Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir

Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir,Kampung Tutus Hilir, 96400 Mukah, Sarawak

12/06/2026: SOLAT PAKAI MINYAK RAMBUT ADA ALKOHOLSOALAN :Bagaimana status solat seorang yang memakai minyak rambut atau ...
12/06/2026

12/06/2026: SOLAT PAKAI MINYAK RAMBUT ADA ALKOHOL

SOALAN :

Bagaimana status solat seorang yang memakai minyak rambut atau gel rambut yang mengandungi alkohol?

JAWAPAN :

Apabila minyak rambut itu bercampur dengan bahan yang najis maka setengah fuqahak berkata dengan tidak boleh memakainya untuk solat kerana syarat sah solat itu mesti suci pakaian dan tubuh badannya daripada najis.

Dan setengah fuqahak berkata najis yang ada pada wangian dan minyak rambut dan semburan ketiak itu adalah najis yang dimaaf kerana kandungan alkoholnya sangat sedikit.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jazairi :

ومنها المائعات النجسة التي تضاف إلى الأدوية والروائح العطرية لإصلاحها فإنه يعفى عن القدر الذي به الإصلاح قياسا على الأنفحة المصلحة للجبن

Artinya : “Dan setengah dari najis yang dimaafkan itu ialah cecair najis yang dicampurkan kepada ubat-ubatan dan minyak wangi untuk membaikkannya maka sungguhnya ia dimaaf dari kadarnya yang minima untuk membaikkannya kerana qias atas campuran pada pebuatan keju.” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)

Kesimp**an

Jika minyak rambut tersebut dicampur dengan alkohol yang najis maka maka sebahagian ulamak mengharuskan memakainya di dalam solat kerana najis yang ada padanya itu dikira sebagai najis yang dimaaf sebab sedikitnya manakala sebahagian ulamak berkata dengan tidak sah solat dengannya.

Dan yang lebih afdhal ialah tidak memakainya untuk solat supaya keluar dari perselisihan ulamak padanya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

12/06/2026: KUNYAH SISA MAKANAN KETIKA SOLATSOALAN :Ketika sedang solat ada sisa makanan lekat di celah gigi. Apakah bol...
12/06/2026

12/06/2026: KUNYAH SISA MAKANAN KETIKA SOLAT

SOALAN :

Ketika sedang solat ada sisa makanan lekat di celah gigi.
Apakah boleh kita gerak-gerakkan mulut kerana mahu tanggalkan makanan yang lekat itu kerana takut masuk ia ke dalam perut?

JAWAPAN :

Tidak batal solat seseorang yang ada sisa makanan di dalam mulutnya samada sisa itu lekat pada celah gigi atau ada di atas lidahnya selagi dia tidak menelannya.

Dan begitu juga tidak membatalkan solat jika ada rasa manis atau masam misalnya di atas lidah selama dia tidak menelannya.

Tetapi jika dia menelan sisa makanan tersebut dengan sengaja walau pun sedikit maka solatnya batal.

Jika dia mainkan dengan lidahnya supaya sisa itu terkeluar maka solatnya tidak batal kerana lidah adalah anggota yang ringan.

Ada pun jika dia gerakkan dagunya seperti rupa mengunyah maka jika sampai tiga kali berturut-turut nescaya batal solatnya kerana dagu termasuk anggota yang berat dan tiga kali berturut-turut itu terhitung sebagai gerakan yang banyak.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

( أو فعل ثلاثة أفعال متوالية ) بأن لا يعد عرفا كل منها منقطعا عما قبله ( كثلاث خطوات ) وإن كانت بقدر خطوة مغتفرة أو مضغات ثلاث ( أو حكات ) متوالية

Artinya : “(Atau perbuatan tiga kali berturut-turut) yang pada biasanya tidak dilihat sebagai pergerakkan yang berasingan dengan yang sebelumnya (seperti tiga langkah) sekali pun dengan kadar melangkah yang dimaafkan atau mengunyah tiga kali (atau menggaru) berturut-turut.” (Kitab Minhajul Qawwim)

