Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

17/12/2025
15/12/2025
14/12/2025
12/12/2025
πŸŽ–οΈMAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT, SIJIL, TAULIAH & RAMBU KECEMERLANGANPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MUARπŸŽ–οΈ...
06/12/2025

πŸŽ–οΈMAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT, SIJIL, TAULIAH & RAMBU KECEMERLANGAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MUARπŸŽ–οΈ

Alhamdulillah, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar telah berjaya melaksanakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat, Sijil, Tauliah & Rambu Kecemerlangan pada 5 Disember 2025 bertempat di Kompleks Sukan Pagoh.

Majlis ini diraikan dengan kehadiran tetamu kehormat:
✨ Tuan Haji Rahman bin Selamat, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Muar
✨ Mejar (AW) Haji Mohd Khir bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

πŸ… BILANGAN PENERIMA ANUGERAH 2025

πŸ”Ή Pingat Pengakap Johor Darul Takzim – 2
πŸ”Ή Sijil Kecemerlangan PPM Negeri Johor – 4
πŸ”Ή Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor – 41
πŸ”Ή Tauliah Pemimpin – 19
πŸ”Ή Watikah Pelantikan Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Muar – 15
πŸ”Ή Anugerah Rambu Kelana – 6
πŸ”Ή Anugerah Ketua Pengakap Negara – 3
πŸ”Ή Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara – 34
πŸ”Ή Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri – 135

PPMD Muar juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UniformNation kerana sudi hadir dan membuka jualan uniform pengakap baharu sepanjang majlis berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua penerima yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat Pengakap yang tinggi. Semoga terus menjadi inspirasi kepada warga Pengakap Daerah Muar yang lain.



Persiapan sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat, Sijil, Tauliah dan Rambu Kecemerlangan Persekutuan Pengakap Mal...
04/12/2025

Persiapan sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat, Sijil, Tauliah dan Rambu Kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar.


πŸŽ–οΈ MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT, SIJIL, TAULIAH & RAMBU KECEMERLANGANPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MUAR ...
03/12/2025

πŸŽ–οΈ MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT, SIJIL, TAULIAH & RAMBU KECEMERLANGAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MUAR 2025 πŸŽ–οΈ

πŸ“… 5 Disember 2025 (Jumaat)
πŸ“ Kompleks Sukan Pagoh

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar dengan sukacitanya akan mengadakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat, Sijil, Tauliah dan Rambu Kecemerlangan 2025 sebagai simbol penghargaan kepada semua pemimpin, ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana yang telah menunjukkan komitmen, disiplin serta kecemerlangan sepanjang tahun ini.

Majlis ini juga bertujuan meraikan jasa para pemimpin, jurulatih, dan rakan kerjasama yang sentiasa menyokong perkembangan kepengakapan di daerah Muar.

✨ Antara pengisian majlis:
β€’ Penyampaian Pingat Johor Darul Takzim
β€’ Penyampaian Sijil Kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
β€’ Penyampaian Sijil Kepujian Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
β€’ Penyampaian Tauliah Pemimpin
β€’ Penyampaian Sijil Lantikan Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Muar
β€’ Penyampaian Rambu Kecemerlangan Unit
β€’ Ucapan & Apresiasi Kepada Semua Yang Terlibat

Semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada semua ahli Pengakap untuk terus melangkah maju dengan semangat "Berkhidmat Untuk Negara" serta meneruskan kecemerlangan dalam pergerakan kepengakapan.

03/12/2025
JEMPUTAN KHAS BUAT SEMUA AHLI PENGAKAP Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar dengan sukacitanya memaklumkan bahawa p...
02/12/2025

JEMPUTAN KHAS BUAT SEMUA AHLI PENGAKAP

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pihak Uniform Nation akan hadir ke Majlis Penganugerahan Pingat, Sijil, Tauliah dan Rambu Kecemerlangan 2025 untuk membuat jualan pakaian seragam rasmi baharu seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : Jumaat, 5 Disember 2025
πŸ•— Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat : Kompleks Sukan Pagoh, Muar

πŸ‘• Bagi ahli pengakap yang ingin custom ukuran uniform, anda digalakkan untuk membawa uniform lama yang selesa dipakai sebagai rujukan ukuran.

✨ Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakaian seragam rasmi baharu yang kemas, berkualiti dan selesa dipakai!

πŸ“Œ Semua ahli Pengakap, guru pengiring, dan pemimpin dijemput hadir.

30/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Mejar AW Haji Mohd Khir bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor di atas penganugerahan;

ππˆππ†π€π“ π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† πŒπ”π“πˆπ€π‘π€

oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang
di Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat Dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 29 hb November 2025 di KOMTAR, Pulau Pinang.

Majlis Penganugerahan akan disempurnakan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, dengan dihadiri bersama oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Pengakap
Negeri Pulau Pinang serta Ketua Pengakap Negara.

Tahniah Tuan!
Terima kasih PPM Pulau Pinang!




28/11/2025

KUALA LUMPUR 27 Nov. β€” Peranan Persekutuan Pengakap Malaysia dalam membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri generasi muda terus di pentas dunia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa.Terbaharu, dua pemimpin tertinggi Pengakap Malaysia telah menerima penghormatan di India apabila menerima anuge...

Address

Muar

Telephone

+60109183193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share