Masjid Jamek Al Manar

Call Directions

Masjid Jamek Al Manar "Dari Masjid Kita Bersatu, Dengan Iman Kita Maju"

📍 Parit Sakai Darat
🕌 Solat berjemaah setiap waktu
📢 Kuliah & aktiviti komuniti

Jom imarahkan masjid 🤲

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Mukmin Yang Terpeliharaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى...
29/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Terpelihara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).' (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari satu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari satu kesusahan pada hari kiamat.

2. Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.

3. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan kemudahan yang diberikan kepada orang lain menjadi sebab Allah memudahkan urusan seseorang dalam kehidupan dunia dan juga ketika melalui hisab di akhirat.

4. Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Ibn Hajar menjelaskan: menutup keaiban peribadinya, bukan menyembunyikan jenayah, kezaliman atau penipuan yang boleh memudaratkan orang ramai.

5. Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.

6. Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.

7. Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca juga mempelajari Al-Quran, Allah akan mengurniakan ketenangan hati, diseliputi rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.

8. Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia, maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti solat, puasa, zakat, tilawah al-Quran adalah tanggung jawab kita).

9. Kebahagiaan seorang Mukmin bukan hanya terletak pada ibadah peribadinya, tetapi juga menjadi sebab kesenangan, kemudahan dan kebahagiaan orang lain. Masyarakat yang diredai Allah SWT ialah yang saling membantu, saling memaafkan, saling belajar, dan berlumba-lumba melakukan kebajikan.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"





17hb Rabiulawal 1448H
30hb Ogos 2026

🌙✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.De...
29/08/2026

🌙✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur, Masjid Jamek Al Manar, Parit Sakai Darat menjemput seluruh Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama menghadiri:

🕌 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ

📅 30 Ogos 2026 | Ahad
📍 Masjid Jamek Al Manar, Parit Sakai Darat
🎙️ Penceramah Undangan:
Y.Bhg. Al-Fadhil Ustaz Dr. Shafiq bin Jaafar

💚 Mari kita hidupkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, mengenali sirah Baginda dan menghayati akhlak mulia yang diajarkan kepada kita.

Allah SWT berfirman:

> “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu...”
(Surah Al-Ahzab: 21)

🌿 Semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama mengingati perjuangan Rasulullah ﷺ, memperkukuhkan kecintaan kepada Baginda dan berusaha mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.

🤲 Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.

“Hidupkan sunnah, suburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ.”

🌹 Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir.







PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Rasulullah SAW Pembawa Rahmatعَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْ...
29/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Pembawa Rahmat

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya aku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadis riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadis ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW diutus membawa rahmat untuk seluruh alam.
Firman Allah:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya:107).

2. “Rahmat yang dihadiahkan” mengikut Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir bermaksud: kewujudan Nabi SAW sebagai hadiah besar dari Allah yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan jahiliah dan menuju cahaya hidayah.

3. Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap perintah Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana seperti yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah.

4. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

5. Ibn Qayyim menyatakan bahawa rahmat itu adalah kasih sayang iaitu sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau makhluk alam juga menjauhkannya daripada bencana.

6. Hadis ini menegaskan bahawa Rasulullah SAW ialah "rahmat yang dihadiahkan" oleh Allah SWT kepada seluruh manusia. Menurut Ibn Kathir juga Imam al-Ghazali, rahmat Baginda bukan sekadar kelembutan peribadi, bahkan merangkumi seluruh risalah Islam yang membawa petunjuk, keadilan, akhlak mulia dan kesejahteraan kepada manusia.

7. Orang yang mengikuti Rasulullah SAW akan berusaha menjadi "rahmat" kepada orang lain melalui tutur kata yang baik, keadilan dalam tindakan, kasih sayang terhadap keluarga, penghormatan kepada sesama manusia, belas ihsan terhadap haiwan dan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Inilah antara manifestasi sebenar mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai rahmatan lil 'alamin.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.
"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"






16hb Rabiulawal 1448H
29hb Ogos 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

🌙 KULIAH SUBUH | SABTU, 29 OGOS 2026 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.📖 Jom hidupkan pagi kita dengan ilmu da...
28/08/2026

🌙 KULIAH SUBUH | SABTU, 29 OGOS 2026 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

📖 Jom hidupkan pagi kita dengan ilmu dan keberkatan.