Maksudnya adalah membatalkan solat dengan sengaja melakukan pergerakkan tiga kali berturut-turut tanpa berhenti walau pun pergerakkan itu yang dibenarkan oleh syarak seperti melangkah ke hadapan menggantikan imam yang sudah batal dan mengunyah yaitu mengerakkan dagu dan rahangnya tiga kali berturut-turut atau seperti menggaru sebagaimana yang datang pada persoalan di atas.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

10/06/2026: KANAK-KANAK JADI IMAMSOALAN :Adakah boleh saya dan suami saya menjadi makmum kepada anak kami yang baru beru...
10/06/2026

10/06/2026: KANAK-KANAK JADI IMAM

SOALAN :

Adakah boleh saya dan suami saya menjadi makmum kepada anak kami yang baru berusia 8 tahun kerana melatihnya solat dan anak saya itu belum lagi baligh?

JAWAPAN :

Kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayiz harus dan sah menjadi imam kepada orang dewasa dengan syarat dia mengetahui rukun dan syarat sah sembahyang.

Diriwayatkan dari 'Amr bin Salamah r.a. berkata :

وَكُنْتُ غُلَامًا حَافِظًا فَحَفِظْتُ مِنْ ذَلِكَ قُرْآنًا كَثِيرًا فَانْطَلَقَ أَبِي وَافِدًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَفَرٍ مِنْ قَوْمِهِ فَعَلَّمَهُمُ الصَّلَاةَ، فَقَالَ: «يَؤُمُّكُمْ أَقْرَؤُكُمْ» وَكُنْتُ أَقْرَأَهُمْ لِمَا كُنْتُ أَحْفَظُ فَقَدَّمُونِي فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَعَلَيَّ بُرْدَةٌ لِي صَغِيرَةٌ صَفْرَاءُ…، فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَأَنَا ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ

Artinya : “Aku adalah budak yang s**a menghafal dan aku menghafal banyak ayat Quran. Suatu hari bapaku telah pergi menemui Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersama penduduk kampung maka Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah mengajar mereka tentang sembahyang dan bersabda : Menjadi imam di kalangan kamu itu yang pandai Quran. Dan adalah aku antara yang banyak menghafal Quran maka mereka telah menyuruh aku menjadi imam sembahyang dan aku memakai pakaianku yang kecil berwarna kuning lalu aku menjadi imam bagi mereka yang ketika itu aku berumur tujuh atau lapan tahun.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Kesimp**an

Kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayiz harus dan sah menjadi imam kepada orang dewasa jika dia mengetahui cara-cara sembahyang yang betul.

Yang afdhal ialah orang dewasa menjadi imam bagi kanak-kanak.

wallahua'lam
ustaz azhar idrus

06/06/2026: SOLAT QADHA BERJEMAAHSOALAN :Adakah boleh sekump**an orang yang mempunyai hutang qadha solat mereka kerjakan...
06/06/2026

06/06/2026: SOLAT QADHA BERJEMAAH

SOALAN :

Adakah boleh sekump**an orang yang mempunyai hutang qadha solat mereka kerjakan qadha tersebut dengan berjemaah?

Bagaimana kalau setengahnya menunaikan qadha yang berlainan rakaat seperti maghrib dengan isyak?

JAWAPAN :

Hukum melakukan solat qadha secara berjemaah adalah harus tanpa khilaf.

Berkata Imam Nawawi :

لا خلاف بين العلماء في جواز الجماعة في القضاء إلا ما حُكي عن الليث بن سعد من منع ذلك.

Artinya : “Tiada khilaf antara ulamak pada harus berjemaah pada solat qadha melainkan apa yang dihikayatkan dari Al-Laith bin Saad yang menegah yang demikian itu.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Jika imam solat qadha subuh maka makmum seperti solat orang yang masbuk yaitu menambah rakaat selepas imam salam.

Berkata Imam Nawawi :

وتصح قدوة المؤدي بالقاضي والمفترض بالمتنفل وفي الظهر بالعصر وبالعكوس

Artinya : “Dan sah ikutan orang solat tunai dengan imam yang qadha dan orang yang solat fardu dengan imam yang solat sunat dan sah yang solat zuhur dengan imam yang solat asar dan sebaliknya.” (Kitab Minhaju At-Talibin)

Dan pada solat qadha yang bersamaan imam dengan makmum seperti imam dan makmum sama-sama luput solat asar atau zuhur maka ulamak berkata dengan sunat berjemaah pada melakukan qadhanya.

Berkata Imam Nawawi :

فليست الجماعة فيها فرض عين ولا كفاية بلا خلاف، ولكن يستحب الجماعة في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها؛ بأن يفوتهما ظهر أو عصر

artinya : "Maka solat qadha secara berjemaah itu bukanlah fardu ain atau fardu kifayah tanpa khilaf akan tetapi disunatkan berjemaah pada solat qadha yang bersamaan imam dan makmum padanya seperti keduanya telah sama-sama terluput solat zuhur atau asar." (Kitab Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

04/06/2026: HADITH TIDAK BERKURANG HARTA SEBAB BERSEDEKAHSOALAN :Selalu saya dengar ustaz sebut harta kita tidak akan be...
04/06/2026

04/06/2026: HADITH TIDAK BERKURANG HARTA SEBAB BERSEDEKAH

SOALAN :

Selalu saya dengar ustaz sebut harta kita tidak akan berkurang kalau kita bersedekah.
Soalan saya adakah itu hadith atau perkataan ulamak?

JAWAPAN :

Apa yang saya sebut itu ialah hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Ada beberapa riwayat yang berlebih kurang lafaznya tetapi bersamaan maknanya.

Setengahnya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Artinya : “Tiada mengurangkan oleh sedekah akan harta dan tiada menambah oleh Allah akan hamba yang memberi maaf melainkan akan kemuliaan dan tiada merendah diri oleh seseorang kerana Allah melainkan Allah akan mengankat darjatnya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Dan setengahnya hadith yang diriwayakan daripada ‘Amr bin Sa’ad Al-Anmary r.a. daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَا نَقَصَ مَالُ عَبدٍ مِن صَدَقَةٍ

Artinya : “Tidak berkurang oleh harta seseorang dari kerana bersedekah.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

03/06/2026: SOLAT WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG SOALAN :Seorang perempuan yang berkerjaya apabila dia keluar dari rumah ke...
03/06/2026

03/06/2026: SOLAT WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG

SOALAN :

Seorang perempuan yang berkerjaya apabila dia keluar dari rumah ke tempat kerja atau bersiar-siar dalam keadaan tidak menutup rambutnya dengan tudung tetapi tidak meninggalkan solat lima waktu.

Soalan saya apakah hukum solat yang dia kerjakan?

JAWAPAN :

Berkenaan dengan solat yang dikerjakan oleh perempuan tersebut yang mendedahkan rambutnya di khalayak ramai maka jika sempurna segala rukun dan syaratnya nescaya solat perempuan tersebut itu sah dan apabila dia solat dalam keadaan iklhas nescaya solatnya akan di terima oleh Allah Taala.

Ada pun perbuatan perempuan tersebut yang tidak memakai tudung yaitu mendedahkan kepala dan rambut ketika keluar dari rumah adalah satu perbuatan yang haram dan maksiat kerana kepala perempuan adalah aurat yang wajib ditutup dari dilihat oleh lelaki ajnabi.

Tersebut pada Fatwa Majlis Islam Palestin :

