Trash Hero Mersing

Trash Hero Mersing We started from non-governmental individual to non-governmental organization. From one hero to more. Everyone can be a hero & everyone can be the change.

09/12/2024
Selamat Ulang Tahun kesembilan buat chapter pertama Trash Hero Malaysia, Trash Hero Langkawi. TH Mersing juga menyambut ...
16/11/2024

Selamat Ulang Tahun kesembilan buat chapter pertama Trash Hero Malaysia, Trash Hero Langkawi.

TH Mersing juga menyambut ulangtahun keenam pada 25 Oktober lalu.

10/11/2024

πŸ”₯ Tahu tak, ada 3 cara mudah untuk kurangkan plastik dalam hidup kita? Senang je, tak payah susah-susah. 😎

Kata β€˜tak nak’ pada plastik sekali guna, bawa beg jinjing sendiri, dan kalau terpaksa guna plastik, guna berkali-kali! ♻️

Setiap langkah kecil, impak besar untuk kebersihan Malaysia kita.

Ada yang dapat jawab soalan ni semalam? Jawapan paling hampir kami terima ialah 200, 243, 250. Jawapan yang tepat ialah ...
09/11/2024

Ada yang dapat jawab soalan ni semalam? Jawapan paling hampir kami terima ialah 200, 243, 250. Jawapan yang tepat ialah 223 puntung rokok.

Nampak macam jar kopi kecil saja kan, hakikatnya jika kami mengutip jumlah ini, hanya memerlukan 15-30 minit.

Buat perokok, tolong jangan campak puntung rokok ke tanah.

Mersing dan pelancongan tidak dapat dipisahkan. Bagaimana untuk memastikan pelancongan tidak membataskan usaha kelestari...
08/11/2024

Mersing dan pelancongan tidak dapat dipisahkan. Bagaimana untuk memastikan pelancongan tidak membataskan usaha kelestarian alam sekitar? Mersing International Conservation Day ialah program yang mengabungkan kesedaran alam sekitar dan memperkasakan pelancongan lestari. NGO, agensi kerajaan, persatuan pelancongan, dan NGI berkumpul di Mersing Harbour selama dua hari pada 7-8 November 2024.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Permainan, teka teki, perkongsian dari NGO terlibat, serta senam robik dan banyak lagi. Terima kasih kepada penganjur atas jemputan untuk Trash Hero Mersing.

Tahniah buat pengunjung yang memenangi hadiah untuk teka jumlah puntung rokok, dan pengasingan sisa. Sampai jumpa lagi.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan jasanya memulakan dan menerajui TH Mersing selama enam tahun ...
07/11/2024

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan jasanya memulakan dan menerajui TH Mersing selama enam tahun lalu. Kami mendoakan kesejahteraan buatnya dan jumpa lagi. πŸ’›
_____

We thank her for all her efforts in starting and leading TH Mersing for the past six years. We wish her well for her future endeavors. πŸ’›

Cleanup  #88 di Pantai Tanjung ResangTarikh: 28 September 2024 | SabtuHero: 43 Kanak-kanak, 16 dewasaJumlah keseluruhan ...
06/11/2024

Cleanup #88 di Pantai Tanjung Resang
Tarikh: 28 September 2024 | Sabtu
Hero: 43 Kanak-kanak, 16 dewasa
Jumlah keseluruhan sampah: 126 Kg

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dan bertungkus lumus untuk membersihkan Pantai Tanjung Resang.

Jika anda berkelapangan, jemput sertai kami. Bagaimana anda boleh menyokong Trash Hero walaupun tiada kelapangan untuk menyertai cleanup? Sebar luaskan aktiviti kami, kongsikan kepada rakan-rakan, ahli keluarga, atau sumbangkan alatan/makanan kepada sukarelawan kami.

Kami bersih. Kami didik. Kami ubah.
Bersama-sama kita boleh lakukan perubahan.

https://trashhero.org/
[email protected]

Semua warga Mersing, Endau dan yang berhampiran dijemput hadir ke Beach Cleanup kali ke 88 @ Pantai Tanjung Resang.Kali ...
27/09/2024

Semua warga Mersing, Endau dan yang berhampiran dijemput hadir ke Beach Cleanup kali ke 88 @ Pantai Tanjung Resang.

