20/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐
20 Oktober 2026 - Telah berlangsung taklimat berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO yang disampaikan oleh Encik Mohd Saifuddin bin Mohd Nor, Pengurus Pejabat PERKESO Kluang kepada anggota RELA Daerah Mersing.
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai skim perlindungan yang disediakan oleh PERKESO serta meningkatkan pemahaman anggota tentang kepentingan keselamatan sosial dan manfaat perlindungan yang ditawarkan. Sesi ini turut memberi peluang kepada anggota untuk mendapatkan penerangan lanjut berkaitan skim berkenaan serta proses pendaftaran caruman.
Pejabat RELA Daerah Mersing merakamkan penghargaan kepada pihak PERKESO atas kesudian menyampaikan taklimat dan berkongsi maklumat yang bermanfaat. Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan serta meningkatkan kesedaran anggota mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial.
RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)