أنّ العبادة إذا صحت أركانها وشروطها يرجى قبولها بإذنه تعالى – إذا كانت خالصة لوجهه الكريم. ولكن نذكّر بأنّ خلع الحجاب كبيرة من الكبائر يترتب عليه سؤال ومحاسبة ومعاقبة إلاّ أن يعفو الله بفضله وإحسانه ، لذا يجب أن تبادر الأخت السّائلة إلى التوبة والعودة العاجلة لله تعالى، فإنّ التبرج من أفعال الجاهلية وقد ثبت بشأنه وعيد وتقريع شديد في السّنة المطهرة . حيث روى الإمام مسلم في صحيحه والإمام أحمد في مسنده : ( صنفان من أمتي من أهل النار لم أرهما ... – وذكر منهما –: نساء كاسيات عاريات مائلات مميلات رؤوسهن كأسنمة البخت العجاف ). وفي رواية: ( لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها، وإن ريحها لتوجد في مسيرة كذا وكذا ). [ رواه الإمام أحمد ومسلم ]. فإيّاك أن تكوني أيتها الأخت السّائلة سبباً من أسباب فتنة المسلمين وضلالهم فتتحملي وزرك وأوزارهم وبذلك تأكلك سيئاتك حسناتك وتُمحق ثواب صلاتك وصيامك .

Artinya : “Sesungguhnya ibadah itu apabila sah segala rukunnya dan segala syaratnya maka diharap akan qabulnya dengan izin Allah Taala apabila adalah ia ikhlas bagi Allah. Akan tetapi kami ingatkan bahawa menanggalkan tudung kepala adalah dosa besar yang mana nanti dia akan disoal dan dihisab dan dihukum atasnya melainkan bahawa Allah memaafkannya dengan kurnia dan ihsan-Nya.
Kerana itulah wajib ia bersegera kepada taubat dan kembali kepada mentaati Allah Taala. Maka sungguhnya tabarruj itu ialah daripada perbuatan kafir jahiliyah dan sungguhnya telah sabit dengan keadaannya itu amaran yang bersangatan dari sunnah.
Telah meriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab Sahihnya dan Imam Ahmad pada Musnadnya sabda Nabi saw : Dua golongan ialah dari ahli neraka yang antaranya ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang melihat kepada lelaki dan lelaki melihat kepadanya yang kepalanya seperti bonggol unta.
Dan pada satu Riwayat perempuan tersebut tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan mencium bau wangi syurga yang mana wangi syurga itu dapat dicium dari jarak perjalan demikian-demikian. Maka hendaklah kamu takut akan satu sebab dari beberapa sebab fitnah ke atas kaum Muslimin dan menyesatkan mereka maka kamu yang akan menanggung dosa kamu dan dosa manusia dengan sebab yang demikian itu dan dosa kamu itu akan membinasakan segala amalan baik kamu dan memadamkan pahala solat dan puasamu.”

Kesimp**an :

Solat perempuan yang cukup segala syarat dan rukun adalah sah walau pun ketika keluar rumah dia tidak memakai tudung untuk menutup kepala dan rambutnya.

Perempuan yang tidak menutup kepala dengan tudung adalah perempuan yang membuka aurat dan perempuan yang membuka aurat ini adalah berdosa tiap kali dia keluar dari rumah sekali pun dia sembahyang lima waktu.

Sekali dia keluar rumah maka sekali dikira melakukan dosa dan seorang yang melihat kepala dan rambutnya dan lehernya maka dia mendapat lagi satu dosa dan jika seribu orang yang melihat auratnya pada hari itu maka dia akan mendapat seribu dosa.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

31/05/2026: DoaMEMPERBAIKI URUSAN DUNIA AKHIRATاللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةٌ أَمْرِي وَأَصْلِحْ ل...
31/05/2026

31/05/2026: Doa

MEMPERBAIKI URUSAN DUNIA AKHIRAT

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةٌ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٌّ

Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku. perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan

[Hadith Riwayat Muslim (2720)]

30/05/2026: AZAN SAMBIL DUDUKSOALAN :Pernah berlaku seorang muazzin telah azan sambil duduk di atas kerusi.Soalan saya a...
30/05/2026

30/05/2026: AZAN SAMBIL DUDUK

SOALAN :

Pernah berlaku seorang muazzin telah azan sambil duduk di atas kerusi.

Soalan saya adakah boleh azan sambil duduk di atas kerusi?

JAWAPAN :

Ketika seorang hendak azan atau iqamat maka disunatkan dalam keadaan berdiri akan tetapi jika azan atau iqamat seorang itu sambil duduk nescaya azan dan iqamahnya itu sah dan makruh hukumnya azan sambil duduk melainkan kerana uzur seperti sedang bermusafir di atas kenderaan atau sakit.