Insya-Allah, Kuliah Subuh akan diadakan seperti berikut:

📅 Sabtu, 29 Ogos 2026
🎙️ Y.Bhg. Al Fadhil Ustaz Jumat bin Jamil
📚 Kajian Umum
🕌 Masjid Al Manar, Parit Sakai Darat

✨ Ayuh hadir bersama-sama, ajak keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan masjid serta menambah bekalan ilmu.

Semoga langkah kita ke masjid menjadi asbab mendapat rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT. 🤲

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan pagi dengan ilmu dan zikir.

📍 Jumpa kita di Masjid Al Manar!








PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berbohong Yang Dibenarkan عَنْ أُمِّ كُلْثُومٍ بِنْتِ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ، وَكَانَتْ...
13/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbohong Yang Dibenarkan

عَنْ أُمِّ كُلْثُومٍ بِنْتِ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ، وَكَانَتْ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ اللَّاتِي بَايَعْنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ، وَيَقُولُ خَيْرًا، وَيَنْمِي خَيْرًا
قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ: الْحَرْبُ، وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

Daripada Ummu Kulthum binti ‘Uqbah bin Abi Mu‘ait RA—beliau termasuk antara wanita Muhajirah terawal yang berbai‘ah kepada Nabi SAW—beliau memberitahu bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia, lalu dia menyampaikan perkara yang baik atau mengatakan perkara yang baik.”
Ibn Syihab al-Zuhri berkata: “Aku tidak pernah mendengar diberikan kelonggaran dalam sesuatu yang disebut oleh manusia sebagai dusta kecuali dalam tiga keadaan: dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pertelingkahan antara manusia, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami (untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan). (HR Muslim No: 4717) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berbohong dan berdusta adalah perbuatan yang dilarang.

2. Islam mengharuskan berbohong demi memelihara jiwa, harta dan harga diri dalam tiga hal:

a. Dalam strategi peperangan (perang itu adalah tipu daya. Strategi peperangan tidak boleh diketahui oleh musuh)

b. Dalam usaha mendamaikan antara pihak yang sedang bergaduh (elakkan daripada sesuatu yang boleh memarakkan api permusuhan dua pihak yang sedang berselisih melalui sesuatu perkhabaran yang mendamaikan contohnya kita belikan makanan untuk seseorang dengan memberitahu sipolan (musuhnya) yang mengirimkan untuk diberi padanya)

c. Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan suamu isteri (contohnya suami menyatakan masakan isterinya teramatlah sedap sedangkan hakikatnya memang tak sedap).

3. Kelonggaran tersebut tertakluk kepada beberapa prinsip dan dalam batas yang dibenarkan syariat antaranya:

· Terdapat maslahat yang dibenarkan
· Maslahat itu tidak dapat dicapai dengan cara biasa yang lebih jujur
· Tidak mengambil atau menafikan hak orang lain
· Tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah
· Tidak menutup jenayah atau kemungkaran
· Tidak menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

4. Hadis ini tidak menghalalkan budaya berbohong. Rukhsah yang diberikan sangat terbatas kepada keadaan yang mengandungi maslahat besar, iaitu strategi dalam peperangan yang sah, perdamaian antara manusia dan kata-kata yang memupuk kasih sayang antara suami isteri. Kelonggaran tersebut tidak boleh digunakan untuk melakukan pengkhianatan, menutup kezaliman, menafikan hak atau memperdaya manusia.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"






29hb Safar 1448H
13hb Ogos 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

🕌✨ KULIAH MAGHRIB | MASJID JAMEK AL MANAR ✨🕌Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.🌙 Jom lu...
12/08/2026

🕌✨ KULIAH MAGHRIB | MASJID JAMEK AL MANAR ✨🕌

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

🌙 Jom luangkan masa selepas solat Maghrib untuk menuntut ilmu dan memperbaiki ibadah kita.

Masjid Jamek Al Manar menjemput seluruh Muslimin & Muslimat untuk hadir ke:

📖 KULIAH MAGHRIB
📚 Kajian Fekah: Sifat Solat Nabi Muhammad S.A.W

🎙️ Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Solahuddin bin Md Nor

📅 12 Ogos 2026 | Rabu malam Khamis
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Jamek Al Manar, Parit Sakai Darat

✨ “Sesungguhnya solat itu mencegah perkara-perkara yang keji dan mungkar.”
— Surah Al-Ankabut: 45

Jangan sekadar menunaikan solat, tetapi mari kita pelajari cara solat yang benar berdasarkan sunnah Rasulullah ﷺ.

