RT Taman Aman Muar Johor

RT Taman Aman Muar Johor Komuniti, kesihatan,kesahjeteraan, ekonomi dan keselamatan

31/05/2026

Lets Go

30/05/2026

JOM Ronda

Rutin tiapยฒ hari Selasa & Sabtu malam. Darri jam 10.00pm hingga 2.00 am .Tugasan rondaan dari pasukan SRS bagi memastika...
17/05/2026

Rutin tiapยฒ hari Selasa & Sabtu malam. Darri jam 10.00pm hingga 2.00 am .

Tugasan rondaan dari pasukan SRS bagi memastikan keselamatan penduduk selain menjalin silatturahim. Ketua Pasukan SRS iaitu En. Tee How Wee akan mmenyelia pasukan selain dibantu Tuan Pengerusi kRT iaitu Tuan Salleh Al Haj dari segi logistik dan komunikasi.

Diharap para penduduk dapat bersama menyertai SRS ini dengan kempen "Satu Keluarga Satu Anggota". Agar kediaman, Keluarga dan hartabenda SELAMAT.


05 MEI 20268.30 MALAM MESYUARAT PEMILIHAN JKRT BAGI SESI 2026 - 2029----------------------------------------------------...
06/05/2026

05 MEI 2026
8.30 MALAM

MESYUARAT PEMILIHAN JKRT BAGI SESI 2026 - 2029
------------------------------------------------------------------------------------

ALHAMDULILLAH ๐Ÿ’–

Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan dan diselaraskan oleh 2 Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Muar/Tangkak iaitu En. Solehan & Pn. Noraini .

Dengan kehadiran seramai 31 orang telah berjaya memilih seramai 25 orang jawatankuasa .

Taklimat yang telah disampaikan oleh En. Solehan sangat jelas dan difahami semua hadirin.

Tn. Haji Salleh @ Salleh Al Haj sekali lagi telah dipilih sebagai Pengerusi. En. Tan Kian Peng sebagai Timbalan Pengerusi. Adik Agilan A/L Kannan dipilih sebagai Setiausaha. En.Nabil Fikri sebagai Penolong Setiausaha. Manakala En. Chiew Cheng Siew sebagai Bendahari.Dan seramai 20 orang dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa serta 2 orang iaitu Pn. Hjh. Zaharah & Pn. Rokiah dipilih sebagai Juruaudit.

Tahniah semua yang telah dipilih. .๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹

Mesyuarat telah berakhir pada jam 10.30 malam.


10 April 2026Program Jelajah Raya Jiran Wanita di rumah Tuan Pengerusi KRT Taman Aman Salleh Al Haj Tahlil ,Marhaban dan...
12/04/2026

10 April 2026
Program Jelajah Raya Jiran Wanita
di rumah Tuan Pengerusi KRT Taman Aman Salleh Al Haj

Tahlil ,Marhaban dan Hadrah
========================

Seramai 26 orang JIRAN WANITA terlibat dalam program ini. Mereka memulakan dengan majlis tahlil , kemudian Marhaban Aidil Fitri, seterusnya Hadrah.

Majlis dimulakan pada jam 2.45 ptg dan tamat pada jam 5.00 ptg. Jamuan secara pot luck dan tuan rumah hanya sedekian minuman dan kemudahan.

Ribuan terima kasih kpd semua yang terlibat dan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. maaf zahir & batin.


Akta Rukun Tetangga 1975 [Akta 751] (Pindaan) 2025 telah berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 April 2026. Pindaan ini tela...
01/04/2026

Akta Rukun Tetangga 1975 [Akta 751] (Pindaan) 2025 telah berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 April 2026. Pindaan ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025 dan di Dewan Negara pada 17 Disember 2025 dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa institusi komuniti demi kesejahteraan rakyat yang inklusif dan harmoni.

Penguatkuasaan pindaan ini menjadi langkah penting dalam mentransformasikan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) agar lebih dinamik, responsif dan berkesan. Antara fokus utama pindaan adalah seperti berikut:

(i) Penyelarasan Tempoh Pelantikan โ€“ Pemanjangan tempoh pelantikan Anggota Jawatankuasa KRT (AJKRT) bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelestarian program komuniti.

(ii) Pemantapan Peruntukan Akta โ€“ Penambahbaikan peruntukan sedia ada supaya kekal relevan dengan keperluan semasa serta cabaran sosial di peringkat akar umbi.






Kami seluruh warga KRT Taman Aman mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir & batin
19/03/2026

Kami seluruh warga KRT Taman Aman mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir & batin


15/032026PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK & BERBUKA PUASA TAHUN 2026M / 1447H------------------------------------------------...
16/03/2026

15/032026
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK & BERBUKA PUASA TAHUN 2026M / 1447H
-------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah
Syukur kehadrat Allah SWT program yang kami laksanakan ini telah berjalan dengan lancar.

Program dimulakan seawall jam 9 pagi dgn memasak bubur LAMBUK 2 periok. Satu ayam dan satu lagi daging lembu.

Jam 12.45 tengahari siap masak dan kami mula buat packaging p**a.. dapat lebih 500 mangkok untuk diagihkan.

Pada jam 2.30 ptg Dato Ashari Sarip selaku Pengerusi Penyelaras DUN Maharani telah menyampaikan BAKUL KASIH JOHOR kepada 15 penerima.

Jam 3.30 petang kami mulakan pengagihan BUBUR LAMBUK p**a. Dimulakan dengan kejiranan Islam yang terdekat dahulu. Selepas itu kami mengagihkan p**a kpd orang ramai yang lalu didepan taman aman hingga selesai. Tak sampai setengah jam semuanya selesai diagihkan.

Pada jam 7.00 malam kami mula berkumpul bagi acara BERBUKA PUASA p**a dan mengagihkan BAKUL KASIH JOHOR bagi yang tak kesempatan pada ptg tadi.

Terima kasih tak terhingga kepada para AJK yang terlibat dan anggota SRS yg menjaga lalu lintas semasa pengagihan dilaluan depan Taman Aman.

Ribuan terima kasih juga kepada tuan Pengerusi KRT Tn. Salleh Al Haj yang bertungkus lumus dari pagi bagi menjayakan program ini.


10/03/2026
Sumbangan Tunai Rahmah ( STR )Agihan akan bermula hari ini
10/03/2026

Sumbangan Tunai Rahmah ( STR )
Agihan akan bermula hari ini


Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RT Taman Aman Muar Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share