Kali ini kami akan berkolaborasi dengan PPIM Negeri Johor

Tarikh: 28 Sept. 2024 (Sabtu)
Masa: 8.15 pagi
Lokasi berkumpul: Pantai di hadapan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM, Tanjung Resang

Jangan lupa:
- Pakai pakaian yang sesuai, kasut/boot
- Pakai baju kuning, kalau ada baju Trash Hero, pakai baju Trash Hero okay!
- Bawa sarung tangan sendiri.
- Sanitizer
- Sihat tubuh badan dan tiada kontak rapat COVID-19
- Berseronok, bergembira, buat konten banyak-banyak
- Bawa air dalam botol ulang pakai, kami taknak anda kehausan!
- Elak bawa plastik sekali guna jika bawa makanan sendiri (kitakan nak bersihkan pantai dari sampah, jadi jangan tambah sampah baru).

Kalau ada sesiapa yang baik hati nak belanja sukarelawan kami makan dan minum, boleh maklumkan kepada kami.
Jom jadi Trash Hero!

Kami Bersih. Kami Didik. Kami Ubah.

Bersama-sama kita lakukan perubahan.

Maklumat lanjut:
https://trashhero.org/
[email protected]



Pada 6-9 Jun 2024, kami telah menyertai Mesyuarat Tahunan Keluarga Trash Hero Thailand yang diadakan di Bangkok tahun in...
17/07/2024

Pada 6-9 Jun 2024, kami telah menyertai Mesyuarat Tahunan Keluarga Trash Hero Thailand yang diadakan di Bangkok tahun ini, yang melibatkan pemimpin dari Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja, dan Myanmar.

Ini adalah pertemuan selama 3 hari yang sangat edukatif dan menyenangkan, kami berpeluang bertemu dengan sukarelawan yang memiliki misi yang sama seperti kami. Kami membahaskan tentang sisa sifar, perubahan iklim, pencemaran plastik, solusi palsu, cara membangun kepercayaan dalam komuniti, dan masalah yang kami hadapi dalam menjalankan gerakan yang dipimpin sukarelawan di tempat kami masing-masing.

Kami teruja dapat menjalankan aktiviti pembersihan sungai dengan Standup Paddling (SUP), suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Pada akhir aktiviti, kami menjalankan audit jenama (brand audit).

Kami berterima kasih kepada rakan-rakan sukarelawan di atas hospitaliti, kenangan manis, dan persahabatan yang terjalin.

Pada akhirnya, kita semua ingin membawa perubahan dan meningkatkan kesedaran dengan cara kami sendiri. Bertemu sebagai komuniti membantu memotivasikan kami untuk terus berjuang mendidik dan melawan pencemaran plastik. πŸ’›

Kredit πŸ“Έ: sukarelawan

Trash Hero Malaysia | Trash Hero Thailand | Trash Hero Da Nang | Trash Hero Sophy II | Trash Hero Myanmar | Trash Hero World

Cleanup  #87 di Pantai Tanjung ResangTarikh: 26 Jun 2024 | RabuHero: 1 Kanak-kanak, 74 dewasaJumlah keseluruhan sampah: ...
27/06/2024

Cleanup #87 di Pantai Tanjung Resang
Tarikh: 26 Jun 2024 | Rabu
Hero: 1 Kanak-kanak, 74 dewasa

Jumlah keseluruhan sampah: 141.35 Kg

Aktiviti pembersihan di Pantai Tanjung Resang semalam merupakan kolaborasi kami bersama Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR - UKM), yang turut disertai oleh kakitangan ALAF - UKM, serta para pelajar dan pensyarah dari Universitas Bengkulu, Indonesia, dengan bantuan dari Majlis Daerah Mersing.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua relawan yang hadir dan bertungkus lumus selama satu jam untuk membersihkan Pantai Tanjung Resang. Terima kasih buat MY Mersing yang membantu dalam pengurusan sisa selepas aktiviti pembersihan.

Walaupun pantai ini bukanlah tumpuan utama pengunjung di Mersing, tetapi sampah-sampah hanyut yang dibawa ombak bersembunyi disebalik batu-batuan serta tumbuh-tumbuhan. Malahan, kami menemui tumpahan minyak yang dibuang di pantai. Amat penting untuk kita mengurangkan pengunaan plastik sekali guna serta menguruskan sisa dengan baik, bukan sahaja untuk pemandangan alam sekitar kita, tetapi juga demi keselamatan dan kesihatan hidupan marin dan kita sendiri.

