Malaysian Relief Agency Johor - MRA JOHOR

Malaysian Relief Agency Johor - MRA JOHOR MRA Johor merupakan cawangan negeri Malaysian Relief Agency (MRA) yang ketujuh selepas MRA Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, Sabah dan Pulau Pinang.

Qurban Terbaik 2026/1447H 📍Kampung Shari, Simpang Rengam📅 28 Mei 2026🕰️ 9.00 pagi ▫️MRA Johor, daerah Kluang telah mengu...
29/05/2026

Qurban Terbaik 2026/1447H

📍Kampung Shari, Simpang Rengam
📅 28 Mei 2026
🕰️ 9.00 pagi

▫️MRA Johor, daerah Kluang telah menguruskan ibadah qurban untuk 7 penama terpilih yang terdiri daripada Sahabat MRA Johor daerah Kluang yang aktif di antaranya ibu tunggal, asnaf dan keluarga pesakit kanser. Ibadah qurban ini telah mendapat sumbangan daripada YaPEIM.

▫️Sukarelawan MRA Johor membantu dalam urusan melapah dan mengagihkan daging sebanyak 147 bungkus ke sekitar kawasan Kampung Shari, Simpang Renggam. Semoga agihan daging qurban ini memberi manfaat kepada penerimanya dan amalan korban kita diterima Allah SWT.

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Mari kita hulurkan bantuan meringankan beban mereka yang memerlukan melalui akaun

MALAYAN BANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H Semoga ibadah korban dan segala pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta membawa...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga ibadah korban dan segala pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan buat seisi keluarga

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim📍Kellypojawani, Simpang Rengam📅 21 Februari 2026▫️MRA Johor daerah Kluang berpelu...
26/05/2026

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim

📍Kellypojawani, Simpang Rengam
📅 21 Februari 2026

▫️MRA Johor daerah Kluang berpeluang menyantuni 50 orang anak yatim dan asnaf didalam satu program berbuka puasa. Program yang ditaja oleh Pemuda dan Puteri Umno ini berkolaborasi bersama Team MRA Johor, daerah Kluang adalah program yang saban tahun dijalankan bersama.

▫️Semoga dengan usahasama dan bantuan kecil ini dapat membahagiakan semua anak-anak yatim yang diraikan dan memberikan senyuman di wajah mereka

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Jomlah kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan melalui akaun

MALAYAN BANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
510870010019993

Sumbangan Pek Makanan CelcomDigi📍Kampung Bahagia, Mersing📅 20 Februari 2026▫️Seramai 50 orang penerima manfaat telah men...
26/05/2026

Sumbangan Pek Makanan CelcomDigi

📍Kampung Bahagia, Mersing
📅 20 Februari 2026

▫️Seramai 50 orang penerima manfaat telah menerima sumbangan bag makanan bagi membantu mangsa banjir di Daerah Mersing, yang melibatkan penduduk dari Kampung Bahagia. Selain itu, sebanyak 10 buah rumah telah diziarahi oleh Sahabat MRA bagi menyampaikan sumbangan bag makanan tersebut.

▫️Semoga sumbangan kecil ini mampu meringanka beban mereka yang memerlukan

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat keoada yang lain”

Mari kita menyalurkan bantuan buat mereka yang memerlukan melalui akaun

MAYBANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf📍Kedai Makan Bondaku Sharifah (Econsave Simpang Rengam)📅 20 Februari 20...
26/05/2026

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf

📍Kedai Makan Bondaku Sharifah (Econsave Simpang Rengam)
📅 20 Februari 2026

▫️MRA Johor daerah Kluang berpeluang menyantuni 35 orang anak yatim dan asnaf didalam satu program berbuka puasa. Setiap tahun, Kedai Makan Bondaku Sharifah tidak melepaskan peluang menjadi antara yang terawal menempah slot berbuka puasa dengan wakil MRA daerah Kluang

▫️Terima kasih juga buat semua penyumbang goodies dan duit raya buat anak-anak ini dan Dato Onn Hafiz, Menteri besar Johor atas sumbangan kurma kepada setiap anak-anak yang diraikan hari ini. Semoga dengan sumbangan kecil ini mampu memberikan senyuman buat adik-adik yang diraikan

