Persatuan Bugis Sarawak

Directions

Persatuan Bugis Sarawak PERSATUAN BUGIS SARAWAK

🀝 MISI BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG JEPAK, BINTULUAlhamdulillah. Selesai sudah penyerahan bantuan kepada mangsa keba...
18/10/2026

🀝 MISI BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG JEPAK, BINTULU

Alhamdulillah. Selesai sudah penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Jepak, Bintulu. ❀️

Persatuan Bugis Sarawak (SBA) bersama para penyumbang dan sukarelawan telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan Dan Wang tunai sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap saudara-saudara kita yang ditimpa musibah.

Kami mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan digantikan dengan rezeki serta kehidupan yang lebih baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan pihak yang menjayakan misi bantuan ini.

Inilah semangat kebersamaan kita.

Luttu' Sipakaraja, Mali' Siparappe.

Persatuan Bugis Sarawak (SBA)

Persatuan Bugis Sarawak mendoakan kejayaan Muhammad Adam Bin Sapree dalam Majlis Hafazan Al-Quran Dan Qiraat. Muhammad A...
17/10/2026

Persatuan Bugis Sarawak mendoakan kejayaan Muhammad Adam Bin Sapree dalam Majlis Hafazan Al-Quran Dan Qiraat. Muhammad Adam merupakan ahli Persatuan Bugis Sarawak.

10/10/2026

Dirgahayu Tun

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaid...
09/10/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kebahagiaan serta kekuatan untuk terus menaungi rakyat Sarawak dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan harmoni di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama dengan semangat perpaduan yang menjadi tunjang keharmonian seluruh rakyatnya.

Daulat Tuanku!
Sarawak Maju Makmur. 🌺

Ikhlas daripada:
Persatuan Bugis Sarawak (SBA)

Persatuan Bugis Sarawak berbesar hati menyertai Istiadat Perbarisan Dan Rapat Raksasa sempena sambutan perayaan hari lahir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€πSelamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepadaYang Berhormat Datuk Amar Haji Moha...
30/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada
Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak pada tanggal 29 September 2026.
Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang berterusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dalam menerajui pentadbiran Sarawak.

Ikhlas Daripada Persatuan Bugis Sarawak

🏐 PERLAWANAN BOLA TAMPAR TELAH MELABUHKAN TIRAI! 🏐Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan bola tampar yang berlangsung...
28/09/2026

🏐 PERLAWANAN BOLA TAMPAR TELAH MELABUHKAN TIRAI! 🏐

Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan bola tampar yang berlangsung dengan penuh semangat, kesukanan dan persaingan yang cukup sengit! πŸ”₯πŸ’ͺ

πŸ† KEPUTUSAN KATEGORI LELAKI
πŸ₯‡ JUARA: Satria Nusantara
πŸ₯ˆ NAIB JUARA: BS Team
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3: Persatuan Bugis Sarawak
4️⃣ TEMPAT KE-4: Bandits

πŸ† KEPUTUSAN KATEGORI WANITA
πŸ₯‡ JUARA: Casanova VT
πŸ₯ˆ NAIB JUARA: SPBS Squad
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3: Gacor Fitri
4️⃣ TEMPAT KE-4: Tanjung Payung

πŸŽ‰ Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding! Menang atau kalah bukan ukuran utama tetapi semangat kesukanan, persahabatan dan perpaduan yang terjalin sepanjang pertandingan itulah kemenangan yang sebenar.

πŸ‘ Terima kasih kepada semua pemain, urus setia, pengadil, penyokong dan semua pihak yang menjayakan kejohanan ini.

Jumpa lagi di gelanggang! 🏐πŸ”₯

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026

🏐 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA KAMPUNG WAWASAN JAYA SIRI KE-5 2026! 🏐πŸ”₯Ayuh semua warga Bintulu, Miri dan sekitarnya!...
14/09/2026

🏐 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA KAMPUNG WAWASAN JAYA SIRI KE-5 2026! 🏐πŸ”₯

Ayuh semua warga Bintulu, Miri dan sekitarnya! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan menyertai pertandingan bola tampar yang bakal berlangsung dengan penuh aksi, semangat kesukanan dan ukhwah. πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“… 20 & 27 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Gelanggang Bola Tampar Kampung Wawasan Jaya, Semilajau, Bintulu

πŸ† Kategori Lelaki & Wanita
πŸ’° Yuran: Lelaki RM350 | Wanita RM250
πŸ‘₯ 9 orang pemain sahaja setiap pasukan

Pertandingan ini dianjurkan oleh Belia KWJ & Pemuda Persatuan Bugis Sarawak sebagai wadah mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola tampar. 🀝🏐

πŸ“ž Pendaftaran & pertanyaan:
013-5605057 (Man)
013-8135815 (Fifit)

Jom meriahkan gelanggang! πŸ”₯
Daftar pasukan anda sekarang dan buktikan siapa jaguh bola tampar! πŸ’ͺ🏐

EWAKO!!! πŸ”₯🏐

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN! πŸ‡²πŸ‡ΎKemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi amanah untuk terus b...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi amanah untuk terus bersatu, menjaga keharmonian dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Marilah kita semarakkan semangat patriotisme dan terus menghargai keamanan yang kita nikmati bersama.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’›πŸ’™

Persatuan Bugis Sarawak hadir ke Kejohanan LaUGI Golf di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu, Sabah.Tahniah Team Kunak (...
30/08/2026

Persatuan Bugis Sarawak hadir ke Kejohanan LaUGI Golf di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu, Sabah.

Tahniah Team Kunak (pasukan yang Sarawak sertai) menang Naib Juara keseluruhan. Juara keseluruhan: Kota Kinabalu. πŸ₯°πŸŒοΈβ€β™‚️⛳️

Address

NO. 89, KAMPUNG MUHIBBAH, LADANG 3, Jalan MIRI-BINTULU, 9800O MIRI
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bugis Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share