Sendeng Muar - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

Sendeng Muar - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia Sendeng Muar bangkit dan bersatu demi melestarikan wawasan Perguruan.

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat dari gelanggang Felcra Bukit Kepong yang berjaya melalui istiad...
15/06/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat dari gelanggang Felcra Bukit Kepong yang berjaya melalui istiadat khatam asas persilatan pada tanggal 14 Jun 2026, bertempat di rumah pusaka Almarhum pengasas Seni Silat Sendeng Malaysia, Haji Abdul Hamid Bin Haji Hamzah.

Majlis disempurnakan oleh YM Guru Utama Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia, Guru Ahmad Nazari Bin Haji Abdul Hamid.

Pengertian dalam istiadat khatam:

Asam, garam dan daun sireh dicalit kapur dan pinang.

Murid akan makan sedikit asam, garam dan sehelai daun sireh dicalit kapur dan pinang sebagai tanda simbolik sudah merasai asam garam dan pahitnya latihan di gelanggang.

Jarum, buah keras dan pulut kuning.

Jarum disemat di songkok atau tudung sebagai simbolik tanda ketajaman ilmu dan akal, bukan untuk merosak atau memusnah, tetapi untuk menjadi insan yang berguna.

Buah keras digenggam sebagai tanda simbolik keutuhan iman dan tauhid, begitu juga tekad dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pulut kuning menjadi tanda simbolik manisnya hasil sesudah berusaha dengan sedaya upaya, dan sebagai peringatan untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Akad dengan Guru Utama

Murid menerima ijazah ilmu persilatan secara berakad dengan Guru Utama bagi menerima amanah yang berkesinambungan sanad persilatannya dari pengasas perguruan.



14.06.2026Suasana di sekitar majlis istiadat khatam persilatan pada sebelah pagi, dan persembahan oleh pesilat-pesilat p...
15/06/2026

14.06.2026

Suasana di sekitar majlis istiadat khatam persilatan pada sebelah pagi, dan persembahan oleh pesilat-pesilat pada sebelah petang.

Suasana sekitar persediaan majlis istiadat khatam persilatan Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia.
15/06/2026

Suasana sekitar persediaan majlis istiadat khatam persilatan Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia.

09/06/2026

Bertatih-tatih melela sembah di malam hari, Langkah yang tersekat bakal menjadi nadi,
Tangan yang kekok dibiasakan meliuk menari,
Semoga adab dan adat menjadi lestari.




Alhamdulillah, ujian kelayakan untuk khatam asas telah dijalankan untuk pesilat- pesilat di gelanggang Felcra Bukit Kepo...
07/06/2026

Alhamdulillah, ujian kelayakan untuk khatam asas telah dijalankan untuk pesilat- pesilat di gelanggang Felcra Bukit Kepong. Tahniah kepada pesilat-pesilat yang telah lulus ujian kelayakan.

Semoga menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain. InsyaAllah, istiqamah pasti berjaya.




Alhamdulillah, sebagai panduan untuk ibu bapa dan individu yang berminat untuk menghubungi gelanggang terdekat yang bern...
04/06/2026

Alhamdulillah, sebagai panduan untuk ibu bapa dan individu yang berminat untuk menghubungi gelanggang terdekat yang bernaung di bawah perguruan. Maklumat yang lebih lengkap akan dikongsikan dalam masa yang terdekat.




04/06/2026
Dirgahayu Tuanku. 🙏
02/06/2026

Dirgahayu Tuanku. 🙏

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kepada
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

1 Jun 2026 | 15 Zulhijjah 1447H

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memayungi rakyat dan memimpin negara ke arah kemakmuran dan perpaduan yang berterusan.

Sembah Takzim Daripada
GURU UTAMA,
AHLI MAJLIS GURU
SERTA SELURUH WARGA PERGURUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

Lela Sembah,Tari Silat Utama dalam Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia. Tari Silat Melayu yang menuntut pergerakan yan...
29/05/2026

Lela Sembah,

Tari Silat Utama dalam Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia. Tari Silat Melayu yang menuntut pergerakan yang lembut tetapi tegas, sesuai dengan adab kependekaran Melayu.

Moga anak-anak yang mempelajari dan mewarisi tari ini terus menerus berdamping dan merujuk dengan guru-guru, dalam mengkaji rahsia dan falsafah yang terkandung di sebalik seninya.



Tari Lela Sembah

Antara tari silat yang utama dalam Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia. Tari yang dipersembahkan kepada raja-raja dan pembesar. Bukan sekadar gerak seni, tetapi warisan adab, ilmu, dan jiwa pendekar yang diwarisi dari pendekar terdahulu.

Setiap langkah ada maksud, setiap bunga ada rahsia.
Lembut pada gerak, teguh pada semangat.

Salam Aidil Adha.Semoga ibadah korban diterima oleh Allah, dikurniakan kelapangan hati, dan kehidupan sentiasa diberkati...
27/05/2026

Salam Aidil Adha.

Semoga ibadah korban diterima oleh Allah, dikurniakan kelapangan hati, dan kehidupan sentiasa diberkati dengan kesihatan, rezeki yang luas serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Address

GelangGang Sendeng Muar, Jalan Tanjung, Felcra Bukit Kepong
Muar
84030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sendeng Muar - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share