Berkata Imam Nawawi :

ينبغي أن يؤذن ويقيم قائما مستقبل القبلة فلو ترك القيام والاستقبال مع القدرة صح أذانه وإقامته على الأصح لكن يكره إلا إذا كان مسافرا فلا بأس بأذانه راكبا

Artinya : “Yang sepatutnya seorang itu azan dan iqamat dalam keadaan berdiri mengadap kiblat. Maka jika dia tidak berdiri dan tidak mengadap kiblat padahal dia mampu nescaya sah azan dan iqamahnya atas pendapat yang paling sahih akan tetapi dimakruhkan melainkan adalah dia sedang musafir maka tidak mengapa dengan azannya di atas kenderaan.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Dan p**a azan sambil duduk tanpa uzur itu meluputkan fadhilat yakni kurang pahalanya.

Berkata Imam Nawawi :

فلو أذن قاعدا بغير عذر صح أذانه لكن فاتته الفضيلة

Artinya : “Maka jikalau seorang itu azan dalam keadaan duduk tanpa uzur nescaya sah azannya akan tetapi luput baginya fadhilat.” (Kitab Syarah Muslim)

Kesimp**annya disunatkan azan dalam keadaan berdiri kerana mengikut kelakuan juru azan di zaman Rasulullah solllallahu alaihi wasallam melainkan ketika ada uzur seperti sakit ia jika berdiri atau sedang berada dalam kenderaan kerana musafir.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وكان مؤذنو رسول الله صلى الله عليه و سلم يؤذنون قياما وإن كان له عذر فلا بأس أن يؤذن قاعدا

Artinya : “Dan adalah para muazzin Rasulullah sollallahu alaihji wasallam azan mereka itu dalam keadaan berdiri. Dan jika ada baginya uzur maka tidak mengapa bahawa azan ia dalam keadaan duduk.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

28/05/2026: FIQAH KORBANMAKAN DAGING KORBANHukum memakan daging korban oleh yang menjadi tuan korban adalah harus jika k...
28/05/2026

28/05/2026: FIQAH KORBAN

MAKAN DAGING KORBAN

Hukum memakan daging korban oleh yang menjadi tuan korban adalah harus jika korbannya itu korban yang sunat tetapi tidaklah wajib atasnya memakannya bahkan harus dia sedekahkan kesemuanya.

Firman Allah Taala :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِير

Artinya : “Maka kamu sekelian makanlah daripada haiwan korban itu dan berilah makan kepada orang-orang susah yang faqir.” (Al-Haj : 28)

Maksud korban sunat ialah korban yang biasa dilakukan oleh masyarakat menjelang musim korban yaitu seseorang itu berniat melakukan korban untuk mendekatkan dirinya dengan Allah dan bersedekah.

Dan harus juga tuan korban memberi makan akan daging korbannya akan orang yang kaya.

Berkata Imam Nawawi :

وَلَهُ الْأَكْلُ مِنْ أُضْحِيَّةِ تَطَوُّعٍ، وَإِطْعَامُ الْأَغْنِيَاءِ

Artinya : “Dan harus bagi tuan korban makan dari haiwan korbannya yang sunat dan harus dia memberi makan kepada orang-orang yang kaya.” (Kitab Mibhaj At-Talibin)

Dan yang afdhal ialah tuan korban memakan daripada daging korbannya kerana mengambil keberkatan daripadanya.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَ سُنَّ لَهُ أَكْلٌ مِنْ أُضْحِيَّةِ تَطَوُّعٍ

Artinya : “Dan disunatkan bagi tuan korban makan dari haiwan korbannya yang sunat.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)

Dan menyebut oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili :

وأما الأضحية التطوع: فالمستحب للمضحي بها عن نفسه الأكل منها، أي أن الأفضل له تناول لقم يتبرك بأكلها

Artinya : “Dan ada pun korban yang sunat maka disunatkan bagi tuan korban itu memakan daripadanya artinya sungguhnya yang afdhal ialah dia mengambil sekadar sekali makan kerana mengambil berkat dengan memakannya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

MAKAN DAGING KORBAN YANG WAJIB

Dan jika korban itu adalah korban yang wajib seperti korban nazar atau dam haji yang wajib maka tuan korban haram memakan akan daging korban tersebut walau pun sedikit dan wajib dia sedekah semua daging korban tersebut itu kepada faqir miskin tetapi tidak haram dia makan dari dari korban wajib orang lain.

