Muafakat Cawangan MRSM Muar

Call Directions Contact the organization

Muafakat Cawangan MRSM Muar BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (CAWANGAN MRSM MUAR)

09/09/2026

🎓 #27 𝘽𝙄𝘾𝘼𝙍𝘼 𝘼𝙆𝘼𝘿𝙀𝙈𝙄𝙆

𝙋𝙍𝙊𝙐𝘿𝙇𝙔 𝙈𝙍𝙎𝙈
𝘿𝙄𝙁𝙁𝙀𝙍𝙀𝙉𝙏 𝙋𝘼𝙏𝙃𝙎
𝙊𝙉𝙀 𝙍𝙀𝙈𝘼𝙍𝙆𝘼𝘽𝙇𝙀 𝙅𝙊𝙐𝙍𝙉𝙀𝙔

Pihak MUAFAKAT MARA Malaysia dengan sukacitanya menjemput guru-guru ,ibu bapa/waris dan pelajar perakaunan untuk menyertai sesi Bicara Akademik yang akan membincangkan tentang perjalanan pelajar perakaunan.
Sesi ini sangat bermanfaat khususnya kepada pelajar perakaunan yang sedang membuat persediaan untuk SPM 2026

🗓️ 9 September 2026 (Rabu)
🕘 9.00 malam
💻 Platform: FB Live MUAFAKAT MARA Malaysia
🔗 Pautan: https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/
🎤 Penyampai : Pelajar FIA ACCA & CFAB ICAEW

📌 Terbuka kepada semua guru-guru ibu bapa/waris dan pelajar perakaunan

🌟 Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Biro Akademik
MUAFAKAT MARA MALAYSIA 2025-2027

02/09/2026

🗓️ 2 September 2026 (Rabu)
🕘 9.00 malam
💻 Platform: FB Live MUAFAKAT MARA Malaysia
🔗 Pautan: https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/
🎤 Penyampai:
ENCIK SHARUL AZWAN HAMDZAH
ENGAGEMENT MANAGER MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY

19/08/2026

🗓️ 19 Ogos 2026 (Rabu)
🕘 9.00 malam
💻 Platform: FB Live MUAFAKAT MARA Malaysia
🔗 Pautan: https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/

🎤 Penyampai
1. MUHAMMAD AFIQ FIRDAUS BIN ABDUL
MOKHTI -DQ -UNITEN
2. MUHAMMAD ANAS BIN ABDUL WAHAB -DQ-IPG
3. MUHAMMAD BIN MAHYUDDIN -DQ-PSA
4.MUAZ AMSYAR BIN MOHD NOOR FAHMI -DQ-IIUM

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, MUAFAKAT MRSM Muar merakamkan ucapa...
21/07/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, MUAFAKAT MRSM Muar merakamkan ucapan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah, bekas pelajar MRSM Muar, Batch Genofex (SPM 2025), yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2026.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan syurga buatnya.

Semoga Allah SWT juga mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

💙🏡 Hari Mesra Asrama & Ibu Bapa Siri 2 (ATT & ATF)Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada s...
19/07/2026

💙🏡 Hari Mesra Asrama & Ibu Bapa Siri 2 (ATT & ATF)

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir serta menjayakan program Hari Mesra Asrama & Ibu Bapa Siri 2 pada hari ini.

Kehadiran, kerjasama dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam usaha mewujudkan persekitaran asrama yang lebih bersih, ceria, selesa dan kondusif buat anak-anak.

Terima kasih juga atas sumbangan makanan serta juadah potluck yang dikongsi bersama. Semangat kebersamaan dan gotong-royong yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa kecemerlangan anak-anak terhasil daripada kerjasama erat antara ibu bapa, MUAFAKAT dan warga MRSM Muar.

Insya-Allah, usaha murni seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa demi memastikan persekitaran asrama sentiasa bersih, ceria, selesa dan kondusif untuk kesejahteraan serta kecemerlangan anak-anak.

❤️ Asrama Bersih, Anak Selesa, Ibu Bapa Prihatin.

Bersama kita membina suasana asrama yang lebih selesa, harmoni dan penuh kasih sayang.

05/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cgu Jinggo atas perkongsian ilmu, motivasi dan pengalaman yan...
05/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cgu Jinggo atas perkongsian ilmu, motivasi dan pengalaman yang amat bermakna dalam Program Anak Kita Bersama.

Semoga setiap ilmu dan nasihat yang disampaikan menjadi inspirasi serta panduan kepada semua ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak menuju kejayaan.

Terima kasih atas kesudian bersama warga Muafakat MRSM Muar. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan jasa Cgu Jinggo.🌹

Program Anak Kita Bersama | Muafakat Cawangan MRSM MuarSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ...
05/07/2026

Program Anak Kita Bersama | Muafakat Cawangan MRSM Muar

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah hadir menjayakan Program Anak Kita Bersama.

Kehadiran, sokongan dan komitmen tuan/puan amat bermakna dalam memperkukuh hubungan antara ibu bapa, Muafakat dan pihak MRSM Muar demi memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah serta kesejahteraan anak-anak.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi dan panduan dalam usaha kita bersama membimbing anak-anak menuju kejayaan.

"Apabila sekolah dan ibu bapa berganding bahu, lahirlah generasi yang cemerlang."

01/07/2026

Penyampai
Ms. Nurul Dyanna Hamzah
Foundation Lecturer
Multimedia University (MMU)

Hari Mesra Asrama & Ibu Bapa Siri 1 💙🏡Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi memeriahkan program...
29/06/2026

Hari Mesra Asrama & Ibu Bapa Siri 1 💙🏡

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi memeriahkan program pada hari ini. Kehadiran, kerjasama dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam mewujudkan persekitaran asrama yang lebih bersih, ceria dan kondusif buat anak-anak.

Terima kasih juga atas sumbangan makanan dan potluck yang dikongsi bersama. Semoga ukhuwah yang terjalin antara ibu bapa, MUAFAKAT dan warga MRSM Muar terus diperkukuh demi kebajikan serta kecemerlangan anak-anak.

Asrama Bersih, Anak Selesa, Ibu Bapa Prihatin. ❤️

Bersama kita membina suasana asrama yang lebih selesa dan penuh kasih sayang.

Address

Jalan Bakri
Muar
84200

Telephone

+601163005772

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat Cawangan MRSM Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muafakat Cawangan MRSM Muar:

Shortcuts

Share