Dewan Pemuda PAS Muar

Directions

Dewan Pemuda PAS Muar Laman ini merupakan laman rasmi Dewan Pemuda PAS Muar yang akan memaparkan info dan aktiviti semasa.

03/10/2026

Tahniah The Pocket Rocket Man

03/10/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

2 OKTOBER 2026 | 20 RABIUL AKHIR 1448H

JANGAN BIARKAN ISU VIDEO CCTV MENUTUP ISU SEBENAR KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA

Penularan rakaman CCTV yang melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Namun bagi Pemuda PAS Malaysia, perhatian rakyat tidak seharusnya terhenti pada beberapa saat rakaman yang tular itu semata-mata.

Ada persoalan yang jauh lebih besar dan lebih serius yang perlu diberikan perhatian.

Berdasarkan penjelasan AKPS, kejadian tersebut berlaku pada 28 September ketika satu operasi penguatkuasaan dijalankan terhadap seorang warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan β€œulat” di KLIA. Dalam proses berkenaan, timbul p**a persoalan mengenai individu yang bukan sebahagian daripada pasukan operasi yang berada di lokasi dan merakam kejadian tersebut.

Perkara ini kini berada dalam siasatan pihak berkuasa. Maka kita tidak mahu mendahului siasatan atau menghukum mana-mana pihak.

Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh menutup mata terhadap persoalan lebih besar tentang tahap keselamatan, integriti dan kemungkinan berlakunya kebocoran dalam sistem penguatkuasaan di pintu masuk negara.

AKPS sendiri sebelum ini mendedahkan peningkatan tindakan terhadap kegiatan penyeludupan. Setakat tahun ini, nilai rampasan dan ketirisan hasil kerajaan yang berjaya ditangani AKPS dilaporkan telah melebihi RM265 juta, berbanding RM80 juta pada tahun sebelumnya. Cubaan penyeludupan dadah melalui lapangan terbang juga dilaporkan dikesan dengan begitu kerap.

Ini bukan angka kecil.

Ia memberi gambaran bahawa ancaman terhadap pintu masuk dan sempadan negara adalah sesuatu yang perlu dipandang dengan sangat serius.

Sebab itu Pemuda PAS memberikan sokongan kepada setiap usaha profesional dan berintegriti oleh AKPS serta seluruh agensi penguatkuasaan untuk membersihkan pintu masuk negara daripada kegiatan penyeludupan, rasuah, salah guna kuasa, kemasukan warga asing tanpa dokumen dan apa juga bentuk jenayah rentas sempadan.

Kita juga menghargai ketegasan Datuk Seri Mohd Shuhaily dalam usaha memperkukuhkan penguatkuasaan AKPS. Pada masa yang sama, semua dakwaan berkaitan insiden yang tular mesti disiasat secara bebas, telus dan adil. Tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan usaha membersihkan pintu masuk negara tidak terhenti hanya kerana satu kontroversi.

Jika terdapat pegawai, orang tengah, sindiket atau mana-mana pihak yang bersekongkol untuk membocorkan operasi, melindungi sindiket, memudahkan penyeludupan atau membawa masuk warga asing secara tidak sah, mereka mesti dikenal pasti, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan berdasarkan undang-undang.

Pemuda PAS melalui Ahli-Ahli Parlimen akan terus membawa persoalan berkaitan keselamatan sempadan dan integriti penguatkuasaan ke Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang.

Kita mahu kerajaan menjelaskan sejauh mana sindiket-sindiket ini telah menembusi sistem penguatkuasaan negara, apakah kelemahan yang masih wujud di pintu masuk antarabangsa dan apakah tindakan menyeluruh yang sedang diambil bagi memastikan anggota penguat kuasa tidak boleh dipengaruhi atau diperalatkan oleh sindiket.

Pemuda PAS juga akan terus mengikuti maklumat, laporan dan pendedahan daripada masyarakat, bekas petugas serta saksi berkaitan sebarang dakwaan salah laku yang boleh mengancam keselamatan negara. Setiap maklumat yang mempunyai asas wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara profesional.

Isu ini lebih besar daripada satu rakaman CCTV.

Ini soal siapa yang menjaga pintu negara kita.

Ini soal integriti institusi.

Dan yang paling utama, ini soal kedaulatan Malaysia.

Jangan kerana kita sibuk melihat beberapa saat rakaman yang tular, kita terlepas pandang apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang pintu masuk negara.

YB Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

Tahukah anda?
03/10/2026

Tahukah anda?