Berkata Syeikh Ramli :

أَمَّا الْوَاجِبَةُ فَيُمْتَنَعُ أَكْلُهُ مِنْهَا

Artinya : “Adapun korban yang wajib maka tertegah tuannya makan daripadanya.” (Kitab An-Nihayah)

Dan haram p**a orang yang dibawah tanggungan tuan korban itu memakan dari daging korban yang wajib.

Berkata Syeikh Al-Bajuri :

ولا يأكل المضحي ولا من تلزمه نفقته شيأ من الأضحية المنذورة

Artinya : “Dan tidak harus makan oleh tuan korban dan tidak harus juga orang yang wajib atasnya nafaqahnya memakan suatu dari haiwan korban yang dinazarkan.” (Hasyiah Al-Bajuri)

Wajib tuan korban yang bernazar itu sedekahkan kesemua haiwan korbannya itu kepada orang-orang miskin.

Berkata Syeikh Sa’id Al-Hadhrami As-Syafie

(ويتصدق) حتماً (بجميع المنذورة) والمعينة عن نذر

Artinya : “Dan wajib disedekahkan dengan semua korban yang dinazarkan dan yang ditentukan dengan nazar.” (Kitab Busyral Karim)

Maka jika tuan korban nazar ini telah memakan sebahagian dari daging korban nazar tersebut nescaya wajib atasnya ganti sekadar mana yang dia telah makan itu.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَالْأُضْحِيَّةُ الْوَاجِبَةُ لَا يَجُوزُ لَهُ الْأَكْلُ مِنْهَا، فَإِنْ أَكَلَ مِنْهَا شَيْئًا غَرِمَ بَدَلَهُ

Artinya : “Bermula korban yang wajib itu tiada harus bagi tuannya memakan daripadanya. Maka jika tuannya telah memakan daripadanya suatu nescaya diwajibkan gantinya.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Berkata Syeikh Abu Bakar Syatha’ Ad-Dimyathi :

وَيَحْرُمُ أَكْلُ الْمُضَحِّيْ وَالْمُهْدِيْ مِنْ ذَلِكَ فَيَجِبُ عَلَيِهِ التَّصَدُّقُ بِجَمِيْعِهَا حَتَّي قَرْنِهَا وَظِلْفِهَا فَلَوْ أَكَلَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ غَرَمَ بَدَلَهُ لِلْفُقَرَاَء

Artinya : “Dan haram tuan korban dan tuan hadiah memakan dari haiwan korban. Maka wajib atasnya sedekah dengan semuanya sekali termasuk tanduknya dan kukunya. Maka jika tuan korban itu ada memakannya sebahagian daripadanya nescaya wajib diberi gantinya kepada segala orang miskin.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Kesimp**annya jika korban yang sunat maka harus tuan korban maka dari daging haiwan korbannya itu walaupun tidak wajib dia memakannya.

Dan adapun jika korban yang wajib seperti korban nazar maka tuan korban dan sekelian orang yang wajib dia tanggung nafaqahnya haram memakan sedikit pun dari haiwan korban tersebut kecuali dia menyebut di dalam nazar akan makan sebahagian daripadanya maka harus dia memakannya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

27/05/2026: Suasana Hari Raya Aidiladha 2447H/2026 Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir
27/05/2026

27/05/2026: Suasana Hari Raya Aidiladha 2447H/2026 Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir

Address

Kampung Tutus Hilir
Mukah
96400

Telephone

+601133699837

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darul Nadwah Kampung Tutus Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share