PASTI Kawasan Miri

PASTI Kawasan Miri PASTI Kawasan Miri dan Sibuti.

✨ Alhamdulillah, selesai sudah Alam Ria PASTI Kawasan Miri & Sibuti 2026 ✨Alhamdulillah, Alam Ria PASTI Kawasan Miri & S...
19/07/2026

✨ Alhamdulillah, selesai sudah Alam Ria PASTI Kawasan Miri & Sibuti 2026 ✨

Alhamdulillah, Alam Ria PASTI Kawasan Miri & Sibuti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 19 Julai 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Ismail bin Tahang, Pengerusi PASTI Negeri Sarawak, atas kesudian merasmikan majlis dan memberikan sokongan kepada program ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak PASTI yang telah mengambil bahagian. Keberanian, usaha dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan. Kalah atau menang bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman, keyakinan dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga buat masa hadapan.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada para guru, ibu bapa, para hakim, jawatankuasa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan semoga anak-anak PASTI terus cemerlang serta berakhlak mulia.

Tahniah buat semua! 🌸

Sesi Rehearsal dan persiapan tempat sempena Alam Ria PASTI Kawasan Miri dan Sibuti sesi 2026Jumpa anda disana!
18/07/2026

Sesi Rehearsal dan persiapan tempat sempena Alam Ria PASTI Kawasan Miri dan Sibuti sesi 2026

Jumpa anda disana!

🌸 ALAM RIA PASTI MIRI & SIBUTI 2026 🌸Ayuh bersama-sama memeriahkan Alam Ria PASTI Miri & Sibuti 2026! 🎉📅 Tarikh: 19 Jula...
18/07/2026

🌸 ALAM RIA PASTI MIRI & SIBUTI 2026 🌸

Ayuh bersama-sama memeriahkan Alam Ria PASTI Miri & Sibuti 2026! 🎉

📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7:00 pagi
📍Tempat: Masjid At Taqwa Miri
👕 Tema Pakaian Ibu bapa/AJK dan Guru: Batik

Mari kita raikan bakat, kreativiti dan semangat anak-anak PASTI dalam suasana penuh keceriaan dan ukhwah. Semoga program ini berjalan lancar serta menjadi kenangan indah buat semua.

Jumpa anda di sana! 💚✨

✨ Debaran semakin terasa! ✨Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum anak-anak PASTI Kawasan Miri beraksi di Alam ...
13/07/2026

✨ Debaran semakin terasa! ✨

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum anak-anak PASTI Kawasan Miri beraksi di Alam Ria PASTI Kawasan Miri Sesi 2026. 💚

Inilah antara momen-momen sekitar sesi latihan yang penuh semangat, usaha dan kesungguhan daripada para peserta dalam membuat persiapan terbaik.

Semoga setiap anak-anak diberikan ketenangan, keyakinan dan dipermudahkan urusan sepanjang pertandingan nanti. Semoga segala usaha membuahkan hasil yang terbaik, insya-Allah. 🤲

📍 Jumpa anda di sana! Mari bersama-sama memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak PASTI kita.

✨ Alhamdulillah ✨Majlis Permuafakatan PASTI Al-Irsyad Piasau telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.Setinggi-tinggi pe...
28/06/2026

✨ Alhamdulillah ✨

Majlis Permuafakatan PASTI Al-Irsyad Piasau telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa. Semoga segala usaha, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh demi kecemerlangan anak-anak PASTI.

Terima kasih semua yang terlibat! 💚🤍

✨ Alhamdulillah ✨Majlis Permuafakatan PASTI Al-Amalulillah Permyjaya telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.Setinggi-t...
28/06/2026

✨ Alhamdulillah ✨

Majlis Permuafakatan PASTI Al-Amalulillah Permyjaya telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa. Semoga segala usaha, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh demi kecemerlangan anak-anak PASTI.

Terima kasih semua yang terlibat!

✨ Alhamdulillah ✨Majlis Permuafakatan PASTI Al-Munawwarah Airport telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.Setinggi-ting...
28/06/2026

✨ Alhamdulillah ✨

Majlis Permuafakatan PASTI Al-Munawwarah Airport telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa. Semoga segala usaha, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh demi kecemerlangan anak-anak PASTI.

Terima kasih semua yang terlibat! 💚🤍

🎓✨ Sambutan Hari Guru PASTI Al-Amalulillah, Permyjaya 2026 ✨🎓Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru PASTI Al-Amalulillah, Per...
24/06/2026

🎓✨ Sambutan Hari Guru PASTI Al-Amalulillah, Permyjaya 2026 ✨🎓

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru PASTI Al-Amalulillah, Permyjaya telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan penuh keceriaan.

Pada tahun ini, sambutan bertemakan “Kerjaya”, di mana para murid berpeluang memperagakan pelbagai cita-cita dan profesion impian mereka. Semoga pengalaman ini dapat memberi inspirasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, serta pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai

🌙 Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H 🌙Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi lambang perubahan ke arah kehidupan ya...
16/06/2026

🌙 Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H 🌙

Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi lambang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Semoga kedatangan Awal Muharram ini membuka lembaran baharu yang dipenuhi keberkatan, keikhlasan dan rahmat daripada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, meningkatkan amal ibadah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

✨ “Hijrah Itu Perubahan, Awal Muharram Titik Permulaan.”

Salam Maal Hijrah 1448H buat seluruh warga PASTI, ibu bapa, murid-murid dan masyarakat Islam. Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

PASTI KAWASAN MIRI

🌟 APA ITU ALAM RIA PASTI? 🌟Alam Ria PASTI merupakan program tahunan yang menghimpunkan murid-murid PASTI untuk menyerlah...
15/06/2026

🌟 APA ITU ALAM RIA PASTI? 🌟

Alam Ria PASTI merupakan program tahunan yang menghimpunkan murid-murid PASTI untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka dalam pelbagai pertandingan berteraskan pendidikan Islam.

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat si cilik, malah membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta semangat ukhuwwah dalam kalangan murid PASTI.

Jom daftar sekarang!

💚💛 PASTI Kawasan Miri

Address

Miri
98000

Telephone

+60145903269

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Kawasan Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share