NADI Kampung Judan

NADI Kampung Judan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Judan, Jalan Oya, Mukah, Sarawak
πŸ“ŒWelcome to Page NADI Kampung Judan

NADI Kampung Judan merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Intelligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan ICT di kawasan luar bandar.

08/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.Dalam Tai Chi, pernafasan yang betul bukan sekadar tarik dan hembus nafas β€” i...
08/08/2026

🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.

Dalam Tai Chi, pernafasan yang betul bukan sekadar tarik dan hembus nafas β€” ia boleh membantu tubuh dan minda jadi lebih tenang. πŸ§˜β€β™‚οΈ

Dalam video kali ini, Master Yong Hui K**k tunjukkan teknik pernafasan Tai Chi yang mudah untuk diamalkan bagi membantu relax & kurangkan stress.

πŸ‘‰ Jom cuba sama-sama:
https://youtu.be/ov7L8bQ55xY

Tonton sekarang dan rasakan bezanya. 🌱

πŸ”” WAJIB daftar melalui 2 kaedah:

Google Form πŸ‘‰ https://forms.gle/1pdoTFsqsjV2cH3C9

NES (MCMC) πŸ‘‰ Cari aktiviti dalam NES guna KOD sahaja: E101

🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.Dalam Tai Chi, pernafa...

08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!Bagi memb...
07/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Group.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Group () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



05/08/2026
05/08/2026

APA LAA NASIB.. CARI KERJA, KENA SCAM.. DAPAT PARCEL, RUPANYA SCAM.. CARI JODOH PUN KENA SCAM?! 😭

Scammer sekarang memang kreatifβ€”dia datang ikut benda yang kita tengah cari. Sebab tu korang kena persiapkan diri dengan join program Perkhidmatan Pintar NADI ni. Baru lah susah nak kena scam..

Antara yang korang boleh join πŸ‘‡
🚨 Job Scam, Love Scam & Parcel Scam
πŸ€– Prompt Engineer + pengaruh AI dalam kehidupan digital
πŸ’Ό Business Plan Development & Financial Planning
πŸ“± Baiki gajet + asas fotografi smartphone
🧁 Vanilla Muffin & Coklat Muffin
πŸ“š Tuisyen Rakyat + kelas Microsoft Word, Excel & PowerPoint

πŸ’¬ Jujur… scam mana paling korang risau terkena dekat korang atau keluarga korang?
KERJA / CINTA / PARCEL

Komen satu je dekat bawah πŸ‘‡
Tag kawan yang senang sangat percaya orang tak kenal tu πŸ˜…

Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut.

04/08/2026
πŸ›ŽοΈ Pembayaran Bil di NADI Kampung JudanπŸ’‘ Info Penting Sebelum Ke NADI untuk Urusan Pembayaran BilBagi memastikan proses ...
04/08/2026

πŸ›ŽοΈ Pembayaran Bil di NADI Kampung Judan

πŸ’‘ Info Penting Sebelum Ke NADI untuk Urusan Pembayaran Bil

Bagi memastikan proses anda berjalan lancar, sila ambil perhatian perkara berikut:
βœ” Bawa bersama dokumen atau maklumat bil yang diperlukan

πŸ“Œ Nota Penting:
NADI hanya menyediakan sokongan untuk pembayaran secara dalam talian.

Kami tidak menerima bayaran tunai daripada pengunjung.

Sekiranya anda ingin membuat bayaran tunai, sila lakukan di kaunter rasmi pihak penyedia bil.

πŸ™ Terima kasih kerana bekerjasama memastikan transaksi lebih selamat dan teratur.



24/07/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Julai (Q3 2026)
πŸ§‘πŸ»β€πŸ³ Mahir Masak
Tajuk SLS - CITARASA NYONYA: AYAM INCHAE KAY BIN & CUCUR BAWANG ISTIMEWAπŸ‘¨β€πŸ³πŸ—πŸ§…

Jom pelajari cara menyediakan hidangan Nyonya yang kaya dengan rasa serta penuh keunikan warisan tempatan.

πŸ“… Tarikh: Selasa, 28 Julai 2026
πŸ•’ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ“Ί Platform: YouTube Studio NADI Mahir

πŸ“’ Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut πŸ“’

Jangan lepaskan peluang untuk pelajari resipi cita rasa Nyonya yang istimewa! 🌸🍴

22/07/2026

AI DAH BOLEH BUAT CONTENT… LEPAS NI TAK TERKIAL-KIAL DAH CARI IDEA? 😍

22–23 Julai ni, Perkhidmatan Pintar NADI bawakan kelas yang korang boleh terus guna untuk belajar, kerja dan bisnes korang πŸ‘‡

πŸ€– Guna AI untuk hasilkan kandungan media sosial
πŸ“² TikTok Shop, Shopee, Canva & Picsart
πŸ“Š Microsoft Excel
πŸ“Έ Asas fotografi
πŸ› οΈ Baiki gajet
🍳🧡 Kelas masak & jahit
🌱 Pertanian pintar
πŸ” Fahami cara TikTok, Instagram & Threads mengumpul data anda

Ada juga Tuisyen Rakyat, NADIPreneur/EmpowHer dan pertandingan Mobile Legends sepanjang minggu.

πŸ’¬ Kalau boleh pilih satu skill untuk belajar dulu, korang pilih AI / Canva / Shopee / Excel / Baiki Gajet?

Komen dekat bawah πŸ‘‡
Scan QR pada poster untuk follow semua social media Perkhidmatan Pintar NADI.

Address

Kampung Judan, Jalan Oya
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Judan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kampung Judan:

Shortcuts

Share