NADI Kampung Lambir

NADI Kampung Lambir NADI merupakan salah satu inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Phone jadi “pengasuh sementara” masa makan? Ramai parents buat sebab nak anak duduk diam, tapi kalau terlalu kerap, scre...
07/06/2026

Phone jadi “pengasuh sementara” masa makan?

Ramai parents buat sebab nak anak duduk diam, tapi kalau terlalu kerap, screen time boleh jadi habit yang susah nak putus.

Bila otak anak terlalu biasa dengan video laju, mereka boleh jadi cepat bosan, susah fokus dan mudah tantrum bila gajet diambil.

Mata pun boleh terkesan kalau terlalu lama fokus dekat skrin, especially bila kurang aktiviti luar.

Bukan tak boleh guna langsung, tapi kena ada had.
Screen time perlu dipantau, bukan dibiarkan jadi babysitter 24/7.

Parents, jom mula slow-slow. Kurangkan sikit hari ni, esok tambah baik lagi 💪📱
📽️ https://youtube.com/shorts/0wUXUMoHtbk?feature=share

🚀 TINY TECHIES 2026Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟡 Robotic Innovation S3Pengenalan kepada rob...
06/06/2026

🚀 TINY TECHIES 2026
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟡 Robotic Innovation S3
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif

🗓️ 6 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 2.00 PM – 3.00 PM
💻 Platform: NADIBook

✨ Apa yang menarik?
- Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan secara terus semasa kelas

📌 Syarat penyertaan:
* Berdaftar sebagai Ahli NADI

📲 Tempat terhad.
Jom Kunjungi NADI Kg Lambir untuk mendaftar dan mengikuti program ini.

Anak susah makan kalau tak ada YouTube?Mudah tantrum bila telefon diambil?Asyik minta gadget walaupun baru lepas guna? 😭...
06/06/2026

Anak susah makan kalau tak ada YouTube?
Mudah tantrum bila telefon diambil?
Asyik minta gadget walaupun baru lepas guna? 😭📱

Gadget bukan musuh, tetapi penggunaannya perlu dipantau — terutama bila melibatkan perkembangan emosi, fokus, komunikasi dan rutin harian anak.

Jom sertai Live Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bersama Encik Muhammad Syakirin bin Md Salleh, Pegawai Psikologi dari Klinik Kesihatan Bukit Indah untuk kupas topik: Anak & Gadget: Apa Peranan Ibu Bapa?

📺 YouTube Live:
👉 https://www.youtube.com/live/M7TyLJQK5zI?si=cDUfuAs_Q3P0VxP_

📘 Facebook Live:
👉 https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

Di sebalik senyuman, kata-kata manis dan “topeng” yang nampak sempurna… ada tak corak narsisistik yang boleh menjejaskan...
06/06/2026

Di sebalik senyuman, kata-kata manis dan “topeng” yang nampak sempurna… ada tak corak narsisistik yang boleh menjejaskan hubungan?

Dalam webinar kali ini, kita kupas topik “Di Sebalik Topeng Narsisistik: Adakah Curang Itu Satu Penyakit?” bersama Siti Naziah binti Mohamed Yacob, Clinical Psychologist.

Bukan untuk mudah melabel seseorang, tetapi untuk lebih faham tentang corak tingkah laku, manipulasi emosi, kepercayaan dalam hubungan dan bila kita perlu dapatkan bantuan profesional.

📺 YouTube:
👉https://www.youtube.com/live/wC_Cm-0KXkM?si=AjecW2G7jmGuX1y-

📘 Facebook Live:
👉 https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 3 📢Hello pelajar! 🌟Adakah anda ingin meningkatkan pemahaman dalam subjek Sains dan lebih b...
06/06/2026

WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 3 📢

Hello pelajar! 🌟

Adakah anda ingin meningkatkan pemahaman dalam subjek Sains dan lebih bersedia menghadapi UASA? Ingin mengetahui teknik menjawab soalan yang tepat untuk memperoleh markah yang lebih baik?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai *Webinar Berkala Sains – Edisi 3* yang akan membantu anda menguasai teknik menjawab soalan UASA dengan lebih mudah, jelas dan berkesan! 📝✨

🗓️ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕝 Masa: 2.30 PM – 4.30 PM
📍 Tempat: Dalam Talian
👥 Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

Walau bagaimanapun, peserta boleh memilih mana-mana kelas dan program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

🎯 Topik:
*Teknik Menjawab UASA*

Sesi pembelajaran ini akan merangkumi teknik menjawab soalan UASA dengan tepat, kaedah mengenal pasti kehendak soalan, strategi pengurusan masa semasa peperiksaan serta tips meningkatkan keyakinan untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang. 💡📘

📞 Daftar sekarang – Kunjungi cawangan NADI berhampiran anda untuk pendaftaran

Dumbbell nampak mudah, tapi kalau salah teknik boleh jadi punca sakit bahu, siku, pinggang atau leher.Dalam episod senam...
06/06/2026

Dumbbell nampak mudah, tapi kalau salah teknik boleh jadi punca sakit bahu, siku, pinggang atau leher.

Dalam episod senaman hujung minggu kali ini, Studio Sihat kongsikan cara menggunakan dumbbell dengan lebih selamat — dari segi postur badan, teknik pernafasan, pemilihan berat dan kesalahan biasa yang perlu dielakkan.

Antara yang dikongsikan:

✅ Bila dumbbell sesuai digunakan
✅ Bila lebih baik guna machine, cable atau barbell
✅ Cara buat shoulder press, biceps curl, triceps extension & shrug
✅ Teknik pernafasan yang betul
✅ Tips pilih load dumbbell yang sesuai

Jangan kejar berat semata-mata. Yang penting, form kena betul dan pergerakan terkawal.

Tonton episod penuh di Studio Sihat : https://youtu.be/bIkRrWgK6k0

📢 JAWATAN KOSONG DI NADI (NATIONAL INFORMATION DISSEMINATION CENTRE) 📢Kami sedang mencari calon yang berkelayakan dan be...
06/06/2026

📢 JAWATAN KOSONG DI NADI (NATIONAL INFORMATION DISSEMINATION CENTRE) 📢
Kami sedang mencari calon yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut:
PENGURUS
Lokasi: PPR Bandaria Park, Bintulu, Sarawak
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda
Kemahiran: Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen sah B2/D, mampu berkomunikasi dengan baik, dan bekerja dengan pengawasan minima.
Cara Memohon:
Hantar resume anda ke [email protected] sebelum 30 JUN 2026.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pasukan kami! Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan yang mungkin berminat.

Selamat pagi.Kempen Derma Darah sedang berlangsung di Level 3 Boulevard Mall hari ini.🩸 Marilah turun beramai-ramai dan ...
06/06/2026

Selamat pagi.
Kempen Derma Darah sedang berlangsung di Level 3 Boulevard Mall hari ini.
🩸 Marilah turun beramai-ramai dan sertai kempen ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.
Sumber: Tabung Darah Hospital Miri



06/06/2026

Address

Lambir
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Lambir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share