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2026 πŸš΄β€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
02/10/2026

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2026 πŸš΄β€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

PEMBEBASAN BAITULMAQDIS β€” 2 OKTOBER 1187H839 tahun lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki Baitulmaqdis setelah kemen...
02/10/2026

PEMBEBASAN BAITULMAQDIS β€” 2 OKTOBER 1187H

839 tahun lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki Baitulmaqdis setelah kemenangan besar tentera Islam dalam Perang Hattin yang telah membuka jalan kepada pembebasan kota suci itu.

Pada 2 Oktober 1187H, Baitulmaqdis kembali berada di bawah pemerintahan Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib.

Namun yang menjadikan sejarah ini terus dikenang bukan sekadar sebuah kemenangan ketenteraan.

Ketika memiliki kekuatan untuk membalas kekejaman yang pernah berlaku ketika Baitulmaqdis ditawan pada 1099H, Sultan Salahuddin memilih jalan yang jauh berbeza.

Kota itu diserahkan selepas rundingan, penduduk diberikan ruang menebus kebebasan, dan sebahagian mereka turut dibebaskan.

Inilah kekuatan yang dibawa oleh Salahuddin: tegas ketika berjuang, tetapi tetap berakhlak ketika menang.

Pembebasan Baitulmaqdis juga mengingatkan kita bahawa kemenangan besar tidak muncul dalam satu malam. Ia didahului oleh pembinaan kekuatan, kesatuan, kesabaran dan perjuangan yang panjang.

Hari ini, sejarah Sultan Salahuddin terus menjadi ingatan bahawa Baitulmaqdis mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati umat Islam.

Semoga suatu hari nanti, keamanan dan keadilan kembali menaungi bumi Baitulmaqdis dan seluruh Falesteen.

PEMBEBASAN BAITULMAQDIS β€” 2 OKTOBER 1187M

839 tahun lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki Baitulmaqdis setelah kemenangan besar tentera Islam dalam Perang Hattin yang telah membuka jalan kepada pembebasan kota suci itu.

Pada 2 Oktober 1187M Baitulmaqdis kembali berada di bawah pemerintahan Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib.

Namun yang menjadikan sejarah ini terus dikenang bukan sekadar sebuah kemenangan ketenteraan.

Ketika memiliki kekuatan untuk membalas kekejaman yang pernah berlaku ketika Baitulmaqdis ditawan pada 1099M, Sultan Salahuddin memilih jalan yang jauh berbeza.

Kota itu diserahkan selepas rundingan, penduduk diberikan ruang menebus kebebasan, dan sebahagian mereka turut dibebaskan.

Inilah kekuatan yang dibawa oleh Sultan Salahuddin: tegas ketika berjuang, tetapi tetap berakhlak ketika menang.

Pembebasan Baitulmaqdis juga mengingatkan kita bahawa kemenangan besar tidak muncul dalam satu malam. Ia didahului oleh pembinaan kekuatan, kesatuan, kesabaran dan perjuangan yang panjang.

Hari ini, sejarah Sultan Salahuddin terus menjadi ingatan bahawa Baitulmaqdis mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati umat Islam.

Semoga suatu hari nanti, keamanan dan keadilan kembali menaungi bumi Baitulmaqdis dan seluruh Falesteen.

π™…π™Šπ™ˆ π™ˆπ™€π™‰π™”π™π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚ π™Žπ™€π™ˆπ™‹π™€π™‰π˜Ό π™…π™π™ˆπ˜Όπ˜Όπ™ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π˜Όπ™π˜Όπ™†π˜Όπ™ƒSRITI Ar-Ridzuan Muar mengalu - alukan kepada semua untuk mengambil peluang me...
02/10/2026

π™…π™Šπ™ˆ π™ˆπ™€π™‰π™”π™π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚ π™Žπ™€π™ˆπ™‹π™€π™‰π˜Ό π™…π™π™ˆπ˜Όπ˜Όπ™ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π˜Όπ™π˜Όπ™†π˜Όπ™ƒ

SRITI Ar-Ridzuan Muar mengalu - alukan kepada semua untuk mengambil peluang menyumbang Dana Pembangunan, Pengurusan dan Kebajikan SRITI Ar-Ridzuan Muar.

π‘±π’π’Ž π’Žπ’†π’π’‹π’‚π’…π’Š π’”π’†π’ƒπ’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π’‘π’†π’π’šπ’–π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆ π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’Žπ’†π’π’‹π’‚π’šπ’‚π’Œπ’‚π’ 𝒃𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 π’‘π’“π’π’‹π’†π’Œ & π’‘π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž π’”π’†π’Œπ’π’π’‚π’‰ π’Œπ’‚π’Žπ’Š.





Address

Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share