🤲 Insya-Allah, semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, sempurnanya ibadah dan dekatnya hati kita kepada Allah SWT.

🌿 Semua jemaah dipersilakan hadir.







PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sabar Ketika Bersama Manusia عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ...
11/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sabar Ketika Bersama Manusia

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Seorang muslim yang bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar terhadap gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh yang dimaksudkan itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 507) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim

2. Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji oleh Islam. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

3. Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki masyarakat. Peluang untuk menyebarkan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

4. Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam, melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, Islam dan bukan Islam, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan. Bersabar dan berakhlak mulia terhadap mereka adalah amalan terpuji.

5. Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika mengauli mereka dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

6. Bersabar menghadapi pelbagai kerenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Ibn Hajar menjelaskan bahawa bersabar terhadap gangguan merupakan satu bentuk jihad melawan nafsu, kerana jiwa manusia secara semula jadi merasa sakit apabila dihina atau diperlakukan secara buruk.

7. Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari tengah-tengah kejahatan, tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan. Namun bergaul lebih baik apabila membawa manfaat, manakala menjauhkan diri lebih selamat apabila seseorang bimbang agamanya rosak.

8. Hadis ini bukan perintah supaya seseorang terus berada dalam persekitaran yang merosakkan iman atau membahayakan dirinya. Pergaulan diutamakan apabila membawa manfaat dan seseorang mampu menjaga agamanya. Pengasingan p**a boleh dipilih apabila ia lebih selamat daripada fitnah atau kemudaratan.

9. Penting bagi Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara konsisten agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"






28hb Safar 1448H
12hb Ogos 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

🌙 KULIAH MAGHRIB | MASJID AL-MANAR 🕌بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.✨ Jo...
11/08/2026

🌙 KULIAH MAGHRIB | MASJID AL-MANAR 🕌

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

✨ Jom luangkan masa selepas solat Maghrib untuk menambah ilmu, memperkukuhkan iman dan memperbaiki amal.

Masjid Al-Manar menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke:

📚 KULIAH MAGHRIB
Kajian Umum: HADIS DAN SIROH

🎙️ Disampaikan oleh:
Al Fadhil Ustaz Hairi bin Hamzah

📅 Selasa, 11 Ogos 2026
🕌 Selepas Solat Maghrib
📍 Dewan Solat, Masjid Al-Manar, Parti Sakai Darat

> “Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.”
— Riwayat Muslim

🌿 Mari hadir bersama keluarga.
Jadikan majlis ilmu sebagai ruang untuk kita menambah ilmu, memantapkan iman dan mengindahkan amal.

🤲 Semoga setiap langkah kita menuju masjid menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Semua dijemput hadir — Muslimin & Muslimat.







✨ KULIAH MAGHRIB | 9 OGOS 2026 ✨بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.🌙 Ayuh l...
09/08/2026

✨ KULIAH MAGHRIB | 9 OGOS 2026 ✨

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

🌙 Ayuh luangkan masa selepas Maghrib untuk menyuburkan hati dengan ilmu dan peringatan.

📖 KULIAH MAGHRIB
📅 9 Ogos 2026 | Ahad
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Al-Manar, Parit Sakai Darat

🎙️ Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faiz bin Rasid

📚 Tajuk:
MUKASYAFATUL QULUB
Penyingkapan & Pembersihan Hati

Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga apa yang terlihat oleh manusia, sehingga terlupa untuk menjaga apa yang ada di dalam hati.

🌿 Hidupkan hati dengan ilmu.
🤲 Dekatkan diri kepada Allah.
🕌 Luangkan masa untuk majlis ilmu.

Semua dijemput hadir.
Bawa keluarga, sahabat dan anak-anak bersama-sama.

Semoga pertemuan kita di rumah Allah menjadi asbab bertambahnya ilmu, ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan. 🤲✨

“Ayuh hidupkan hati dengan ilmu, dekatkan diri dengan Allah.”







Address

Parit Sakai Darat Muar
Muar
84000

Telephone

+60126419848

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Al Manar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share