Kami turut berkongsi tentang Trash Hero bersama pensyarah dan pelajar dari Bengkulu, manalah tahu, jika mereka pulang ke Bengkulu nanti, akan ada chapter baharu buat Trash Hero Indonesia.

Jika anda berkelapangan, jemput sertai kami. Bagaimana anda boleh menyokong Trash Hero walaupun tiada kelapangan untuk menyertai cleanup? Sebar luaskan aktiviti kami, kongsikan kepada rakan-rakan, ahli keluarga, atau sumbangkan alatan/makanan kepada sukarelawan kami.

Kami bersih. Kami didik. Kami ubah.
Bersama-sama kita boleh lakukan perubahan.

https://trashhero.org/
[email protected]

Semua warga Mersing, Endau dan yang berhampiran dijemput hadir ke Beach Cleanup kali ke 87 @ Pantai Tanjung Resang.Kali ...
24/06/2024

Semua warga Mersing, Endau dan yang berhampiran dijemput hadir ke Beach Cleanup kali ke 87 @ Pantai Tanjung Resang.

Kali ini kami akan berkolaborasi dengan kakitangan & pensyarah dari Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM serta pelajar & pensyarah dari Universiti Bengkulu, Indonesia.

Tarikh: 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 5.00 petang
Lokasi berkumpul: Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM, Tanjung Resang

Jangan lupa:
- Pakai pakaian yang sesuai, kasut/boot
- Pakai baju kuning, kalau ada baju Trash Hero, pakai baju Trash Hero okay!
- Bawa sarung tangan sendiri.
- Sanitizer
- Sihat tubuh badan dan tiada kontak rapat COVID-19
- Berseronok, bergembira, buat konten banyak-banyak
- Bawa air dalam botol ulang pakai, kami taknak anda kehausan!
- Elak bawa plastik sekali guna jika bawa makanan sendiri (kitakan nak bersihkan pantai dari sampah, jadi jangan tambah sampah baru).

Kalau ada sesiapa yang baik hati nak belanja sukarelawan kami makan dan minum, boleh maklumkan kepada kami.

Jom jadi Trash Hero!
Kami Bersih. Kami Didik. Kami Ubah.
Bersama-sama kita lakukan perubahan.

Maklumat lanjut:
https://trashhero.org/
[email protected]


Cleanup  #86 di Pantai PenyabongTarikh: 22 Mei 2024 | RabuHero: 32 Kanak-kanak, 2 dewasaJumlah keseluruhan sampah: 56.47...
22/05/2024

Cleanup #86 di Pantai Penyabong
Tarikh: 22 Mei 2024 | Rabu
Hero: 32 Kanak-kanak, 2 dewasa

Jumlah keseluruhan sampah: 56.47 Kg
Jumlah sampah boleh kitar semula: 24.27 Kg
Tali : 3.35 Kg

Program disertai oleh Cikgu Muhammad Aziz, Co-Leader Trash Hero Mersing serta Trash Hero Kids dari Sekolah Kebangsaan Penyabong dan SMK UNGKU HUSIN. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat.

Sebanyak 24.27 kg sampah boleh dikitar semula telah disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Penyabong untuk Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) dan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) yang disertai mereka. 3.35 kg tali turut disumbangkan untuk digunakan semula.

Terima kasih juga kepada Adni Adra Enterprise, Kedai No. 7 Nasi Dagang Penyabong kerana menyumbangkan minuman kepada para sukarelawan kami. Jika ingin turut menyumbang, boleh pm page kami. πŸ’›

Jika anda berkelapangan, jemput sertai kami. Bagaimana anda boleh menyokong Trash Hero walaupun tiada kelapangan untuk menyertai cleanup? Sebar luaskan aktiviti kami, kongsikan kepada rakan-rakan, ahli keluarga, atau sumbangkan alatan/ makanan kepada sukarelawan kami.

Kami bersih. Kami didik. Kami ubah.
Bersama-sama kita boleh lakukan perubahan.

https://trashhero.org/
[email protected]

Address

Mersing

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trash Hero Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Trash Hero Mersing:

Share