18/03/2026
👣🧭🌲PROGRAM EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA 40KM 🌲🧭👣
Assalamualaikum & Salam Pengakap,
Adakah anda bersedia untuk mencabar diri, menguji ketahanan fizikal dan mental, serta merasai pengalaman sebenar seorang pengakap? 💪
Kami dengan sukacitanya menjemput anda menyertai Program Ekspedisi Pengakap Remaja 40KM yang bakal memberikan pengalaman luar biasa seperti:
🏕️ Pengembaraan sejauh 40KM
🧭 Kemahiran navigasi & ikhtiar hidup
🔥 Pembinaan semangat berpasukan
🌄 Pengalaman alam semula jadi yang mencabar
🎁Layak dapat Lencana Ekspedisi dan penglibatan PAJSK peringkat daerah
🎖️ Kelayakan untuk pencalonan Rambu Kuning Pengakap Remaja Tahun 2026
📅 Tarikh: 11hb - 12hb April 2026 (Sabtu-Ahad)
📍 Lokasi: SMKA Maahad (Tempat Permulaan dan Tamat); SK Parit Pechah (Tempat Penginapan)
👥 Terbuka kepada: Pengakap Remaja yang berdaftar keahlian (Tingkatan 4 dan 5)
Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk membina jati diri, disiplin dan kepimpinan melalui ekspedisi ini.
📲 Daftar sekarang: (imbaskan QR Code di dalam Poster untuk mengisi Google Sheet)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:📞
Ustaz Mohd Hafiz (Timbalan DC dan ADC Program): 019-7776152
Cikgu Soh Ing Ren (ADC Pengakap Remaja dan ICT): 016-7786819
"Sekali melangkah, terus berani!"
"Selalu Bersedia" "Pandang Luas"
⚜️Jumpa anda di ekspedisi nanti! ⚜️