchor Utama telah diadakan di Surau Ar-Rohman ba...
08/02/2026

Program gotong-royong anjuran Surau Ar-Rohman dgn kerjasama KRT Taman Panchor Utama telah diadakan di Surau Ar-Rohman bagi persediaan menjelang sambutan bulan Ramadan.

Tarikh: 7 Februari 2026. Sabtu.
Masa: 8.00 pagi.
Tempat: Surau Ar-Rohman.

Terima kasih kpd penduduk yg hadir.

Alhamdulillah.. Atas dasar keperihatinan Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama. Satu usaha penambahbaikkan & gerak kerja ...
05/02/2026

Alhamdulillah.. Atas dasar keperihatinan Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama. Satu usaha penambahbaikkan & gerak kerja yg telah dilakukan oleh Jawatankuasa KRT dgn membawa sebuah lori pasir & meletakkan pasir tersebut di kawasan rendah di tgh padang. Ianya dpt membantu mengurangkan risiko tanah dari terus rosak akibat hujan serta air bertakung. Dgn cara ini dpt memberi keselesaan kpd kanak-kanak taman utk bermain bola sepak pd setiap ptg.

5/02/2026


23/01/2026

*إنا لله وإنا إليه راجعون.*

Berita duka:

Mendapat perkhabaran ibu kepada sahabat kita saudara Nik TNB (No 13, Lorong 1) telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi dlm pkl 5.30 pagi. Sekarang jenazah berada di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star

*اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا*

*الفاتح*

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞...

Alhamdulillah.. Selesai Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama utk Penggal 2026-2028 (tempoh 3 ta...
17/01/2026

Alhamdulillah.. Selesai Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Panchor Utama utk Penggal 2026-2028 (tempoh 3 tahun) yang telah dihadiri oleh En Kamal Bin Raship selaku Penolong Pegawai Perpaduan SPS. Tahniah kpd AJK KRT yg telah dilantik. Jawatankuasa ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2026.

Address

Taman Pancur Utama
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Panchor Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Taman Panchor Utama:

Share