29/10/2025
JADI SUARA PERUBAHAN!
JADI INSPIRASI!
JADI SKUAD ANTIDADAH MUKAH 💪🏼
SKUAD Antidadah merupakan satu entiti kesukarelawanan Agensi Antidadah Kebangsaan dalam bidang Pencegahan Dadah. Peranan utama SKUAD Antidadah ialah menyebarkan mesej antidadah kepada komuniti selaras dengan tuntutan Seksyen 6(g) Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 iaitu mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya.
📍 Apa Objektif SKUAD Antidadah?
Menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
Memberi sokongan awal kepada individu yang menghadapi masalah dadah dan sosial.
Mempromosi gaya hidup tanpa dadah
📍 Apa aktiviti SKUAD Antidadah?
SKUAD Aktif - Pengisian aktiviti amalan hidup sihat melalui aktiviti berbentuk sukan, aktivti lasak, muzik dan riadah bersama perkongsian fakta kesan dan bahaya dadah.
SKUAD Prihatin - Aktiviti keperihatinan dalam membantu masyarakat menghadapi sesuatu masalah, konflik, musibah melalui bantuan, sokongan emosi dan khidmat nasihat serta rujukan kepada perkhidmatan diperlukan.
SKUAD Rohani - Pengisian aktiviti berbentuk keagamaan, ketuhanan dan moral yang disampaikan secara santai bersama komuiti.
SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.
SKUAD Korporat - Pengisian aktiviti berkaitan kesedaran kerjaya, latihan kemahiran dan keterlibatan ahli dan belia dalam komuniti dalam keusahawanan.
📍 Apa syarat keahlian SKUAD Antidadah?
▶️ SKUAD ANTIDADAH
Syarat Keahlian Umur 18 Tahun hingga 45 Tahun
Warganegara Malaysia
Berumur 18 hingga 45 Tahun
Berminat dengan kerja-kerja kesukarelawan
▶️ SKUAD JUNIOR
Syarat Keahlian Umur 10 Tahun hingga 17 Tahun
Warganegara Malaysia
Berumur 10 hingga 17 Tahun
Berminat dengan kerja-kerja kesukarelawan
SKUAD ANTIDADAH
▶️ SKUAD BERSEKUTU
Syarat Keahlian Umur 46 Tahun dan ke atas
Warganegara Malaysia
Berumur 46 Tahun dan ke atas
Berminat dengan kerja-kerja kesukarelawan