04/04/2026
3 APRIL 2026 | JUMAAT
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐊𝐀𝐘𝐈
Pagi ini telah berlangsung Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Daerah Mersing yang disempurnakan dengan penyampaian Sumbangan Semarak Subuh kepada pelajar Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing yang cemerlang dalam SPM 2025, sebagai tanda penghargaan dan pemangkin kecemerlangan berterusan.
Program dimulakan dengan pengisian rohani melalui bacaan Al-Quran dan tazkirah ringkas, sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan yang mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan insan dan kebajikan komuniti.
YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing menyampaikan sumbangan Sedekah Subuh Pejabat Daerah Mersing kepada para pelajar PKAYI yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Diharapkan program seumpama ini terus diperkasa dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cemerlang.
“𝙈𝙚𝙧𝙨𝙞𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣𝙘𝙤𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙇𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞”