31/05/2026
๐ DIRGAHAYU TUANKU ๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Seluruh Ahli Jawatankuasa, sukarelawan, dan warga Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Cawangan Muar dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena:
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim ๐
pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Kami mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang afiat, dan sentiasa berada di bawah perlindungan serta rahmat-Nya untuk terus memayungi kedaulatan negara dengan penuh keadilan dan kebesaran.
Semoga Malaysia di bawah naungan pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa makmur, aman, dan harmoni.
Sembah takzim daripada:
Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Cawangan Muar
๐ฒ๐พ DAULAT TUANKU!
๐ฒ๐พ DAULAT TUANKU!
๐ฒ๐พ DAULAT TUANKU!