15/10/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ
🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH: 5 JAMADIL AWAL 1448H / 16 OKTOBER 2026*
📌https://www.facebook.com/share/p/1C1iR58YJV/
📜 *_TAJUK: KEWAJIPAN MEMELIHARA DIRI DAN NYAWA_*
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 195, yang bermaksud:
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
🌿 ANTARA INTIPATI KHUTBAH:
👉 1️⃣ Bertakwa kepada Allah SWT.
👉 2️⃣ Memelihara nyawa atau Hifz al-Nafs merupakan salah satu daripada lima maqasid syariah yang dipelihara oleh agama Islam. Dalam kehidupan kita, nyawa bukanlah semata-mata hak mutlak manusia, sebaliknya merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dihormati dan dilindungi daripada sebarang bentuk kemudaratan.
👉 3️⃣ Islam meletakkan nilai nyawa pada kedudukan yang tinggi kerana nyawa merupakan anugerah yang membolehkan seseorang hamba melaksanakan ibadah kepada Tuhannya. Hal ini sekali gus menuntut kita supaya memelihara kesihatan tubuh badan dan menghindari perbuatan yang menzalimi diri sendiri.
👉 4️⃣ Umat Islam pada hari ini perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara penting bagi mewujudkan persekitaran masyarakat yang baik, bersih, selamat dan terpelihara.
Pertama, umat Islam hendaklah memberikan perhatian terhadap kesihatan diri dan kebersihan persekitaran tempat tinggal. Wabak penyakit berjangkit yang meningkat akibat persekitaran yang tidak bersih boleh memberikan kesan serius terhadap nyawa manusia.
👉 5️⃣ Selain itu, kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihan tempat tinggal perlu dipupuk sebagai langkah untuk saling melindungi dalam kehidupan bermasyarakat. Membiarkan persekitaran rumah kotor sehingga memudaratkan kesihatan orang lain bukan sahaja menyalahi adab, malah bertentangan dengan ajaran Islam.
👉 6️⃣ Kedua, masalah kesihatan mental juga merupakan ancaman besar terhadap diri dan nyawa manusia. Antara faktor yang mendorong berlakunya masalah kesihatan mental ialah tekanan hidup yang berterusan dan penyalahgunaan dadah. Kajian menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya masalah kewangan, hubungan kekeluargaan yang renggang dan tekanan perasaan.
👉 7️⃣ Mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental boleh menjadi lebih terdedah kepada risiko mencederakan diri atau membunuh diri. Hakikatnya, perbuatan membunuh diri adalah haram dan dilarang dalam Islam. Perbuatan tersebut merupakan dosa besar yang mempunyai ancaman azab yang berat di sisi Allah SWT.
👉 8️⃣ Justeru, mereka yang menghadapi tekanan mental sewajarnya mendapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental, kaunselor bertauliah atau pegawai runding cara di Pejabat Kadi daerah yang berdekatan.
👉 9️⃣ Kesimpulan: Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran demi memastikan setiap insan dapat menjalani kehidupan dengan aman, sejahtera dan bermakna. Memelihara diri dan nyawa bukan semata-mata tuntutan agama, malah merupakan teras kepada kesejahteraan sesebuah bangsa dan negara.
🤲 Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita, mengurniakan kesihatan yang baik dan memelihara kita daripada segala bentuk kemudaratan.
Wallahu a‘lam.
📌 Lawati & ikuti FB Page kami di:
- https://m.facebook.com/imarahummah
📌 Ikuti & Subscribe juga channel kami di: Channel YouTube/ImarahMedia @
- https://www.youtube.com/c/IMARAHMEDIA
📌 https://www.facebook.com/share/p/1C1iR58YJV/