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Ayuh bersama meringankan beban mereka yang memerlukan dengan menyumbang melalui akaun

MAYBANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

SUMBANGAN KOTAK MAKANAN📍Balai Raya Kampung Semanggar 📅16 Februari 2026▫️Wakil MRA Johor, daerah Kota Tinggi bersama Ketu...
22/05/2026

SUMBANGAN KOTAK MAKANAN

📍Balai Raya Kampung Semanggar
📅16 Februari 2026

▫️Wakil MRA Johor, daerah Kota Tinggi bersama Ketua Kampung Semanggar menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang merupakan mangsa banjir yang dipilih dari penduduk kampung berhampiran. Antara penerima yang terlibat terdiri daripada penduduk :

- Kampung Semanggar
- Kampung Lukut
- Kampung Sungai Telor
- Kampung Batu 4
- Kampung Sepak Hilir
- Kampung Sri Delima
- Kampunh Sungai Pelepah

▫️Semoga dengan usaha kecil ini mampu meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Mari kita bersama membantu mereka yang memerlukan dengan menyumbang ke akaun

MAYBANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

“Selamat Hari Guru! Terima kasih atas segala jasa dan keringat yang ditaburkan. Di balik setiap kejayaan para pelajar pa...
16/05/2026

“Selamat Hari Guru! Terima kasih atas segala jasa dan keringat yang ditaburkan. Di balik setiap kejayaan para pelajar pastinya ada guru yang mendokong dengan penuh keazaman. Semoga barisan pendidik di Malaysia terus bersemangat dan berdedikasi dalam membentuk ganerasi hadapan.”

Selamat Hari Guru
Guru Bitara Nadi Negara

Jururawat itu merupakan nadi kepada institusi kesihatan negara. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan komited tanpa ...
12/05/2026

Jururawat itu merupakan nadi kepada institusi kesihatan negara. Mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan komited tanpa mengira detik waktu.

Hari ini merupakan tanda ingatan kami buat semua yang bergelar ‘Jururawat’ kerana telah bertungkus lumus untuk menjamin kelestarian kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.

Selamat Hari Jururawat Sedunia!

Penyerahan Kotak Makanan📍Balairaya Kampung Pesisir, Pontian📅 11 Februari 2026▫️Wakil MRA Johor, Daerah Pontian telah men...
07/05/2026

Penyerahan Kotak Makanan

📍Balairaya Kampung Pesisir, Pontian
📅 11 Februari 2026

▫️Wakil MRA Johor, Daerah Pontian telah menyampaikan 50 Unit kotak makanan, yang disampaikan di Majlis Penyampaian selain penghantaran ke rumah penerima bantuan. Semoga bantuan kecil ini dapat memberikan manfaat buat mereka semua

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Ayuh kita bersama meringankan beban membantu mereka yang memerlukan melalui akaun

MAYBANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

Kelengkapan Pakaian Sekolah📍Simpang Rengam, Kluang 📅 10 Februari 2026▫️Wakil MRA Johor, daerah Kluang membantu 4 orang p...
07/05/2026

Kelengkapan Pakaian Sekolah

📍Simpang Rengam, Kluang
📅 10 Februari 2026

▫️Wakil MRA Johor, daerah Kluang membantu 4 orang pelajar India dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan baju sekolah yang baharu. Kesempitan ini membuatkan mereka sering tidak hadir ke sekolah

▫️Semoga pemberian ini mampu meringankan beban keluarga mereka dan menjadi pembakar semangat buat adik-adik ini untuk meneruskan pembelajaran. Terima kasih penyumbang yang membantu, keluarga ini sangat terharu dengan bantuan yang dihulurkan

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain”

Bersama kita menghulurkan bantuan membantu mereka yang memerlukan melalui akaun

MAYBANK BERHAD
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
551043529587

ALLIANCE BANK
MALAYSIAN RELIEF AGENCY JOHOR
510870010019939

Address

D/A : JKR 207 Jalan Timbalan
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601132723337

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Relief Agency Johor - MRA JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Relief Agency Johor - MRA JOHOR:

Share